Himpunan tawan Putrajaya oleh belia. Kata Najib kepada belia-belia yang datang dalam program Himpunan Sejuta Belia. Perhimpunan belia itu juga boleh dikatakan gagal kerana tidak mencapai 10% dari sasaran asal kerana yang datang hanyalah 0.8 %.
Adakah ini menunjukkan bahawa belia tidak lagi menyokong kepimpinan Najib? Sebelum ini Najib dikatakan mempunyai peratus popular dikalangan pemimpin iaitu 76% jika dibandingkan dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Adakah ia telah jatuh merudum kerana isu ekonomi yang membebankan rakyat?
Berbeza dengan Himpunan Munajat Anak Muda yang dianjurkan oleh kerajaan Kelantan yang mendapat sambutan 150% yang mana mensasarkan 10,000 orang anak muda tetapi kehadirannya ialah 15,000. Kita boleh buat perbandingan antara yang ikhlas dan yang menunjuk-nunjuk.
Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin hari ini.- Najib.
Sasaran Najib pada program belia itu menunjukkan beliau risau dengan golongan muda yang dikatakan akan menjadi penunjuk aras pada pilihan raya umum akan datang. Sasarannya bukan melebihi 100,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang datang. Kehadiran hanyalah sekitar 8,000 orang sahaja.
Ke mana belia harapan Najib ini? Najib jangan anggap belia ini bodoh macam pemimpin UMNO/BN yang suka menipu dan menindas rakyat. Belia juga dikalangan rakyat dan bukannya warga asing yang diberikan kad pengenalan percuma seperti yang dilakukan di Selangor dan juga cuba dilakukan di Kelantan iaitu di Tumpat.
8 ulasan:
mungkin bas percuma untuk mengangkut belia ke sana tidak disediakan oleh pihak penganjur, tu sebab tak ramai yang datang.
Ko kira ke atau ko main hentam, pandai betul ko kondem orang punya program, siapa yang ajar ko
program buang masa
Sudah lah jagn berpolitik.. belia x suka.. anyway.. tgok sendiri semua video di ytv u boleh kira satu2 ada cukup sejuta x..??
http://ytvmalaysia.blogspot.com/
event tu besar , guna seluruh putrajaya. dari hujung ke hujung aku tengok padat. mana dapat info 8k orang yang datang ni? aku kecewa ar walaupun aku bukan penyokong kerajaan tapi aku bangga aku antara sejuta belia yang ada time event tu. tadela buang masa sangat, at lis kte org dpt gak ketengah budaya kte org time tu.slain terkilan ngn artikel ni, aku pun terkilan ngn pak najib dlm ucapan perasmiannya ari tu siap suruh pertahankan putrajaya dari bn, wth, ini event belia negara, bukan event belia barisan nasional.
yup btol kata saudara tanpa nama.. belia ni xheran langsung ngan propaganda politik....
yang dok cakap 8k ni ada turun sendiri x kat tapak event? ada 200 lebih acara 3 hari.. 24jam sehari macam mana nak kira orang2 tu ek??
harap saudara cermat dengan angka. jangan jadi macam berita umNO...memang angka yg hadir itu sangat besar....
Namun kehadiran bukan untuk pertahan putrajaya. Budak sekolah datang berkhemah untuk dapat sijil perkhemahan kebangsaan, Badan uniform lain dikerah turun untuk xtvt belia.... dsbgnya..
Jangan jadikan blog kita setaraf umNO...selamat meneruskan perjuangan..
aku dtg sendiri pada hari belia tu dah mmg sah2 ramai org, mmg jauh lg ramai dari 8 ribu org.. come on lah, jgn membawa maklumat yg salah kalau nak berkata2.. aku bkn penyokong bn, tapi aku xske anak2 muda dimanipulasi dgn info2 yg x benar..
Catat Ulasan