Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 27 Ogos 2011

Doa senjata terakhir hadapi BN di PRU-13 nanti- Nik Aziz


KUALA LUMPUR 27 Ogos - PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) berkata hanya doa merupakan “senjata akhir” bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa. Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan. Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990. “Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini. Nik Aziz merupakan Menteri Besar sejak PAS mentadbir Kelantan. Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa. Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah.

[Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa. Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar. “Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya,” kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan. Munajat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi].

Tiada ulasan: