oleh: Paeh
Menyokong dan mengundi UMNO seolah-olah menghalalkan segala perbuatannya. Anda perlu tahu apa hukum menyokong orang yang menolak Islam sedangkan anda tahu perbuatan mereka.
anda perlu tahu...
1. UMNO kufur!!
Kufur ada 2 jenis. Kufur hakikat dan kufur nikmat.
Kufur Hakikat :
- Maksud : Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w
- Contoh :
* Tidak mengakui balasan diakhirat
* Menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
* Menyatakan solat fardhu merugikan masa
* Menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi.
2.Umno tolak hukum Islam
Umno masih menolak firman Allah dengan perlaksanaan dasar secular(yg memisahkan politik dari agama)…..lihat di pertengahan ayat diatas bermaksud
Kami turunkan Al-quran untuk mengajarmu segala sesuatu(social, ekonomi, politik)
Cara “bersosial” diajar oleh islam….bukan mahram tidak boleh bergaul bebas
Cara menguruskan “ekonomi”....zakat harta, zakat fitrah bersedekah dan lain2 lagi
Cara “ibadah”.....solat, puasa, zakat, haji dan lain2 cara ibadah
Cara ber-politik/memerintah….letak syariat(suruhan) allah pada undang2 tertinggi seperti rasul’h lakukan dalam “Piagam Madinah”.
3. Adakah umno sama dengan yahudi…mari kita kaji pendapat ini…..
UMNO=YAHUDI
Al-Baqarah ayat 85
Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
Sekular/umno mengambil sebahagian Islam apa yang menepati kehendak nafsunya dan menolak perkara yang bertentangan dengan nafsunya...= yahudi beriman(patuh) dengan sebahagian kitab taurat dan kufur/tolak dengan sebahagian yang lain sebagaimana yang telah dilakukan oleh bani israel pada zaman dahulu…..
mereka umno melakukan
<>ibadah solat bagi menepati sebahagian syariah allah...
<>taat beriman kepada suruhan allah untuk melakukan ibadat seperti solat puasa, haji zakat dan lain ibadah…
<>tetapi dalam masa yg sama ingkar pada syariat allah yg lain seperti tidak menghukum penzina dng hukuman yg telah ditetapkan allah.
<>bukankah mendenda RM5000 dan hukuman penjara tidak dinyatakan dlm al-quran hukuman tersebut….
<>mengapa mereka umno sebagai org islam menerima pakai undang2 (penjara & denda)
<>sudah nyata melanggar perintah allah….
ini bermakna mereka beriman/patut pada sebahagian ayat al-quran---solat dan haji
dan pada masa yg sama menolak sebahagian ayat al-quran yg lain---hudud & qisas
sama seperti yahudi menolak sebahgian kitab taurat, dan beriman pada sebahagian yg lain
umno seperti:-
1.patuh pada suruhan allah untuk beribadat, maka mereka itu mendirikan solat puasa haji zakat
2.ingkar pada suruhan allah yg lain, seperti tidak menghukum penzina dng hukum allah (hudud)...
maka jadilah kamu sama seperti yahudi.....rujuk al baqarah- ayat 85
Labtech tak kater pun....tapi allah yang kater dalam firman nya di atas...kalo tak mau terima, jadi kafir lah kamu....lab tech tak rugi aper2....tak percaya boleh rujuk sendiri tafsir al-quran kat umah sendiri...
Adakah benar….
UMNO= KAFIR
Al-maidaah di akhir ayat 44
.......dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Allah menyatakan dalam firman diatas barang sesiapa yg menolak hukuman allah, maka jadi kafir lah orang tersebut...kerajaan pusat umno(BN) menolak hukuman sebat ke atas penzina dan digantikan hukuman penjara dan denda RM5000…ini sudah jelas umno menolak hukum allah dan maka jadi kafirlah mereka yg menolak ketentuan allah….
Adakah benar…..
UMNO = MAHAZALIM
Al-maidah di akhir ayat 45
……dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
4.UMNO dikira Murtad?
Murtad boleh terjadi melalui tiga cara . Salah satunya melalui perkataan.
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W.
renung-renungkan..
fikir-fikirkan...
Hujah saya berpandukan Islam dan pengetahuan saya... syukran
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
8 ulasan:
kalau otak kamu dah set mcm tu smpai kemati lah dgn pendirian kamu tu.....ada ke patut cakap org umno tu sama dgn kafir...bodoh banggang la kamu ni............!!!!!...KALAU AKU CKP PENYOKONG PAS TU SAMA DENGAN YAHUDI ISRAEL ,,AGA2NYA KAMU RASA MCM MANA ??............THINK POSITIVE LA BRADERRRRRR
tapi saya rasa blog ni dah bg hujah terperinci..
perasan..dia la sorang baik,warak,alim,islamik .. dah la..dia kata kat orang boleh.. semua orang tak betul.. dia la sahaja yg betul....
hujah yg terperinci dari perspektif diri sendiri.. orang lain macam mana???
amalan ambik ayat al Quran sekerat dan buang sekerat, sepatutnya dijauhi ketika berhujah, apatah lagi apabila mengerat maksud ayat al Quran bagi memenangkan hujah.
Ayat 44 Surah Al-Maidah ada menyebut tentang 'janganlah kamu jual ayat-ayat Aku dengan harga murah' sebelum maksud yang diterterakan oleh si penulis... dan bukankah itu jauh lebih tepat terkena ke batang hidung PAS apabila mengharamkan untuk UMNO dan menghalalkan untuk PAS...
Manakala Ayat 45, menerangkan tentang ajaran di dalam Kitab Taurat yang telah dilanggar oleh kaum Yahudi yang pada masa yang sama, merupakan sambungan penjelasan daripada Ayat 44.
Satu lagi kejahilan si penulis artikel ini ialah apabila cuba menyamakan sahsiah Islam dengan demokrasi yang didukung oleh sistem berkerajaan negara ini. Sewajarnya penulis artikel ini belajar bagaimana sebenarnya politik di dalam Islam, bukannya parti politik berjenama Islam di dalam amalan demokrasi moden...
Maka bayangkanlah setakat mana pengajian dan kefahamannya tentang Islam...
Semoga Allah Taala mengampunkannya kerana Nabi s.a.w ada berpesan bahawa sesiapa yang mengkafirkan orang lain, sedangkan orang yang dikafirkan itu tidak sebagaimana yang dikatakan, maka KAFIR ITU BERBALIK KEPADA orang yang pertama...
Na'uzubillah... semoga dijauhi kita daripada perangai suka melakukan TAKFIR kerana kafir, beriman, kufur mahupun atheis, itu hak Allah Taala... siapa kita yang nak menentukan perkara iman dan taqwa. Dan kalaupun perlu kerana maslahat tertentu, bukan dalam bentuk artikel dan blog, sebaliknya di mahkamah...
Semoga penulis artikel ini sedar dan kembali ke pangkal jalan. Baik UMNO mahupun PAS, kedua-duanya terlibat dalam perkara yang sama iaitu menjayakan demokrasi dengan kaedah-kaedah yang dilarang oleh Islam.
bab kafir dan kufur tu pun dah salah.
Definisi kafir dan kufur seakan-akan sama, tapi sebenarnya berbeza.
Pandai menjatuhkan hukuman kafir kepada orang lain, takkan tak faham apa yang dinamakan kufur dan mengapa dikatakan kafir. Tambah lagi satu perkataan, musyrik.
Belajar bagi habis dulu. Jangan kalung mutiara ke tengkuk babi!
banyak cakap plak, SAPA TOLAK ISLAM " KAFIR" LA... ALLAH DATANGKAN ISLAM DENGAN SEMPURNA... TOLAK 0.01% PUN DAH KIRA JATUH SYAHADAH.... USAH BERDALIH... UMNO SYIRIK DALAM BAB BERHUKUM DGN HUKUM ALLAH....
Wahai Paeh,
Cerita pasal kafir mengkafir ini sudah lama dalam sejarah PAS.
Baru ini pun semasa Nik Aziz jumpa pengundi Galas yang berada di luar di sebuah hotel di KL masih sebut perkara ini.
Sebenarnya siapa yang menolak Islam jika PAS kalah pilihanraya. Adakah pengundi yang menolak PAS bermakna menolak Islam?
Adakah ini bermakna PAS itu Islam dan Islam itu PAS?
Betulkah ini?
Kalau dilihat sikap pemimpin dan ahli PAS, didapati mereka ini mempunyai perangai gila kuasa, pangkat dan harta sama seperti orang Melayu yang lain.
Di Kelantan, bermacam cerita buruk pemerintahan PAS termasuk menzalimi Orang Asli di Gua Musang.
Ada pula wakil rakyat PAS dan PR tidak membuat kerja sehingga rakyat hendak jumpa pun setengah mati.
Bukan ahli UMNO yang mengadu, tapi ahli PAS sendiri yang menceritakan kepada media seperti yang berlaku di Kedah, Selangor, P Pinang dan Kelantan.
Apakah ini pemerintahan Islam?
Seperti mana PAS, ahli dan pemimpin UMNO tahu batas agama tetapi busuk perut ahli PAS tidak pernah padam.
Semua orang tahu apa yang berlaku di negeri yang dikuasai PR (perosak rakyat) yang langsung tak berdaftar.
PAS hanya tunduk menyerah kepada DAP.
PAS tidak sedar diri bahawa mereka cuba merebut kuasa seperti mana yang berlaku dalam sejarah lampau.
Perebutan kuasa yang tidak sudah ini boleh mengundang padah kepada kuasa orang Melayu Islam.
PAS tidak sedar diri bahawa mereka tidak mampu menjalankan pemerintahan dengan cekap, bijaksana dan dedikasi.
Sekali pandang kita pun tahu mereka hanya bijak membuat percaturan politik tapi lemah dalam pemerintahan.
Biarlah mereka terjun dengan labu labinya.
Inilah kumpulan Abu Jahal zaman moden.
Sekian.
Apakah hukum ahli PAS mengundi DAP ...apakah hukum apabila ahli PAS menjual prinsip dengan menjadi makmum kepada DAP (biaDAPigs)
Catat Ulasan