Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 30 September 2010

Pulangkan gaji anda !!!

SEBAHAGIAN  daripada 40 penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang  memulangkan RM100 yang diberikan   kerana kesal dana sumbangan itu  dikatakan diperoleh daripada sumber judi pada  satu majlis khas di Pusat  Khidmat ADUN  Penaga,  Kepala Batas,  semalam.


PULAU PINANG : "Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan ‘memperbodohkan’ mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.

Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam
cantik punya ayat..adun umno pulangkan gaji mereka..
yang hairannya orang orang tua yang tak sedar diperbodohkan oleh pemimpin pemimpin bodoh dari kalangan umno dan entah berapa sen le dapatnya sebab muka yang bodoh bodoh alang tu masuk dalam tv dan juga paper..bangga giler le tu..
entah siapalah punya bapak bapak tu..pasti anak anak depa malu besar..
patut duit 100 tu belikan mercun dan bunga api pun baik daripada serah balik..seronok juga anak cucu..tapi itu pun jika anak anak cucu..