Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 18 Mei 2011

Amerika Pantau Najib Dan Pembunuhan Altantuya?

KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat dilaporkan sentiasa memantau pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh laman web WikiLeaks. Diplomat di Kedutaan Amerika juga dilaporkan sentiasa berbincang sesama mereka samada perbicaraan itu sebelum ini sengaja dilengah-lengahkan.

Kebimbangan mereka yang lahir daripada perbincangan sesama sendiri itu adalah berasaskan sumber daripada pihak pendakwa, kerajaan dan juga pembangkang. Laporan kabel itu juga menyebut tentang kemungkinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan itu untuk menghalang Najib daripada menjadi Perdana Menteri pada masa itu – satu dakwaan yang didiamkan akhbar arus perdana Malaysia.

“Terdapat spekulasi meluas di kalangan komuniti dalam talian di Malaysia berkenaan kemarahan Abdul Razak Baginda, termasuklah teori konspirasi bahawa Pejabat Perdana Menteri pada masa itu menggesa Razak Baginda mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak..sebagai galang ganti kepada keputusan bersalah Razak Baginda dan hukuman mati yang mungkin dikenakan kepadanya,” kata diplomat Amerika seperti dilapor kabel itu.

Altantuya yang bertindak sebagai jurubahasa dan orang tengah dalam urus niaga kapal selam Scorpene buatan Perancis dibunuh dua pengawal peribadi Najib, Cif Inspektor Azilah Hadri, 30 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35 yang didapati bersalah pada April 2009. Najib yang merupakan Menteri Pertahanan pada masa itu mengetuai urusniaga itu dan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib dikatakan memperoleh ‘komisyen’ RM534.8 juta di atas urusniaga itu.

Altantuya dilapor dibayar AS$500,000 untuk khidmatnya sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut. Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba “memeras ugut” Razak Baginda. Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Dalam satu kabel bertarikh Januari 2007 ada disebutkan bahawa dalam pengakuannya Razak Baginda mengesahkan ada meminta pertolongan Musa Safri, yang kemudiannya dikenalpasti sebagai aide-de-camp Najib, untuk menghapuskan Altantuya. Dalam satu kabel lain bertarikh 16 May 2007 pula, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang merupakan pembantu kepada mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat bahawa beliau pasti “pendakwa raya kerajaan akan menghadkan perbicaraan kepada pembunuhan dan ketiga-tiga tertuduh semata-mata, pendakwa raya enggan membongkar tuduhan lain berkaitan rasuah atau pun suspek lain”.

Tiada ulasan: