Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 25 November 2010

Forum ISA diganggu

Oleh Suara Keadilan

suaram1KUALA LUMPUR - Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas sikap Ketua Polis Pulau Pinang DCP Datuk Wira Ayub Yaakob yang didakwa gagal melindungi hak rakyat untuk berkumpul dan menyuarakan pendapat mereka secara aman.

Merujuk kepada kekacauan yang dilakukan kira-kira 50 ahli dan penyokong Pemuda Umno Pulau Pinang ke atas forum ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA Pulau Pinang Ahad lalu, Suaram berkata di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan setiap rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka.

"Kenyataan beliau bahawa forum tersebut tidak mempunyai permit hanya mendedahkan kegagalannya untuk mengawal keadaan. Kami ingin menyeru beliau supaya mengambil sikap tidak berpihak dan tidak menunjukkan sokongan kepada kumpulan pro-ISA. Dalam masyarakat demokratik setiap warganegara harus diberi peluang membincangkan apa-apa isu secara sivil dan berhemah.

"Suaram berpendapat ISA adalah akta zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan ini merupan pelanggaran serius hak asasi manusia dan seharusnya ia dimansuhkan," kata Koordinator Suaram E Nalini dalam satu kenyataan.

Badan itu mengecam tindakan ganas anggota Pemuda Umno terbabit yang telah menampar salah moderator forum tersebut serta mengkritik kelesuan pihak polis mengawal keselamatan dan keadaan.

Tiada ulasan: