Bob Lokman jadi ulamak. Dia pakai jubah santai macam Sultan Kelantan pakai. Dengan kopiah dan janggut berandam rapi, penampilan beliau sebagai ulamak tidak dinafikan lagi. Tambah pula biji tasbih di genggaman jari dan tongkat sebagai pelengkap aksesori.
Ini bukan lakonan mengada-ngada tetapi betul-betul punya!
Demikian perwatakan Bob Lokman semalam (Isnin 23 Mei 2011) di Mersing Kanan, Mersing. Selepas tamat acara orang ramai berpusu-pusu menunggu untuk dapatkan autograf sebagai imbalan membeli buku berjodol, Aku, Isabela dan Tok Kenali.
Ceramah beliau ringkas sahaja. Dalam sekitar sejam beliau menyiku kiri kanan. Dalam syok mendengar mantan pengurus kumpulan Wings dan M Nasir ini membantai UMNO, ahli PAS ikut tertibai. Lawaknya memang lucu dan diungkapkan secara santai. Ramai muslimat terpaksa menutup mulut menahan geli hati.
Madahnya berhelah ketika mengulas tugas Polis mengawal ceramah. Katanya, ramai juga Polis menyokong PAS. Orang PAS jangan takut dan marah pada Polis, biar mereka datang dan dengar. Hari ini penyokong PAS makin bertambah.
Ada guru yang beliau kenal memakai baju Pemuda PAS tetapi dengan tag nama berbeza. Perlahan-lahan guru tersebut menyatakan bahawa jika masuk surat khabar, khuatir orang kenal. Cara Bob bercerita kisah Polis dan guru itu memang lucu. Memang patut dia jadi juri Raja Lawak dan pengacara Telebriti.
Bekas penjual buah di Cheras ini secara ringkas mengulas perjalanan hidup beliau sebelum nekad mengibar bendera perjuangan PAS. Dunia glamor ditinggalkan demi sebuah kehidupan yang ikhlas.
Di sana sini dalam wacananya, Bob tidak lupa memetik ayat al Quran dan hadis pilihan. Kepada orang yang ingin tahu pegangan PAS dipersilakan membaca surah an Nisa' ayat 61 - 65.
Sebelum menutup bicara, Bob sempat menyatakan bahawa beliau sanggup kembali berlakon dengan syarat situasi dan kondisi yang melatari dunia artis ini berubah. Jika syariat dipatuhi, semuanya tidak jadi masalah. Beliau juga mengambil kesempatan mengajak orang ramai mengambil sikap berterus terang menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Sungguh Bob Lokman sedang menelusuri jalan leluhur keluarga beliau yang bergelumang dengan dakwah, tarbiyah dan perjuangan Islam. Penulis begitu teruja dengan kemahiran beliau memilih kata-kata yang sederhana ringkas namun memberi bekas.
Pulang dari ceramah, penulis mengambil masa kira-kira dua jam untuk melahap buku dibeli hingga khatam. Buku travelog hidayah itu ditulis dengan begitu jujur. Memang wajar dibaca terus-menerus hingga habis.
Bob Lokman, kali ini anda tidak berlakon sebagai ulamak. Anda memang benar-benar menuruti jalan ulamak. Semoga berjaya. Orang Mersing menanti kunjungan anda sekali lagi.
3 ulasan:
Bila baca artikel di newspaper, tertanya-tanya juga pasal perubahan. Macam2 komen yang para artis bagi, mungkin sy perlu hadir ke salah satu ceramahnya untuk menilai sendiri. Tapi, perubahan itu memang sukar kerana banyak ranjau.
senang gak jadi ulamak dalam PAS..pakai serban..simpan janggut..pastu merepek..dah jadi ulamak...
pergh..hebat!!
masa nak kuar raja lawak..siap pesan jangan kutuk semasa ISLAM..tapi atas pentas PAS dia kutuk orang lain plak
dia kutuk artis..hinakan kawan2 dia..
abis tuh badan ko yang besor..perut ko yang buncit tu ko makan dari hasil apa??
dengar kata si bob lalok ni makan lagi hasil royalti seni dia..kalau ko dah kata haram takleh makan la sambdol..
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
Catat Ulasan