KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.
“Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar.
“Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama.
Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini.
Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam.
Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi.
“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad.
“Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara,” ujarnya.
Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid.
“Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan,” ujarnya lagi.
Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi.
“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” katanya.
5 ulasan:
aku dah muak dgn PAS.. dulu aku cukup setia dgn PAS.. tapi lepas bergabung dgn DAP.. aku terus hilang kepercayaan pd tok guru dan hadi awang.. tolong la.. kembali la semula kepada islam.. jgn kerana inginkn kuasa politik.. ISLAM nak digadaikan.. ini isu MURTAD tau tak.. jgn nak salahkan UMNO.. isu ni bermula dari kerajaan selangor.. kenapa YB Hassan Ali diperlakukan begitu..? dia menegakkan apa yg dia tahu.. kenapa PAS menekan beliau.. tak sangka sungguh.. sbb kuasa dan nak jaga hati DAP.. PAS sanggup buat mcm ni kpd agama.. tolong la.. ramai yg di luar ni sedih melihat pas yang kian hanyut.. kembali lah kepangkal jalan..
insyallah pas akan jadi HAMPAS DAN BERKUBUR BILA PRU13 DOA KU DIBULAN RAMDAHAN INI.AMEEN
Hampa berdua ni umnola tu.. lagak cakappun dah tau. tak suka tuan guru dipihak yang benar bermaksud tak suka pada yang hak.
kalo itu yg kamu cakap 6.16am... ini isu agama islam.. isu murtad.. kamu ingat benda ni benda main2 ye... baik lah.. jgn sampai satu hari nnt... salah seorg adik beradik atau ahli kelurga kamu yang MURTAD.. baru kamu nak sedar.. aku bermohon pada ALLAH supaya kamu semua didalam pas di beri petunjuk.. amin...
benar sgt ke niz aziz tu.. kalo betul la dia benar... dan Pas di jalan yang HAK.. sama2 bangkit dan perjuangkan kes murtad tu.. aku nak tgk.. jgn nak bantak je.. YDP Pas Batu Gajah.. Ismail Ariffin sila tampil buat kenyataan.. jgn duk diam je.. Buat malu org kampung je la..
Catat Ulasan