Sidang  DUN negeri ` kejor yop kejor ` datang lagi….perasaan dan emosi ` getek `  semakin  terbuku. Mungkin ramai dah lupa dengan 3 orang pengkhianat  rakyat yang nama mereka tak layak di sebut disini hingga  menyebabkan  tersungkur kerajaan rakyat masih terus membenci. Teman terus membenci  hinggakan terbawak dalam doa harian teman.
Tanggal  30 November 2010 bakal tiba dan seluruh rakyat Negeri Perak menanti  detik ini dengan penuh minat dan kadang – kadang ` libang - libu ` atau  bimbang….mudah – mudahan kembalinya  Menteri Besar ini dari tanah suci  akan mengubah persepsi negatif  pada sidang DUN yang lalu…..teman sebut  mudah – mudahan walaupun tidak mengharapkan sangat. 
Kesemua  ADUN berjumlah 59 orang sepatutnya diberikan kemuliaan dalam setiap  kali persidangan dewan itu diadakan sesuai dengan mulia Dewan Undangan  Negeri itu. ADUN Pakatan Rakyat mendakwa pihak Barisan Nasional  menganiaya mereka, walaupun mereka tidak menimbulkan keributan.
Keributan  berpunca apabila pihak keselamatan yang membuat pemeriksaan yang ketat,  malah menimbulkan suasana ketakutan kepada mereka.Malah ada pihak yang  tidak dikenali indentitinya turut berlagak sebagai pegawai keselamatan.  Persoalannya kenapa ADUN Barisan Nasional dipermudahkan urusan mereka ?.
Untuk  apa ramainya polis – polis ini. Kata DS Nizar Ini bukanlah ` majlis  persidangan polis ` kerana ramainya mereka didalam dewan mengatasi  jumlah pengubal  undang – undang negeri.Itu belum lagi yang berada  diluar dewan dalam kawasan bangunan SUK, diluar bangunan SUK,Kedai –  kedai makan berhampiran dan sebagainya.
Teman  hairan jugak dulu….bukankah sebelum Bn kalah dalam pilihan raya umum  ke-12 di Perak dia mampu kendalikan sidang tanpa gangguan polis. Kenapa  selepas kalah polis begitu ramai?
Rakyat  percaya jika usaha – usaha sungguh – sungguh pihak polis yang ramai ini  bertugas dalam memastikan keselamatan sidang  terkawal ini dihalakan  kepada kepada kes – kes yang besar dalam negara sudah tentu penjenayah  dapat diberkas dengan tenang dan pantas. 
Dewan  Undangan Negeri ini adalah rumah atau medan tempat wakil – wakil rakyat  yang menang dalam pilihanraya 5 tahun sekali dan bukannya permohonan  menjadi anggota polis  yang diadakan sekali seumur hidup.Berikanlah  kuasa dan hak mereka yang rakyat berikan  untuk membangunkan negeri yang  tercinta ini walaupun berbeza fahaman politik atau parti.
Rakyat  nak tanya kenapa kawasan peranginan Teluk Rubiah yang yang berstatus  zon pelancungan ditukarkan kepada zon perindustrian. Teluk Rubiah Beach  & Golf Resort ataupun Teluk Rubiah sepertimana yang dikenali,  telahpun menutup pintunya. Teluk ini telahpun dijual kepada syarikat  besi Brazil. Mulai bulan Oktober, teluk ini akan ditutup kepada orang  ramai selama-lamanya dan padang golfnya pula akan bertukar menjadi  kilang besi. Teman tidak le pulak….sukakan padang golf tu…..tapi  bagaimana dengan  laut, flora dan fauna yang indah anugerah tuhan itu.
Yang  teman hairan di China sebuah negara yang besar sempena Sukan Asia  mempenalkan kempen hijau dan indahkan bandar, desa, pejabat dan  sebagainya….tapi di Perak ini pulak kawasan laut yang terkenal dengan  keindahannya  dibinasakan kerana habuan kroni – kroni tertentu.
Teman  difahamkan kemungkinan besar sidang itu diadakan dalam satu hari sahaja  seperti sidang – sidang DUN yang lalu. WallahuAlam.Hanya rakyat Perak  yang peka sahaja yang mampu menilaikannya.
Kalau  perkara ini berlaku suatu yang amat malang bagi rakyat Negeri Perak.  Pengalaman yang  lalu dalam Sidang DUN yang membentangkan bajet Negeri  Perak hanya dalam beberapa minit sahaja meluluskan wang yang berjuta -  juta ringgit. Sekali lagi rakyat yang peka sahaja mampu menilaikannya.
Teman  bukan apa kalau DS Zambry atau sesiapa sahaja nak bersama dengan  isteri  masing – masing pun mesti bertemakan   ` ringan – ringan  didahulukan, sentuhan mesra  diutamakan…..maksud teman dibelai –  belaikan rambutnya dan usik mana yang patut barulah sudah ` climax`  …jeng jeng jeng….nak bersetubuh pun makan masa inikan pulak bincang  masalah negeri yang rakyat dan wangnya jugak berjuta – juta.
Rakyat  kena sedar bahawa Sidang DUN ini bukan cerita kisah R. Ganesan penjual  kacang putih dari Behrang yang meniaga di Stesen Bas Slim River atau Mak  Chik Midah dari Sungei Rapat yang jual ais kepal  di gigi Jalan Kampung  Sengat, tetapi sidang ini membincang hal urusan negeri. Kalaulah  Allayarham A.R Tompel masih hidup,tentu ayat yang pertama keluar dari  mulutnya ` Imposible `....rakyat kata posible.
Nampaknya  memang dunia ini sudah sampai akhir zamannya, kerana petunjuk yang  diajar oleh tok – tok guru bahawa tanda – tanda akhir zaman ialah yang  jauh  menjadi dekat, sungei yang lebor dan besor  menjadi sempit dan  sebagainya. Malah makanan yang susah dibuat menjadi mudah kini seperti   roti canai segera, mee segera, pau segera dan akhirnya otak manusia pun  berfikir segera tanpa merujuk kebenaran wahyu Ilahi.
Teman  teringat zaman bebudak dulu,nak main gasing dengan kekawan teman buat  sendiri bukan beli.Untuk tu teman ceroye – ceroye atau cari - cari mana –  mana batang pokok limau atau jambu yang  boleh dibentuk menjadi  gasing  .Nak siap sesuatu gasing pun memakan masa 2-3 hari baru siap. Kalau  Sidang DUN itu diadakan satu hari  juge pada 31 Mac 2010 tu, maka teman  nak cadangkan supaya   yang  merintah Perak ni jadi bebudak balik le.  Nak merintah negeri dengan strategik tetapi bukan mainan magik.
Dulu  Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh Dato` Seri Nizar memohon  perbincangan khas sebelum Sidang DUN diadakan supaya perjalanan  mesyuarat tersebut berjalan dengan baik dan harmoni tapi tidak dilayan.
Teman  yakin ini keikhlasan Pakatan Rakyat untuk sama – sama membangunkan  Negeri Perak.Tiba – tiba Dr. Zambry kata Pakatan Rakyat takde hak untuk  mengarahkannya dan beliau diibaratkan Pakatan Rakyat sebagai sindrom  bulan mengambang.
Pandai  pulak dia kata Pakatan Rakyat takde hak mengarahkannya.Mungkin MB  Mahkamah ni dah lupa yang  pimpinannya itu pun hasil rampasan hak  rakyat.
Sidang  DUN dulu Speaker R.Ganesan dengan mentah - mentah menolak soalan -  soalan dewan oleh ADUN Pakatan Rakyat dengan alasan tidak mengikut  prosedur kerana tidak diemaikan kepada pejabat speaker sedangkan ADUN  tersebut telah menghantarnya secara ` by hand `. Kali ini sekali lagi  beliau menjadi hero dengan memberikan amaran bahawa ADUN Pakatan Rakyat  jangan buat provokasi.
Kita tunggu.
 
 

 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan