Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 31 Ogos 2011

Almarhum Datuk Dr Hassan Ahmad pejuang sejati



Aku ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Pengarah DBP, Datuk Dr Hasan Ahmad yang meninggal dunia petang tadi. Pemergian beliau sangat dirasai oleh kita khususnya mereka mereka yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan yang sebenar-benarnya.

Beliau bersedia menanggung risiko yang besar apabila memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI malah merupakan satu jasa besar yang sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Beliau sanggup bersuara, berhimpun malah disiasat pihak berkuasa, semata-mata untuk memastikan tidak matinya bahasa ibunda yang diperjuangkan sejak sekian lama.

Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang-orang yang soleh yang mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT.shalehudin


Tiada ulasan: