Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 10 Mei 2011

Cara kotor UMNO nak rampas Selangor terbongkar!!



PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan senjata kotor Umno bagi mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2000 pengundi baru warga Indonesia.

Timbalan pengerusi KEADILAN selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya mendapat maklumat itu berdasarkan surat yang ditulis Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar kepada Menteri Dalam negeri, Datuk Seri HIshamuddin tun Hussien.

“Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berdasarkan senarai nama yang disertakan dalam surat itu seramai 2000 orang telah dipilih,” kata Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Zuraida menyifatkan tindakan terbaru itu menunjukkan Umno khususnya di Selangor terlalu terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, nama-nama yang sudah dikenal pasti itu dengan jelas dinyatakan dalam surat tersebut sebagai bakal pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Idris dengan jelas menyatakan individu-individu yang dipilih seramai 2000 orang itu akan membantu kemenangan PRU ke-13 nanti.

“Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang berbahaya serta terpesong. Mereka semua adalah daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan berkerjaya.

“Idris meminta supaya Hishamuddin memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihaknya dapat menguruskan permohonan dengan lancar dan sempurna,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida turut menegaskan bahawa KEADILAN akan membuat laporan polis berkenaan jenayah dan dan salahguna kuasa yang dilakukan Umno itu secepat mungkin.

“Kita akan membuat laporan polis terhadap Hishamuddin dan Idris secepat mungkin. Supaya polis menyiasat perkara ini terutamanya di Hulu Selangor.

“Surat ini kita terima daripada sumber yang menyokong PR pada Jumaat lepas,” katanya.- keadilandaily

6 ulasan:

Hamdan Rukun berkata...

MACAM NI PUNYA BODO CERITA PUN HANG PERCAYA ? MAKNANYA HANG 20 ALI LEBIH BODOLAH..

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT TINGGL SLNGOR PR N SELAMAT KEMBALI DALAM BARISAN KITA (BN) PD PRU13..KMI AKAN GUNAKAN APA JUA SENJATA YG ADA..!

Tanpa Nama berkata...

wahai sepisis umnooo selangor, jangan mimpilah nak ambik selangor, kitorang sangat selesa dibawah pemerintahan PR, syabas PR nrgeri berkebajikan.
Kami tetap sokong,
Umno selangor dulu pencekik darah, kamia serik!!

Tanpa Nama berkata...

BN = Pandi Kutty (BABI NEGARA)

Putra IJ80 berkata...

Repot Polis?

Suruh siasat Hishamuddin?

Nak tergelak pun ada.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Pasal benda ini semua orang dah tahu kecuali puak dan kawan DAP.

Kalau untuk menipu dengan menggunakan surat palsu sebenarnya sudah lama jadi budaya PAS dan PKR sejak dulu lagi.

Kepada kawan2 paeh dan DAP yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, memang layaklah mempertahankan kerajaan Selangor di bawah PR yang tak berdaftar.

BN tidak pernah bermimpi untuk melanyak PR yang tak berdaftar pada PRU 13 nanti.

Pelbagai jenis senjata telah ditawarkan oleh PR yang tak berdaftar kepada BN pada masa akan datang. Senjata makan tuan ini bukanlah BN yang minta tetapi dianugerahkan oleh PR yang tak berdaftar secara percuma.

Sekian.