Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar - Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan sek...8 tahun yang lalu
JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....
Selasa, 30 November 2010
Negara Islam: PAS akui ada kekangan tetapi akan laksana secara berperingkat
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Sambil menyedari wujudnya tentangan berhubung idea negara Islam daripada kalangan sesetengah pihak, PAS menegaskan, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan berusaha ke arah negara Islam dengan undang-undang hudud sebagai asasnya secara berperingkat jika dapat menawan Putrajaya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui konsep itu belum menerima tarikan kalangan parti komponen PR sendiri tetapi mendakwa bangkangan terhadap idea itu hanya kerana kurangnya fahaman mengenai konsep negara Islam.
Pemimpin veteran ini memberitahu The Malaysian Insider, PAS akan memfokus usaha memperkenalkan undang-undang seperti yang diamalkan di Kelantan dan Kedah terlebih dahulu bagi membolehkan rakyat Malaysia menilai merit prinsip Islam dan undang-undang hudud. “Kita akan melaksanakan peringkat demi peringkat kerana kita perlu sedar bahawa yang pertama perlu difahami adalah perkataan Islam itu sendiri,” katanya.
Hadi menjelaskan Islam tidak boleh diterjemahkan kerana perkataan agama itu sendiri tidak memenuhi makna Islam dengan menyeluruh.
“Islam bukan sahaja agama tetapi adalah satu cara hidup bagi orang Islam yang melibatkan segala aspek.
“Yang kedua, kena sedar bahawa negeri kita mengamalkan sistem federalisme iaitu adalah ada bidang kuasa negeri-negeri,” katanya.
Kata Hadi, jika federalisme ini dapat diamalkan dalam konsep yang tepat yang mana PAS diberi peluang untuk menunjukkan konsep Islam yang sebenar dalam perjuangan dan negeri yang memerintah seperti Kelantan dan Kedah, ia dapat dilihat seluruh rakyat Malaysia mengikut pandangan mereka.
Kini PR memerintah empat negeri dengan Kelantan dan Kedah Menteri Besarnya adalah pemimpin PAS.
PAS memerintah Kelantan sejak 1990 dan pernah menerajui Terengganu antara 1999 dan 2004.
“Ini boleh menyebabkan kita mendirikan sebuah negara yang diterima semua, oleh sebab itu kita tidak mahu dari segi slogan sahaja sebagai negara Islam tetapi isinya tidak Islam.
“Ia perlu dilakukan secara peringkat,” kata bekas Menteri Besar Terengganu ini, dari 1999 hingga 2004.
Pada Julai lalu, pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari berkata, debat mengenai negara Islam dan negara sekular tidak perlu dibangkitkan kerana polemik itu tidak akan menguntungkan sesiapapun, sebaliknya hanya mengelirukan umat Islam dan menakutkan bukan Islam.
Oleh itu menurut Aziz, semua orang harus berhenti dari bercakap tentang negara Islam kerana berpendapat orang Islam tidak akan jatuh kafir hanya kerana tidak bercakap tentang negara Islam.
“Tetapi bagi orang politik mereka lain, bagi mereka ini soal prinsip.
“Orang politik dari parti mana puan asyik prinsip saja. Atau pun mereka bertindak demikian kerana takut nanti orang tanya kenapa tidak persoal tentang perkara itu (negara Islam).
“Ini sebenarnya masalah antara Karpal dan Nik Aziz tadi,” katanya mengulas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu yang mengatakan bahawa PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat termasuk DAP.
Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.
Nik Aziz menganggap kenyataan Karpal, Pengerusi DAP yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika Pakatan Rakyat dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.
Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider awal Julau lalu juga Karpal mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.
Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan di pejabatnya di bangunan Parlimen kelmarin, Hadi menambah, sudah tentu pihaknya akan membuat perubahan berasaskan daripada konvensyen sulung PR Disember 2009 di Shah Alam iaitu berpegang teguh pada prinsip perlembagaan diterima oleh semua.
PR akan mengadakan konvensyen kedua pertengahan bulan ini di Pulau Pinang.
“Kita akan terjemahkan prinsip Perlembagaan, ini sangat penting yang mana kita perlu meletakkan Islam sebagai Islam yang sebenar, agama yang memerintah, agama yang memerintah yang membuktikan keadilan kepada semua,” kata Ahli Parlimen Marang ini.
Hadi menambah, apa yang berlaku hari ini ialah Umno mewarisi sekularisme yang ditinggalkan British yang tidak boleh menunjukkan model Islam kepada bukan Islam.
Oleh itu kata beliau, penting bagi pihaknya memastikan Islam menunjukkan model yang baik bukan sahaja kepada orang Islam tetapi bukan Islam juga iaitu “model tak rasuah, model bersih dan model pemimpin yang adil dan baik... ini yang perlu kita tunjukkan.” Hadi juga yakin perubahan model ini akan menghasilkan satu anjakan besar kepada politik negara apabila orang bukan Islam melihat konsep yang sebenar.
“Ini yang perlu dilakukan yang mana keadilan untuk semua dapat dibuktikan.
“Perubahan ini kita akan lakukan termasuk melibatkan institusi diraja, kita tidak mahu raja ini jadi tempat mengampu, kita mahu raja ini adalah seorang raja yang berdaulat, seorang raja yang hebat, raja yang boleh bersama rakyat bukan raja seperti yang dibuat Umno sekarang ini,” kata beliau lagi.
“Umno sesekali guna raja, sesekali tendang raja... itu kita tidak lakukan,” kata beliau dilihat merujuk kepada pindaan perlembagaan pada 1980-an dan 1990-an untuk mengurangkan kekebalan raja-raja Melayu.
Ditanya jika PAS memenangi kerusi daripada Umno, adakah ia akan menjadikan parti itu mendapat kerusi majoriti, Hadi menjelaskan sekiranya orang-orang Melayu berubah dari segi pemikiran mereka untuj menjadikan PAS sebagai alternatif kepada Umno, maka ia boleh berlaku.
“Kita boleh menang dan tidak mustahil ia boleh berlaku, undi Melayu boleh berubah dan di Johor yang kuat Umno hari ini pun kita sudah ada dua kerusi,” kata beliau yang pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
“Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik manakala negeri-negeri lain adalah kerusi campuran yang akan kita bincangkan,” kata Hadi.
Mengenai kedudukan di Sabah dan Sarawak pula, kata beliau, PAS akan berbincang dalam PR.
Pakatan Rakyat akan bentang bajet alternatif hari ini
Bajet Perak 2011 Bajet Pilihanraya ?
Kjaan Negeri telah memberi tambahan RM50 ringgit kepada ketua JKKK di Perak sedangkan sebelum ini RM750 telah sedia diberikan oleh Kjaan Perseketuan, malah elaun RM150 bagi perbelanjaan keraian juga diberikan.
Rakyat melihat bahawa pertambahan perbelanjaan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk MEMBELI dan MENGULA-GULAkan rakyat Perak khususnya.
Rakyat tidak bodoh untuk menilai bajet ini dari sudut ketulinan hasrat atau bajert ini lebih kepada kepura-puraan kerajaan Perak bagi mengekalkan kuasa 'haram' mereka terus memerintah. - editor CIL@Cina Islam
Perbicaraan yang paling lucu abad ini
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Sekiranya ada pertandingan “apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini” mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut.
Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut juga tidak akan bersimpati kepada Anwar.
Yang terbaru kita menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan.
Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut.
Memang agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan Anwar tersebut. Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful.
Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor pakar yang Anwar “hire” bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut
Harus diingat saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota klinikal !!!
Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa.
Keputusan Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya. Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan pendakwa tersebut.
Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah.
Pertama, Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu 'tercemar' kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka.
Kedua, Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.
Ketiga Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa raya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah.
Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut .
Keempat , Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan.
Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah
Kelima , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit. Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan.
Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya. Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya sebut di atas adakah suatu keajiban akan berlaku di dalam permohonan Anwar terbaru ini.
Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu “ when we ( judge ) sit to judge , we are in fact being judged.” ( Apabila kita kita ( hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi.” )
Hishamuddin, Azizah Dan Raja
KITA tidak tahu apakah Hishamuddin Hussein memahami betul-betul atau tidak sebelum beliau mengulas atau membuat kritikan balas terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Kenapa saya mengatakan begitu, sebab ada kritikan dan bidasan beliau kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata.
Seolah-olah beliau tidak memahami isu atau makna persoalan yang timbul, tetapi lembek dan gatal mulut untuk bercakap. Iya orang politik boleh bercakap apa saja dan di mana saja, tetapi mereka harus membuat sedikit kajian dan penilaian supaya apa yang diucapkan itu tidak menampakkan kedangkalan dan kenaifan kita. Malang sekali kalau sebagai pemimpin, kalau kita bercakap macam orang bebal dan Mat gagap gigi jongang yang melaram mengusik dara di kepala jambatan di desa-desa.
Beliau mengatakan isu ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Katanya isu itu sengaja ditimbulkan untuk mengundang suasana panas. Maksud susana panas itu ialah untuk menarik kebencian bukan Melayu kepada hak-hak Melayu. Atau melenyapkan hak Melayu apabila ketuanan Melayu diganti dengan ketuan rakyat.
Kononnya Azizah atau PKR sengaja mahu menjadikan ianya sebagai isu yang menindas bukan Melayu. Dalam pemahaman Hishamuddin, Azizah mahu mendedahkan isu ketunaan Melayu yang menjadi kesayangan Umno. Dalam masa sama juga Hishamuddin cuba melagakan PKR - rakyat dengan istana apabila beliau menghuraikan bahawa ketuanan rakyat itu sebagai hendak menghapuskan institusi raja.
Saya tidak mengira apakah Hishamddin memahami apa yang diungkap oleh Azizah dan menjadi falsafah PKR mengenai ketuanan rakyat itu. Kalau dia faham dia tidak akan tergamak menuduh melontarkan kepada Wan Azizah apakah PKR juga mahu menolak institusi raja-raja Melayu. Tetapi kerana beliau tidak faham dan tepu minda untuk mengertinya maka beliau beranggapan demikian.
Biarlah diterangkan apa yang difahami mengenai maksud ketuanan rakyat yang ditimbulkan Aizzah. PKR atau Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membiarkan dan menghapuskan Melayu. Perjuangan mereka juga adalah untuk Melayu di samping tidak memencilkan golongan lain. Itu tidak dapat diubah kerana ia dimaktubkan dalam perlembagaan.
Adapun yang menjadi mereka benci dan mempertikaikan ialah pelaksanaan agenda ketuanan Melayu itu sendiri tidak adil yang dilihat tidak adil, boros dan hanya menguntungkan pihak tertentu saja - dalam hal ini elits Melayu dalam Umno. Ketuanan Melayu hari ini adalah ketuanan untuk mengenyangkan para taukeh-taukeh dan keroni saja.
Kalau diperhatikan ketuanan Melayu itu hanya dongengan saja. Apakah keistimewaan yang diperolehi orang Melayu dengan ketunaan Melayu itu? Tidak ada guna kalau hanya setakat boleh berbangga dengan songkok hitam yang mereng atau pun puncaknya tinggi setinggi gunung Tahan.
Perhatinkan macam mana dengan nasib orang Melayu dalam segala bidang. Tidak payah pergi jauh, perhatikan saja hak orang Melayu mengenai biasiswa? Hak orang Melayu mengenai tanah, hak orang Melayu dalam ekonomi. Hak orang Melayu tentang agamanya dan budayanya. Apa sudah jadi? Melayu kini laih, lemah dan mumai. Walhal kini Umno masih lagi beretorik dengan ketunaan Melayu. Apakah untungnya orang Melayu?
Justeru ketuanan Melayu hanya gimik, retorika dan mitos saja. Ia hanya sebuah nyanyian saja sedangkan realitinya tidak ada. Ketunaan Melayu dendangan Umno hanya boleh didengar saja.
Saya bersetuju dengan pendapat Hishamuddin, Aizazah merendah-rendahkan konsep ketuanan Melayu. Memang patutnya pun direndah-rendahkan kalau natijahnya tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat kepada orang Melayu. Zaman ini zaman orang bercakap di luar kelambu. Zaman orang menjamah bukan meraba. Zaman orang melihat bukan mendengar saja. Zaman orang memaki bukan memuji tidak tentu fasal.
Seperti dinyatakan tadi apakah keuntungan masih ada dengan konsep ketuanan Melayu? Kalaulah konsep itu boleh memberi keharmonian, kepuasan kepada semua orang, kenapa Umno perlu takut. Umno perlu memperkuatkan konsep ketuanan Melayu. Biarlah PKR dengan konsep ketuanan rakyat. Berlaga dan berlumbalah untuk menunjukkan konsep siapa yang lebih berkesan dan memberi kebaikan. Jangan menuduh orang khianati kita walhal kita yang bebal.
Tentang raja-raja Melayu, kenapa perlu dirungsing ianya akan hilang kalau konsep itu bertukar. Apakah kedudukkan raja kini tidak kukuh lagi. Bagaimana dengan jaminan Najib Razak semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Apakah Najib juga sama macam Hishamuddin, sama-sama gagap dan mumai?
Bagidan Raja-Raja sendiri kadang kala tidak menyedari di mana kuasa mereka dan sejauh mana mereka berkuasa. Raja-raja juga seolah tidak yakin kuasa dan daulat yang ada kepada mereka. Anih, walhal asalnya negeri ini mereka yang punya dan perjanjian dengan Bristish mereka yang tanda tangani. Apakah kekemasan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan itu sudah longgar. Kalau longgar raja-raja harus menyedari siapa yang melonggar dan merombakan simpulan kemas dan kemennya. Tidak adilnya kalau ia ditalakan kepada pihak Pakatan Rakyat.
Raja-raja sebenarnya tidak perlu bernaung di bawah mana-mana kuasa politik. Apa yang patut berlaku kuasa politik tidak mengira parti yang menuangi baginda.
Yang memerintah negara ini selama 53 tahun ialah UBN bukan Pakatan Rakyat. Malang sekali kalau dalam tempoh setengah abad itu UBN gagal untuk menguguhkan kedudukan raja-raja sehingga ada kewalangan di sanubari para raja-raja mengenai nasib takhta mereka dan juga orang Melayu negara ini. Malang dan sedih! Jadi apa yang kita orang (Melayu Umno-Pas) lakukan selama ini? Mungkin kerja kita hanya mengerat kuku di hujung bendul sahaja sebelum senja menjelang untuk tidur di balik gubuk usang berselimut satu sarung dengan bini dan laki.
Dari M S O
Isnin, 29 November 2010
Kewangan Negeri Perak merosot lagi
IPOH – Kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu menyusut sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, sekali gus menunjukkan situasi membimbangkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang di Parlimen, menunjukkan jumlah wang Kerajaan Negeri telah berkurangan dari RM774.57 juta kepada RM689.25 juta iaitu kemerosotan sebanyak 11 peratus.
Menurutnya, kerajaan negeri juga membentangkan bajet defisit tiga kali berturut-turut dalam tempoh 13 bulan sejak memerintah.
“Senario ini berbeza ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengumpulkan wang rizab RM774.57 juta untuk simpanan masa depan negeri.
“Bagaimanapun, sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih, menteri besarnya (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) telah mengemukakan bajet defisit RM23.89 juta pada 28 Oktober, disusuli satu lagi bajet pembekalan tambahan defisit RM80 juta pada 3 Ogos dan dijangka defisit ketika pembentangan belanjawan pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini kepada paras RM29 juta lagi,” katanya pada sidang media di Wisma DAP negeri di sini, semalam.
Kor Ming berkata, jumlah defisit kerajaan negeri dalam tempoh satu tahun mencapai RM131 juta.
Katanya, di bawah pemerintahan BN, Perak turut dilanda projek awam yang melibatkan belanja puluhan juta ringgit, tetapi terbengkalai, dinaiki semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.
“Apa yang mengejutkan antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai itu, sekurang-kurang lima projek melibatkan belanja RM5 juta berada dalam kawasan menteri besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor. SH
PR perlu ofensif
TV Selangor melaporkan Lim juga menolak tanggapan Pakatan Rakyat sudah berkubur dan tidak lagi senada. Malah, katanya, gabungan itu terus erat terutama selepas terbentuknya Resolusi Persidangan Shah Alam, semalam.
"Kita masih lagi bernyawa dan bersemangat dan merancang untuk terus ke depan dalam perjuangan politik di Malaysia.
“Saya percaya bahawa persidangan kemuncak ini ini merupakan peristiwa penting bagi 'turn around' Pakatan Rakyat, 'turn around' untuk mengembalikan momentum politik bagi melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.
Lim berucap pada sesi penggulungan persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat yang berlangsung di kediaman pegawai kerajaan Seksyen 7 di Shah Alam.
Menurut Lim, hanya pertukaran kerajaan dapat menjadikan Malaysia negara demokrasi normal.
Malah katanya, Pakatan Rakyat perlu menjadi 'ofensif' dan merampas kembali Perak selain menawan negeri utama seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang serta Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.
"Hanya jika ada perubahan radikal yang bermakna perubahan kerajaan. Ia boleh jadi transformasi asas yang besar di negara ini dan inilah harapan yang diberi apabila berlaku tsunami politik dua tahun dulu.
“Untuk pertama kali, rakyat Malaysia melihat kemungkinan perubahan berlaku dan pilihan raya umum depan merupakan saat penting menentukan sama kita dapat menjadi negara demokratik yang normal," katanya.
Menurut Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, rakyat perlu melihat tiada perubahan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai program kononnya telah diperkenalkan sejak 20 bulan beliau menerajui BN.
"Kita lihat saja laporan berita. Setiap hari satu peringatan bahawa keadaan masih tak berubah walau banyak yang diperkatakan mengenai 'reform' dan transformasi, samada slogan baru 1Malaysia Najib atau GTP, rancangan negara untuk perbaiki kehidupan, penuhi standard antarabangsa," katanya.
Hadi: Perbaiki kelemahan
Sementara itu, bagi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu muhasabah atau memeriksa kelemahan dan kekuatan diri bagi membetulkan kesilapan dan menambah keyakinan rakyat negeri lain terhadap kepimpinan mereka.
Katanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mereka mentadbir negeri dengan baik ini penting agar menjadi kekuatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Seterusnya marilah kita membuat muhasabah bagi menghadapi pilihan raya akan datang dengan mengambil kekuatan dari perubahan yang telah kita lakukan dalam pilihan raya umum ke-12 dengan kita membina kejayaan itu melalui pencapaian kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan penerusan agenda yang berjaya," kata Abdul Hadi.
Dakwa ahli parlimen Marang itu lagi, usaha kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang berhadapan serangan dan penindasan kerajaan pusat sehingga semua perbuatan mereka diperhati teliti dan diperbesar media kawalan Umno-BN haruslah menjadi kebanggaan.
"Kerajaan Menteri Besar dan Exco untuk bertahan adalah kejayaan yang perlu dibanggakan. Kita menyedari kita berdepan dengan demokrasi yang salah, tidak tulen dan tak sama rata sehingga kita berdepan dengan amalan federalisme yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak mengikut polisi federalisme yang sebenarnya," katanya.
Abdul Hadi turut menyelar sikap segelintir pegawai kerajaan negeri yang bersikap tidak profesional dan melakukan sabotaj kerana memihak kepada BN.
"Dalam masa yang sama kita berdepan dengan kakitangan kerajaan yang tidak semuanya bertugas secara profesional. Ada diantaranya mempunyai semangat kepartian, yang menjadi duri dalam daging yang tidak melancarkan jentera kerajaan walau dalam amalan sistem demokrasi.
“Pegawai kerajaan haruslah bekerja di bawah kerajaan parti yang memerintah walaupun apa kepercayaan yang dianut oleh parti itu. Kadang-kadang kita berhadapan dengan hal seperti ini yang tentu menyebabkan Menteri Besar dan Exco tidak selesa menjalankan tugas mereka," katanya yang berpengalaman mentadbir Terengganu selepas pilihanraya umum 1999.
Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada pilihan raya lalu tetapi kehilangan Perak tahun lalu setelah campur tangan kerajaan Pusat.malaysiakini
PAS buat laporan polis isu Banner Fitnah
PAS Pulau Pinang membuat laporan polis di Kepala Batas berhubung penemuan beberapa kain rentang dan sepanduk yang mendakwa parti itu menentang pemberian RM100 oleh kerajaan negeri kepada warga emas kerana dikaitkan dengan sumber perjudian.
Katanya, beberapa pihak sejak kebelakangan ini mula gusar dan tidak senang dengan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin menambat hati rakyat dengan dasar-dasarnya.“Ini menjadikan mereka cemburu dan mencetuskan pelbagai macam propaganda,” katanya. sumber mkini
Sabtu, 27 November 2010
Hapuskan PTPTN !!!
Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia.
"Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri. Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia.
"Sehubungan itu, Keadilan perlu mencadangkan (satu) biasiswa rakyat Malaysia," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam kongres.
Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata pinjaman itu menyebabkan mahasiswa dicop sebagai "penghutang" selepas mereka tamat pengajian.
"(Apabila) tamat pelajar, sudah ada cop dekat dahi, hutang RM15 ribu. Hendak kahwin, hutang lagi. Hendak berniaga, hutang lagi," katanya sambil disambut gelak ketawa para perwakilan.
Dalam perbahasan itu juga, beliau mencadangkan supaya timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjadi ketua dalam bidang pendidikan dalam parti yang disifatkannya sebagai "Universiti Masyarakat".
"Didiklah kami, anak muda, kami akan lawan, lawan sampai ke Putrajaya," katanya sambil menambah ketokohan Dr Syed dalam bidang akademik sudah terbukti sebelum ini.
Petang ini, secara rasminya Dr Syed Husin akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya Azmin Ali yang menang bertanding kerusi itu.
Beliau memilih bersara daripada jawatan politik bagi menumpukan usaha kepada bidang penulisan dan anggota keluarganya.malaysiakini
Anwar Pemimpin Disegani Dunia Dan Perlu Dipertahankan
Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang disegani di seluruh pelosok dunia dan menjadi penyatu kepada Pakatan Rakyat perlu dipertahankan seluruh Anggota Parti keadilan Rakyat, tegas Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik Ismail dalam perbahasannya di Kongres Nasional Keadilan ke-7 di sini hari ini.
"Anwar merupakan pemimpin penyatu, yang menyatukan ketiga-tiga parti pembangkang ke dalam Pakatan Rakyat, yang dijangka oleh ramai pemimpin rantau ini bahawa beliau akan menjadi perdana menteri satu hari nanti.
"Tetapi apa yang berlaku di negara ini ialah, pemimpin ini, diizinkan untuk dihina," jelas Siti.
Katanya lagi, beliau dapat menerima sekiranya orang luar parti yang mengeluarkan kenyataan menghina Anwar tetapi beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana ahli PKR yang cuba mengata Anwar.
"Anwar akan dipenjarakan kali ini dan bagi saya, seorang akan tidak akan mendoakan keburukan untuk bapa, maka saya tidak akan izinkan apa-apapun terjadi kepada beliau.
"Sebagai anak muda PKR, kita tidak akan membenarkan Anwar dipenjarakan sekali lagi. Jangan jadi bacul seperti Umno-BN, kalau takut risiko, jangan bicara soal perjuangan!" tegas beliau lagi.
Kata beliau, laungan reformasi perlulah menjadi asas perjuangan semua ahli dan tidak menjadi 'menang sorak kampung tergadai'.
"Lebam mata Anwar bangkitkan semangat saya untuk berjuang, sakit belakang Anwar bangkitkan semangat saya untuk mendapatkan keadilan.
"Seperti mana Parti Islam SeMalaysia (PAS) mempunyai Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am, kita juga patut berbangga adanya seorang individu seperti beliau (Anwar) untuk menasihati kita," tegas Siti lagi.
Mengulas berkenaan peranan media, Siti mengingatkan ahli PKR agar tidak menggunakan media massa untuk menunjukkan tentangan terhadap pemimpin kerana cara sebegitu tidak melambangkan budaya PKR.
Katanya lagi, seminit dua sudah memadai untuk Srikandi bertindak dan tidak perlu menunggu 24 atau 48 jam untuk memberikan kenyataan media dan sebagainya sekiranya sesuatu berlaku terhadap Anwar.
"Kita punya sebutir permata, kita perlu jaga jangan jadikannya kaca!" tegas Siti, mengakhiri ucapan perbahasan beliau.
Pantai Teluk Rubiah: Pasir akan bertukar menjadi serbuk besi
Suasana pasir, pantai, flora, fauna dan pantai yang indah ini akan hilang !!! akan menjadi serbuk besi....
Teman menjiwai perasaan penduduk – penduduk Teluk Rubiah….kebetulan teman juga mempunyai kecederungan yang sama dengan SAHABAT ALAM memperjuangkan masadepan keindahan alam ciptaan tuhan daripada terancam.
Mereka keluh kesah dan terus berjuang kerana kerajaan umNO dan Barisan Nasional Negeri Perak telah bersetuju menukarkan kawasanTELUK Rubiah yang terkenal dengan pantai dan peranginan yang cantik ditukarkan dari zon pelancungan kepada zon perindustrian.
Kita pernah dengar masjid di Babri, India hendak dirobohkan kerana dikatakan ada emas dibawahnya oleh pihak - pihak tertentu dipertahankan oleh Umat Islam disana....tapi teman yakin mana lah tahu di bawah masjid Negara juga....tot tot tot dikatakan ada emas, maka mungkin ada juga yang cuba - cuba meruntuhkannya.Sebarang kebarangkalian boleh berlaku kerana dunia menguasai nafsu.
Hari ini teman tanpa posting baru kerana ingin berkongsi derita dengan teman – teman di Teluk Rubiah kerana mereka menyatakan harapan yang tinggi kepada Dato` Seri Ir. Mohammad Nizar, bekas Menteri Besar Rakyat untuk memperjuangkannya.
Sahabat Yang Dihormati,
Dato' Seri IR Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
ISU KILANG BIJIH BESI TELUK RUBIAH: ADUAN & HARAPAN RAKYAT DARI DUN PASIR PANJANG
Kami mohon sahabat sebagai harapan warga DUN Pasir Panjang dapat bersama dan menyelami permasalahan kami. Kami menaruh harapan yang tinggi kerana jika PR yg memerintah ia akan membuka ruang bantahan yang TELUS dan TERBUKA sepertimana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Walaupun diherdik dan luahan rakyat pelbagai bentuk suara, namun kerajaan di sana menerima dan mengambilkira yang selama ini tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan BN, ia membuka seluas-luasnya bantahan dan pandangan rakyat. Ia suatu pemerintahan yang MERAKYATKAN.
Sahabat,
MB haram dan kerajaan haramnya kini meluluskan lokasi pelaburan yang dibawa oleh sahabat dengan menidakkan bantahan penduduk yang berada di bawah DUN sahabat sendiri. Jurutera Projek syarikat antarabangsa itu pernah memuji bicara, pemahaman dan kepakaran yang sahabat ada yang lebih mudah memahami operasi mereka yang tidak ada pada MB mahkamah. Justeru, mohon jasabaik sahabat untuk mengetengahkan isu ini kepada piahk-pihak yang berkenaan. Ahli Parlimen Beruas, sahabat kepada sahabat telah membawa misi ini ke Dewan Parlimen, namun hanya jawapan pengesahan kelulusan projek dinyatakan oleh kementerian yang terbabit. Sayangnya Menteri Alam Sekitar mahupun Menteri Pelancongan tidak bangkit untuk pertahankan kesucian Rubiah, dibiarkan berlalu pergi tanpa belas. Siapa lagi yang harus kami harapkan?
Kami percaya sahabat seorang yang terbuka malah sahabat pernah menerima pandangan rakyat seperti kami yang hina ini hanya semata mahukan kebaikan dan kemajuan untuk rakyat yang memilih sahabat sebagai wakilnya. Sahabat menerima dgn hati terbuka dan mempertimbangkan dgn senyuman satu ketika dahulu.
Ternyata sahabat seorang yang boleh diterima semua golongan dan kami mahu sahabat terus berjuang utk rakyat, harapan dan doa rakyat mengiringi perjuangan sahabat. Moga sahabat dapat membantu misi ini dan bersama rakyat agar Rubiah terus kelihatan jelita dan anggun walaupun 'ibu dan bapanya telah lama mati ditelan bencana di tanah ini'.
Selamatkan Nyawa Rubiah.
SAVE TELUK RUBIAH!
Ikhlas dari Sahabat,
-proTeSTeR-
(Team Save Teluk Rubiah)
Jumaat, 26 November 2010
Kepentingan Jemaah
Sesetengah orang berfikiran jika ukhuwwah yang kuat lebih senang mengerakkan sesuatu kerja berbanding berorganisasi dan ingatlah itu adalah kata-kata yang kadang kala memakan diri umat islam sendiri apabila nilai organisasi dipertikaikan dan diketepikan suruh as-saff merupakan satu bukti yang kukuh dimana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah dalam melakukan sesuatu kerja demi kebaikan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dan suruh al fatihah ayat 6 "tunjukilah kami jalan yang lurus". Sila fokus kepada perkataan "KAMI" yang merujuk kepada ramai dan perkataan "SAYA" tidak digunakan kerana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah. Oleh itu umat Islam perlu bersatu dibawah satu organisasi supaya syiar Islam dapat dikembalikan. Cuba kita fikir tanpa organisasi sejauh manakah nilai kekuatan ukhuwwah dapat diikat jika nilai ukhuwwah yang dicari mempertikaikan kepentigan beroganisasi. Adakah anda dapat bayangkan jika organisasi-orgasasi ISLAM tidak ada di muka bumi ini. Adakah objektif, misi dan visi yang diwawarkan dapat diperjelaskan . Jadi marilah kita fahami mengenali apa itu organisasi islam yang sebenarnya:
Kenapa ISLAM menuntut berorganisasi??
1. kerana kita tidak boleh membuat kerja seorang diri.jika berfikiran logik mampukah anda bergerak seorang diri dalam melakukan keraj-kerja isalm
2. untuk bertanya dan berkongsi pendapat dengan itu maka banyaklah pendapat yang kita dapat jika dalam satu syura)
3. supaya organisasi menjadi lebih tersusun dan sedikit sebanyak menarik minat masyarakat luar dalam memperjuangkan organisasi islam. pesanan ingatlah amar makruf nahi munkar bukan kerja mudah jadi bersatu itu penting dalam mencapai objektif yang dicari "Sabda Rasulullah : 'BARANG SIAPA YANG MATI DALAM KEADAAN MEMISAHKAN DIRI DARIPADA JEMAAH KAUM MUSLIMIN,MAKA BERERTI IA MATI SEBAGAI MATI JAHILIYYAH'' danSabda Rasulullah lagi : '' HENDAKLAH KAMU BERADA DALAM JAMAAH KERANA SESUNGGUHNYA BERJEMAAH ITU RAHMAT,SEDANG PRPECAHAN ITU ADALAH AZAB".
CIRI-CIRI ORGANISASI ISLAM??
1. mempunyai matlamat yang jelas.
2. sasaran amal tepat iaitu membuat kebaikan cegah mungka
3. perjuang ISLAM secara menyeluruh.
4. bersedia menghadapi banyak ibtila' (ujian)
5. kewujudan berterusan iaitu kerja yang sentiasa terus-menerus dan tidak dihapuskan. kata -kata IMAN SYAHID AL-BANNA ''kita ini bagaikan rantai-rantai perjuangan,tiada permulaan,tiada akhir".kalau boleh kerja dakwah ini sentiasa mekar sampai kiamat.
6. tidak menjadi kesalahan jika kerja yang dilakukaan ia bercampur antara lelaki dan perempuan cuma batas-batss haruslalah dijaga jangan sampai menimbulkan fitnah terhadap organisasi islam yang hendak diketengahkan dan sekali gus memburukan imej islam.
Kekecewaan TG Nik Aziz
KOTA BHARU, 26 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.
Menurutnya, tindakan berkenaan tidak menggambarkan sikap ‘journalist’ walaupun program berkenaan cukup baik dan pertama kali ianya diadakan di negara ini, apa lagi di peringkat negeri.
“Namun kerana ianya dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja.
“Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ianya tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan.
“Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ianya memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan,” ujarnya lagi.
Tuan Guru berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam.
Tambahnya, dengan kemudahaan internet juga masyarakat seluruh dunia dapat menyaksikan program ini melalui facebook, laman-laman web dan portal untuk mendapatkan ganjaran jelas berhubung dengannya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau mengingatkan generasi muda hari ini mengambil semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh Laksamana Cheng Ho.
Anwar Digantung 6 Bulan Dari Hadiri Sidang Parlimen?
Oleh Suara Keadilan
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata usaha penggantungan itu tidak bererti bagi berbanding keperitan dipenjara selama enam tahun serta dipukul sehingga menyebabkan kecederaan tulang belakang sehingga kini.
“Mereka telah penjarakan saya selama enam tahun, jadi apa sangatlah alu digantung selama enam bulan, Saya telah melalui lebih dahsyat daripada ini, mereka pukul saya, bogelkan saya dan kurung saya dalam sel seorang diri, sekarang hendak gantung saya pula? Anwar ketawa ketika ditanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Oposisi petang tadi.
Bagaimanapun Anwar memberitahu sehingga kini beliau tidak diberitahu secara rasmi mengenai ura-ura tindakan yang mahu diambil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
"Saya belum lagi diberitahu walaupun rakan-rakan saya maklum khabar angin yang bertiup. Tidak ada sebanrabng maklumat mengenainya, tidak ada notis mesyuarat, jadi akag menarik juga melihat bagaimana kerajaan ini berfungsi.
“Ramai nampaknya sudah tahu tapi jawatankuasa belum lagu bermesyuarat, notis pun belum dikeluarkan, jadi selamat datang ke Malaysia," Anwar tersenyum sinis.
Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau dalam Parlimen bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.
Bagaimana tidak ada sebarang keputusan atau susulan yang dibuat terhadap cadangan tindakan terhadap Anwar sehingga kini.
Anwar pernah berkata sekiranya beliau digantung dari sidang Parlimen ini juga satu rahmat kerana ia akan memberi peluang kepada beliau bertemu rakyat serta menjelajah seluruh negara untuk berkempen dan berceramah bagi pihak Pakatan Rakyat.
Khamis, 25 November 2010
Pendidikan Seks vs Pendidikan Agama
Katanya lagi, subjek yang diberi nama Pendidikan Sosial dan Pertumbuhan Kesihatan bagaimanapun perlu menggunakan bahan rujukan yang sesuai dengan setiap peringkat pelajar supaya maksud sebenar subjek itu diwujudkan bertetapan dengan objektif asal. Beliau turut menyarankan pendekatan agama, budaya dan adab nilai timur diterapkan bagi memastikan pembelajaran itu lebih holistik. Tujuan kita mengajar subjek ini adalah supaya pelajar dapat menghargai diri mereka dan dapat menjaga diri mereka pada masa hadapan. "Jadi jika diselitkan serba sedikit mengenai agama, budaya dan nilai ketimuran yang ada pasti lebih memberi kesan.
Pemuda PAS persoal ketelusan SPRM
IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri hairan dengan sikap double standard Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri terhadap kes lebih kurang sama sepertimana berlaku di Selangor berkaitan penahanan seorang pegawai atasan Yayasan Negeri Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000 baru-baru ini.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Mei lalu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) di bawah pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar telah mendedahkan terdapat kos majlis perasmian disalahgunakan oleh pihak tertentu termasuk di Pejabat Menteri Besar melebihi RM1 Juta.
“Namun, malangnya tiada sebarang tindakan daripada SPRM dalam perkara ini sehingga sekarang. Kami rasa seolah-olah ada usaha campur tangan pihak tertentu menyebabkan kes itu disenyapkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Dr Raja Ahmad berkata, peliknya isu sama berlaku kepada Selangor apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya mencecah setengah juta ringgit.
Katanya, persoalan kenapa di Perak ia tidak diambil tindakan bahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hanya mengatakan akan menunggu laporan penuh daripada PAC sahaja.
“Tetapi sehingga kini, status laporan berkenaan tidak diketahui dan dalam masa yang sama SPRM tidak pula bertindak menyiasat pendedahan berkenaan.
“Kami berharap SPRM bersikap profesional dalam bertindak tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya.
Forum ISA diganggu
KUALA LUMPUR - Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas sikap Ketua Polis Pulau Pinang DCP Datuk Wira Ayub Yaakob yang didakwa gagal melindungi hak rakyat untuk berkumpul dan menyuarakan pendapat mereka secara aman.
Merujuk kepada kekacauan yang dilakukan kira-kira 50 ahli dan penyokong Pemuda Umno Pulau Pinang ke atas forum ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA Pulau Pinang Ahad lalu, Suaram berkata di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan setiap rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka.
"Kenyataan beliau bahawa forum tersebut tidak mempunyai permit hanya mendedahkan kegagalannya untuk mengawal keadaan. Kami ingin menyeru beliau supaya mengambil sikap tidak berpihak dan tidak menunjukkan sokongan kepada kumpulan pro-ISA. Dalam masyarakat demokratik setiap warganegara harus diberi peluang membincangkan apa-apa isu secara sivil dan berhemah.
"Suaram berpendapat ISA adalah akta zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan ini merupan pelanggaran serius hak asasi manusia dan seharusnya ia dimansuhkan," kata Koordinator Suaram E Nalini dalam satu kenyataan.
Badan itu mengecam tindakan ganas anggota Pemuda Umno terbabit yang telah menampar salah moderator forum tersebut serta mengkritik kelesuan pihak polis mengawal keselamatan dan keadaan.
Rabu, 24 November 2010
Expo Cheng Ho Menakjubkan
Berikut adalah sorotan dari blog chenghoexpo.net di sekitar tapak ekspo yang bertaraf dunia anjuran Kerajaan Negeri Kelantan ini.
Galeri Gambar Ekspo Cheng Ho 2010 boleh dilihat di www.flickr.com/photos/chenghoexpo
Teknologi pembinaan rumah terbaru dari China
Teknologi Automotif dari China dalam Ekspo Cheng Ho 2010
Terapi Naga Api dari China dalam Ekspo Cheng Ho 2010
Pengunjung di China Pavilion dalam Ekspo Cheng Ho 2010
Teknik Rawatan berasaskan Wudhu' dari China
Pertunjukan Akrobat, Kung Fu Dan Shaolin
Buat si blogger UMNO yang tengin..
Didalam blog tersebut bloger UMNO tersebut telah mempertikaikan Ahli Parlimen Serdang tersebut yang tidak memakai tudung ketika berceramah di pentas PAS.Adakah lu orang semua boleh menilai tak betapa bodohnya blogger UMNO ni.Kalo Ahli Parlimen Serdang tersebut merupakan seorang muslim memang la Gua pun panas la jugak tapi dia ni bukan seorang islam.Jadi aku pun paham.Kalo Gua tanya soalan macam ni kat budak sekolah tadika pun Gua rasa budak sekolah tadika pun leh tau punye.
Yang jadi masalah sekarang ni hanya bloger UMNO yang bodoh lagi bagang ni je.Dia mempertikaikan orang yang bukan islam yang tidak bertudung.Lagi satu melaluai apa yang bloger UMNO ni tulis dan terselah dengan jelas tentang kebodohannya ialah dia terlalu mempertikaikan Ahli Parlimen Serdang yang tidak bertudung dan dia lupa mempertikaikan orang islam sendiri yang tidak bertudung.
Sepatutnya blogger UMNO ini mempertikaikan mereka yang mengaku beragama islam tetapi tidak bertudung seperti ini
Sepatutnya gambar macam ini lah yang patut kita pertikaikan kerana di dalam gambar tersebut jelas menunjukan kedua-dua wanita tersebut beragama islam tetapi tidak menutup aurat.Bloger UMNO yang terlampau bodoh tu mempertikaikan gambar seperti ini pulak
Sekali lagi aku jelaskan bahawa ahli parlimen ini bukan beragama islam.Jadi dia tidak terikat dengan suruhan islam.
Lu orang boleh fikir la betapa bodohnya manusia macam ni.Ada ke patut benda macam ni boleh dia persoalkan.Korang tak terfikir ke kenapa blogger UMNO ni tak nak mempertikaikan gambar-gambar seperti ini
Dan jugak gambar ini
Gua pun tak tau la nak jadi apa la mamat ni....Kalau lu orang nak tau macam mane muke mamat blogger UMNO yang ngok ni....ni ha Gua terpaksa tayang kan....Lu tengok la puas-puas...
Selasa, 23 November 2010
"BE-END berdepan kekalahan"
KOTA BHARU - ‘Angin kencang’ mengenai desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bakal diadakan antara Mac atau April tahun depan, namun Pas Kelantan menyifatkan jika benar tarikh itu dikotakan, Barisan Nasional (BN) seperti mencari nahas.
Bagaimanapun, Pas negeri berpendapat awal tahun depan mungkin dilihat BN waktu sesuai PRU diadakan berikutan keadaan Pakatan Rakyat yang tidak konsisten akibat sedikit pergolakan dalaman parti.
Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas negeri, Abdul Fatah Haron berkata, pihaknya tidak percaya BN berani membubarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat semata-mata ingin mengadakan PRU.
“Ini berdasarkan tiga alasan termasuk faktor ekonomi, faktor dalaman parti dan APCO� ekonomi negara masih tidak pulih sepenuhnya, masalah dalaman parti juga masih tidak berkesudahan.
“Kerajaan sudah tentu perlu mendapat nasihat daripada syarikat perundingan antarabangsa Apco Worldwide (Apco) yang dilantik sebelum memanggil PRU pada suku pertama tahun depan,” kata Ahli Dewan Undangan Bukit Tuku itu, semalam
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan PRU 13 yang dijangka berlaku awal tahun depan serta persediaan Pas dalam menghadapinya kelak.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dikhabarkan kemungkinan akan mengadakan PRU pada suku pertama tahun depan selepas dikatakan bakal merombak barisan kabinet sedia ada dalam usaha memperkuatkan jentera parti.
Menurutnya, walaupun awal tahun depan disifatkan seperti BN menggali kubur sendiri jika tetap mengadakan PRU itu namun mungkin berdasarkan kajian dibuat BN mendapati inilah peluang terbaik merealisasikan PRU 13.
Ini kerana, katanya, Pakatan Rakyat kini tidak konsisten terutama dalam Parti Keadilan Rakyat yang berlaku sedikit pergolakan.
“Oleh itu BN merasakan ini kesempatan terbaik yang boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap PR.
“Namun bagi Pas, kita tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana Pas sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRU 13 bila-bila masa,” katanya.
Fatah berkata, apa yang pasti menjelang pilihan raya jentera parti akan bekerja lebih keras daripada biasa.
Menurutnya, jika kerajaan umumkan PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pula ia berita baik kepada Pas kerana semua menteri tidak akan berkumpul di satu-satu tempat sahaja.
Katanya, fokus kawasan yang luas sepanjang berlangsungnya pilihan raya akan memberikan kelebihan kepada pihaknya untuk berkempen dalam kawasan sendiri.
UMNO makin terdesak. Hasut semua penghulu benci Pakatan Rakyat
Menurut sumber yang diperolehi oleh PAS Perak, baru-baru ini seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Higland dalam satu program anjuran Kerajaan Barisan Nasional ( BN ).
Program tersebut diisi oleh Majlis Keselamatan Negara. Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan politik kepada para penceramah untuk memastikan UMNO BN terus kekal memerintah negeri Perak.
Menurut sumber para penceramah telah menyentuh isu-isu yang boleh dianggap menghasut para penghulu dengan membangkitkan perasaan perkauman. Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah memerintah Perak hampir setahun telah diburukkan imejnya oleh mereka di hadapan penghulu-penghulu, antara dakwaan yang berbentuk perkauman dan fitnah mereka ialah mereka
menimbulkan kebencian peserta kepada Pakatan Rakyat Perak dengan mendakwa kononnya DAP lah yang menguasai Perak, PAS dan Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak hanya boneka semata-mata, Selain itu PAS Perak juga
mendapat maklumat bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran mereka.Para penceramah tidak segan silu memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
PAS Perak melihat UMNO BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan, Buktinya UMNO BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya UMNO BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.
Bagi PAS Perak, UMNO BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, para penghulu dihimpunkan oleh UMNO BN untuk
ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat.
Program yang dilakukan itu menggambarkan UMNO BN meletakan harapan agar para penghulu boleh mamainkan peranan bagi memastikan UMNO BN kekal mengekalkan kuasa mereka, inilah bukti salahguna kuasa yang dilakukan oleh UMNO BN dam menguruskan kakitangan awam di negara ini.
PAS Perak melihat bahawa Adun-adun UMNO BN Perak
sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka, Adun-adun UMNO BN kini sudah tidak yakin dengan kapasiti UMNO BN samada mereka masih boleh terima oleh rakyat Perak atau tidak, kerana itulah para penghulu diperdaya kononnya menghadiri taklimat isu-isu keselamatan negara, pada hal mereka dihasut oleh para penceramah untuk membenci Pakatan Rakyat.
Bagi PAS Perak, perkara yang berlaku ini amat dikesalkan sama sekali, duit rakyat yang besar bagi membiayai program tersebut digunakan untuk program
politik UMNO BN atas nama Majlis Keselamatan Negara.
Menurut sumber yang didapati oleh PAS Perak juga, selepas ini Ketua-ketua Kampung seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama, begitu juga para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi menabur fitnah kepda Pakatan Rakyat khususnya di Perak bagi memastikan UMNO BN terus kekal memerintah Perak.