Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 5 Mei 2011

Haji Ismail kekal jawatan YDP Pas Batu Gajah



Tn Hj Ismail Ariffin telah dipilih semula sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Batu Gajah yang telah didakan pada 2 May 2011 di Pejabat Pas Kawasan Batu Gajah . Pemilihan ini dilihat amat bertepatan memandangkan Tn Hj Ismail telah menunjukkan kebolehan menerajui Pas Kawasan Batu Gajah sejak 2009 dengan penuh dedikasi sehingga berjaya menaikkan lagi sokongan masyarakat setempat terhadap Parti Islam Semalaysia.

Namun, perubahan besar bagi Jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua kawasan dilihat telah merubah senario kepimpinan kepada kepimpinan yang diterajui oleh golongan muda. Ustaz Munir Ali yang sebelum ini memegang Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak telah diamanahkan memegang jawatan Timbalan yang Dipertua manakala bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan Batu Gajah, Sdr Ammar Rosdy dilantik sebagai Naib Yang Dipertua.

Perasmian Mesyuarat Agung pada kali ini telah disempurnakan oleh Ustaz Misbahul Munir, Setiusaha Badan Perhubungan PAS Perak. Menerusi ucapannya, beliau berharap agar setiap ahli Pas memahami semula tujuan sebenar berada dalam Pas iaitu untuk memperjuangkan agama Islam secara keseluruhannya & Pas adalah sebagai satu wadah bagi mencapai matlamat tersebut untuk menjalankan amanah Allah kepada kita selaku Khalifah Allah di muka bumi yang sementara ini.

Semua perwakilan juga diingatkan untuk menjaga dan mempertingkatkan ibadah kepada Allah serta berdoa agar diberi kekuatan dalam menghadapi segala bentuk ujian dalam usaha memperjuangkan agama Islam yang tercinta ini.



mendengar amanat perasmi, Ustaz Misbahul Munir

wakil muslimat


Ustaz Munir Ali Timbalan YDP yang baru

'Orang Lama' kekal jawatan

YDP memberi cendera hati kepada perasmi


Tiada ulasan: