Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 8 Mei 2011

Penyokong sembahyang berjemaah di Stadium : Inilah kesan kepimpinan Ulama'

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.






Gambar oleh Afendy Latif

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)


"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).


"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:185)


Kredit : TheRedWarriors

5 ulasan:

Tinta.Muallimah berkata...

MasyaAllah. terharunya.....

ALahaI sI LunCAi berkata...

ALHAMDULILLAH. TAPI JANGAN BIARKAN MASJID DAN SURAU DI KAMPUNG KOSONG.

YANG KEDUANYA, DAH SEMBAHYANG JAGALAH AKHLAK, SEMBAHYANG YANG ALLAH TERIMA IALAH YANG MENCEGAH PERKARA MUNGKAR.

Tanpa Nama berkata...

sembahyang didahulukan ...
segala pujian bagi allah..
inilah hasilnya melalui kepimpinan tok2 guru.

Tanpa Nama berkata...

Kesian juga sebab cara dah bagus dah Pas ini tapi buat apa sokong penzina dan peliwat, sebab tu Najib suruh keluar dari pakatan haram yang dipimpin olh penzina

Tanpa Nama berkata...

inilah puak2 toghut umporno ni suka fitnah percaya filem lucah pergi makamah syariah la bawa 4 saksi..