Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 24 September 2010

DHPP mahu bantu PAS terang keadilan hukum Islam kepada orang bukan Islam



Oleh: Pria_Malaya

Alhamdulillah..ini antara natijah yang baik hasil dari pemuafakatan dan kerjasama PAS dgn masyarakat non-muslim atas dasar Tahalluf Siyasi..bertepatan dgn 'sifat' PAS itu sendiri, iaitu selain bersiayasah, juga sebagai gerakan dakwah..

Mungkin bagi Umno, Perkasa, YB Zul dan yg seangkatan dengannya, hal ini dipandang remeh dan belum cukup 'hebat' utk membuktikan PAS sudah berjaya menarik minat non-muslim kpd Islam..

Tapi, ketahuilah, ia sebenarnya adalah satu rahmat buat gerakan dakwah di Malaysia..semoga Allah merahmati perjuangan ini..Islam for All, Islam (adil) untuk semua...wallahua'lam..


DHPP bantu PAS perjelas undang-undang Islam

PETALING JAYA, 24 Sept: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bercadang mahu mahu membantu PAS menjelaskan tentang keadilan sistem perundangan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Timbalan ketuanya, N. Balasubramaniam berkata, dengan berbuat demikian, masyarakat bukan Islam akan melihat keadilan sistem perundangan Islam sekaligus boleh menerimanya.


("JIKA HUKUM HUDUD DI PRAKTIKAN MUNGKIN PEMBUNUH SOSILAWATI TAKUT UNTUK MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN PERBUATAN KEJAM YANG LAIN.."..itu antara kenyataan N. Bala Subramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat yang dipetik dari facebook beliau, mengulas isu berkaiatan kes pembunuhan kejam Dato Sosilawati..)

"Sistem Islam yang adil dalam perbankan sudah diterima kerana ada penjelasan.

"Kita (DHPP) yakin kalau dengan nasihat Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), penjelasan diberikan, mereka akan terima. " ujarnya kepada Harakahdaily.

Baginya, beberapa undang sivil yang dikanunkan seakan tidak menakutkan rakyat dari melakukan jenayah termasuk pembunuhan.

Katanya, pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh lalu dibakar menunjukkan betapa beraninya mereka yang terbabit mengenepikan perundangan yang sedia ada.

"Pembunuh tidak takut dengan undang-undang yang manusia cipta sebab tiada pengajaran yang rakyat lihat bagi mereka yang membunuh."

"(Pelaksanaan) hukum dalam Islam dibuat secara terbuka sebab Allah mahu manusia lihat, ambil pengajaran dan insaf apabila melihat bagaimana seseorang pembunuh dihukum," ujarnya.

Pun begitu, beliau menegaskan, cadangannya untuk memberi penjelasan tentang keadilan undang-undang dalam Islam tidak bermaksud mengenepikanperlembagaan dan prinsip demokrasi.

"Kita nak jelaskan tentang keadilan undang-undang Islam tetapi bukan mengetepikan perlembagaan dan kebebasan memilih.

"Undang-undang Islam kepada orang-orang Islam, tetapi orang bukan Islam tidak boleh dihalang dari mendapatkan penjelasan tentang Islam seperti seseorang bukan Islam memilih bank Islam untuk menyimpan wang mereka," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh anggota DHPP untuk membantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Oleh kerana tahun ini tidak ada pemilihan, Tuan Guru Presiden minta kita fokus untuk bantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada bukan Islam," ujarnya. - Harakahdaily

Berita berkaitan:
- Edisi Mesti Baca: "Kami sokong PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam" - N. Balasubramaniam

Tiada ulasan: