Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 23 September 2010

Tak perlu isytihar setia pada Wan Azizah...rakyat melihat kesetiaan tersebut..

Azmin Ali berkata beliau tidak perlu mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bagi pada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail kerana perkara itu telah tergambar melalui perkhidmatan lebih sepuluh tahun sebagai naib presiden.


Bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 26 tahun itu juga memberitahu, selepas bosnya itu merengkok di penjara, kesetiaanya dan hormatnya kepada anggota keluarga bekas timbalan perdana menteri itu tidak pernah berubah.

"Keluarganya (Wan Azizah) dan keluarga saya lalui bersama hujan ribut untuk sekian lama," kata Azmin ketika ditanya tentang 'persepsi' bahawa hubungannya dengan isteri Anwar itu kini 'bermasalah'.

"Saya tidak perlu isytihar kesetiaan pada presiden kerana saya telah berkhidmat dengannya sebagai naib presiden lebih daripada 10 tahun".

Menyifatkan persepsi terhadapnya itu bukan masalah besar, Azmin menegaskan supaya tiada pihak yang merendah-rendahkan kemampuan wanita pertama yang menjadi presiden parti dan ketua pembangkang di negara ini.

"Seperti saya katakan tadi, jangan rendahkan kemampuan Wan Aziziah. Beliau ada soft power (kuasa halus). Beliau menjadi sosok penyatu dalam parti," kata Azmin.

Pada 16 September lalu, Nurul Izzah dilaporkan memberikan petunjuk sokongannya terhadap Zaid untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Portal berita Free Malaysia Today melaporkan Nurul sebagai berkata, PKR memerlukan seorang pejuang sejati dan perlu berhati-hati degan "serigala berbulu kambing" dalam parti itu.

Ekstrim anti-Azmin

Bercakap dalam sidang media di Kuching, Izzah dilaporkan menjelaskan ucapannya sebelum itu bercakap tentang ahli politik berfikiran sempit yang hanya bercakap tentang kepentingan sesuatu kaum sahaja.

"Kita perlukan Zaid dan bawah kepimpinannya, (PKR) KL semakin maju. Beliau juga mempunyai wawasan untuk parti.

"Bagaimana saya boleh rujuk Zaid sebagai serigala sedang saya sepatutnya secara ekstrim anti-Azmin", beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Bangsar kelmarin, Azmin ketika ditanya berhubung kenyataan Nurul Izzah itu sempat menyoal balas kembali: "Siapa miliki FMT (Free Malaysia Today)?"

"Saya tidak tahu siapa miliki FMT. Tetapi kamu juga kena berlaku adil kepada Nurul Izzah. Beliau telah keluarkan kenyataan menyangkal laporan FMT itu, tetapi kenyataan ini dipadamkan, tidak dilaporkan," jelas Azmin lagi.

Beliau yang juga ahli parlimen Gombak memberitahu, dalam rumah terbuka Aidilfitri parlimen Lembah Pantai Ahad lalu, Nurul Izzah sendiri telah memberitahunya bahawa apa yang dilaporkan itu tidak benar.

"Tidak timbul dakwaan yang dilaporkan FMT. Dan saya kenali Izzah lebih daripada orang lain, daripada (beliau) kecil (lagi)," katanya sambil mendakwa ada agenda tertentu untuk memutarbelitkan kenyataan itu.

Terdapat cakap-cakap bahawa portal berita itu mempunyai 'hubungan' yang rapat dengan Zaid - pesaing utama Azmin dalam pemilihan PKR.

Sindir Zaid
Bagaimanapun, Zaid sendiri pernah menafikannya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara ketika beliau bertanding sebagai ahli parlimen Hulu Selangor sebelum ini.

Isu 'kesetiaan' kepada presiden itu timbul apabila Zaid pada 20 September menulis dalam blognya, sekiranya beliau menang merebut jawatan timbalan, kuasa presiden yang disandang Wan Azizzah akan dikembalikan.

Menurutnya, ini ekoran ada "bisikan" Wan Azizah bukan ketua sebenar, sebaliknya kepimpinan lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Anwar sebagai ketua umum.

Ditanya sama ada Zaid pernah menyuarakan perkara itu melalui saluran dalaman parti, bekas menteri di jabatan perdana menteri itu disindir lagi.

"Kamu kena tanya Datuk Zaid, berapa kali dia datang mensyuarat?" kata Azmin.

"Dalam ghairah tawar khidmat, jangan buat kenyataan yang boleh timbul keraguan. Saya saran bawa pandangan bantu parti. Kedudukan Azizah diterima, dihormati anggota parti. Siapa kita hendak mempertikaikan kedudukan Wan Aziziah?

"Lihat pencalonan, itu tandanya sokongan untuk Wan Azizah cukup kuat. Kalau beliau tidak efektif atau hanya sebagai boneka seperti dituduh setengah pihak, setakat ini takkan ahli (PKR) boleh terima."

Tiada ulasan: