Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 24 September 2010

Azmin 46, Zaid 21, Mustaffa 10

Pencalonan untuk naib presiden PKR Azmin Ali bertambah kepada 46 hari ini selepas tiga lagi cabang yang bermesyuarat hari ini – dua di Kelantan dan satu Kedah – mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden.
Tiga cabang tersebut yang bermesyuarat hari ini ialah Jeli dan Gua Musang (Kelantan) dan Baling (Kedah). Mesyuarat agung dua lagi cabang di Kedah – Jerai dan Merbok – ditangguhkan hari ini kerana dakwaan berlaku penyelewngan dalam proses pemilihannya.
zaid azmin pkr party election 220910
Sehingga ini pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 21 pencalonan manakala pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10), Tian Chua (2), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.
Setakat ini, sebanyak 81 cabang telah mengadakan mesyuarat dan pemilihan mereka masing-masing. Bagi jawatan presiden, ketiga-tiga cabang - Jeli, Gua Musang dan Baling - mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi mengekalkan jawatan tersebut.
Bagi jawatan naib presiden pula, Jeli mencalonkan Zaid, Mustaffa, ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani dan ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin. Gua Musang pula mencalonkan, Mustaffa, Abdullah Sani, Shamsul Iskandar dan Fuziah Salleh yang juga pengarah pilihan raya PKR.
Manakala Baling mencalonkan Dr Lee Boon Chye, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman, Fuziah dan Senator Zamri Yusof. Cabang PKR mula bermesyuarat sejak 17 September lalu, dan lebih 200 cabang dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini.
Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang. Pemilihan langsung anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November depan.
Manakala Kongres Nasional Tahunan parti itu dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 November depan.

Tiada ulasan: