Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Mereka menang tidak bermakna mereka kuat
Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.
"Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.
"Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja," kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.
Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.
"Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.
"Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor," ujar beliau lagi.
Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.
"Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.
BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.
Bagaimanapun A. Aziz mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.
"Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.
"Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa," kata beliau.
Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.
"Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.
"Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di situ," katanya.
"Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar dipertahankan," ujarnya.
Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan pusat sendiri.
"Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional) menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya," ujarnya.
Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak, beliau mempunyai pandangan tersendiri.
"Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih ‘ganas’, itu memang ada dan agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah," dakwa beliau.
Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.
"Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil.
"Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.
"Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama," tambah beliau.
Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok dua tahun lalu. Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat
3 ulasan:
Wahai Paeh,
Pendapat Aziz Bari lebih mneggembirakan UMNO dan menjadikan PAS naik minyak untuk menyejukkan suhu kekalahan KO PAS dan PR, sebuah pakatan yang tidak berdaftar.
Sekalipun UMNO memenangi sebahagian dari PRK yang lepas, itu bukan bermakna UMNO dan BN lemah sebab kuasa masih di dalam tangan.
Walaupun PR (tak berdaftar) memenangi sebahagian besar PRK, bukan boleh dikatakan kuat sebab kuasa Pusat masih di tangan BN dan kuasa di negeri yang dikuasainya boleh dikatakan tidak selamat termasuk Kelantan.
PAS patut dipuji dan dipuja sebab dia parti 'Islam' supaya cepat angan2nya dan sentiasa dalam mimpi berbanding UMNO yang selalu dikritik hebat di mana2 oleh sesiapa pun termasuk PR (tak berdaftar) supaya kuat seperti atlit bina badan.
Selama ini pun UMNO sentiasa dikritik dan dikecam atas bawah kiri kanan depan belakang oleh PR (tak berdaftar) masih lagi ditampuk kuasa.
Oleh itu, PAS digalakkan untuk mencari sesiapa yang boleh memuji supaya kembang punggungnya dan menjadi parti masuk bakul angkat sendiri.
Ini tugas berat ketua penerangan PAS pusat selepas kebakaran di ibu sawatnya di Kuala Lumpur.
Sekian.
yg penting kuasa hahaha... pe mau jd blakang kira,,,,
Assalammualaikum,
Kita patut menerima kekalahan ini dengan tabah dan rela. Kalau dibanding dengan strategi PAS, cara UMNO bertindak di Galas tentunya lebih meyakinkan akan keberkesanannya. Kalau kita tidak mahu menerima hakikat ini pastinya kita sedang menempah kekalahan di PRU~13 itu nanti.
UMNO era DS Najib 2010 telah menunjukkan banyak kebaikan berbanding zaman Pak Lah. Di zaman Tun Mahathir yang terserlah dulu pun banyak celaannya. Walau pun banyak masa DS Najib terbuang membaik-pulih kerosakan akibat orang sebelumnya, namun, DS Najib tetap berada di depan dengan kebijaksanaannya. Sekurang-kurangnya orang yang kuat dibenci rakyat dahulu tidak kelihatan dalam barisan kabinetnya. Itulah strategi pintar, dan itu yang rakyat mahu lihat kerana dapat melepaskan dendam kesumat. Kini telah mula hilang marahnya.
Apa yang perlu dibuat ialah bertindak dengan pantas mengatur persiapan PRU~13.
Jangan berselindung dengan fakta yang kita kutip sendiri untuk menyedapkan hati, dan masih mahu menanti kelemahan DS Najib untuk ditonjolkan. Jangan terlupa bahawa kebanyakan kemenangan calun atas tiket Pakatan Rakyat di PRU-12 dulu bukan dari hasil kekuatan diri semata. Fakta sebenar ialah rakyat benci dan mual dengan perlakuan pemimpin UMNO dan gerombolannya, lantas memilih siapa sahaja asalkan pembangkang.
Pemimpin PR perlu mengiktiraf kebolehan dan kepantasan PiEm kita sekarang. Jika masih berkhayal bahawa kebobrokan DS Najib dan gerombolannya itu boleh membantu Pakatan menang, sekali lagi anda akan terpedaya.
Cari dan olahlah fakta kebenaran untuk mengalahkan musuh, dan bukan setakat untuk memeranginya sahaja. Kekuatan apakah yang ada pada parti komponen PR sekarang dalam menghadapi PRU~13 nanti ?. Rakyat tetap memerhatikan semuanya, sedangkan di Perak nasi di suapan pun boleh jatuh kelantai.
Orang yang menang itu bukan sahaja kuat tetapi pintar dan bijak otak dan lakunya. Wassalam.
Catat Ulasan