Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
5000 warga Myanmar miliki IC di Terengganu!
DUNGUN - Pas Terengganu melalui Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.
Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.
Beliau berkata, daripada 5006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.
“Kita mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.-SH
3 ulasan:
Ya Allah sesungghnya kami ini lemah dan tidak mampu melawan mereka yg zalim ini tanpa izin Mu Ya Allah... mereka yg zalim ini disokong oleh berbagai kumpulan yg jelas melakukan penyelewengan dan penipuan yg boleh menjejaskan maruah dan keselamatan masyarakat, agama Islam dan tanah air kami Ya Allah... Kami dengan segala kelemahan dan hina bermohon bantuan dari Mu Ya Allah supaya kami, anak-cucu kami dan negara kami diselamatkan dari fitnah oleh pemimpin2 kami sendiri yg berbuat zalim demi mempertahankan kuasa dan darjat mereka. Ya Allah Kau timpakanlah balasan yg setimpal dan Kau hinalah dan binasalah pemimpin2 yg zalim dan pemimpin2 yg berkuasa tetapi tidak menjalankan tanggungjawab mereka serta mereka yg bersubahat ini agar menjadi pengajaran kepada masyarakat kami Ya Allah... Di atas segala KemuliaanMU, KebesaranMU, KegagahanMU, IhsanMU dan diatas keberkatan bulan yg mulia ini dan puasa hamba2 Mu yg teraniaya ini kabulkanlah doa kami yg terniaya ini Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.
Tunggu apa lagi? Terus buaqt laporan polis dan heret Jabatan Pendaftaran Negara kemahkamah.Jangan lupa hantar salinan pada Nazri Aziz.
sudah la.. kalo berani.. bukak la entry baru pasal mismah tu.. SINAR HARIAN sudah keluar kan.. tak kan tak berani kot.. kalo korang ni ulama.. pejuang islam.. sila SAH kan cerita dalam sinar harian tu.. ade brani ke..? hehehe.. bodoh la PAS BATU GAJAH..
Catat Ulasan