Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 25 November 2010

Pemuda PAS persoal ketelusan SPRM

http://harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/29jan/dr%20dr%20his.jpg

IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri hairan dengan sikap double standard Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri terhadap kes lebih kurang sama sepertimana berlaku di Selangor berkaitan penahanan seorang pegawai atasan Yayasan Negeri Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000 baru-baru ini.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Mei lalu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) di bawah pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar telah mendedahkan terdapat kos majlis perasmian disalahgunakan oleh pihak tertentu termasuk di Pejabat Menteri Besar melebihi RM1 Juta.

“Namun, malangnya tiada sebarang tindakan daripada SPRM dalam perkara ini sehingga sekarang. Kami rasa seolah-olah ada usaha campur tangan pihak tertentu menyebabkan kes itu disenyapkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dr Raja Ahmad berkata, peliknya isu sama berlaku kepada Selangor apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya mencecah setengah juta ringgit.

Katanya, persoalan kenapa di Perak ia tidak diambil tindakan bahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hanya mengatakan akan menunggu laporan penuh daripada PAC sahaja.

“Tetapi sehingga kini, status laporan berkenaan tidak diketahui dan dalam masa yang sama SPRM tidak pula bertindak menyiasat pendedahan berkenaan.

“Kami berharap SPRM bersikap profesional dalam bertindak tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Tiada ulasan: