Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 18 Jun 2010

PAS sudah sedia: TG Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk mengadakannya dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan tarikh pilihan raya itu secara mengejut sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah tidak wajar sekiranya pendekatan kejutan digunakan sebaliknya kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

“Kalau dia (BN) bersedia kenapa kita tidak, (tetapi) bagi sebuah negara demokrasi tidak boleh buat macam itu (pilihan raya mengejut), mereka yang mengamalkan demokrasi harus umumkan tiga bulan sebelum pilihan raya bagi memberi peluang kedua-dua pihak boleh bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Terdahulu dalam satu majlis di Kuala Terengganu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, PRU-13 boleh diadakan dalam masa terdekat memandangkan tahap kepuasan hati rakyat terhadap kepimpinan Najib meningkat kepada 72 peratus.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, tarikh paling awal Perdana Menteri akan mempertimbangkan bagi diadakan PRU-13 adalah pada April tahun hadapan dan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau yakin Pas akan menumbangkan kerajaan BN dalam PRU ke-13. SH

Gambar: Topeng Perak

2 ulasan:

KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK 2010 berkata...

Memang PR sudah bersedia cuma takut ada orang dalam PR yang x bersedia.Jom kita berjihad di PRU 13

Unknown berkata...

APAS HALALKAN ARAK DI KELANTAN

1.BN dikatakan menghalalkan judi kerana dalam proses mengeluarkan dan meluluskan lesen judi bola sepak..

2.Kalau ukuran sama digunakan..PAS sebenarnya telah lama menghalakan ARAK di KELANTAN kerana telah mengeluarkan lesen arak di KELANTAN....

3.Bolela tuju ayat2 di bawah pada MB KELANTAN...

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaithan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Al-Mai'dah (5) : 90

Sesungguhnya syaithan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan shalat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
Al-Mai'dah (5) : 91
...................................

Dibawah pentadbiran Islam di Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu.
“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992.
Selang dua tahun kemudian pada 26 November 1994, apabila pihak-pihak yang tidak faham dengan dasar Membangun Bersama Islam mengkritik

...................................
penjualan arak di Kelantan, Nik Aziz berkata,

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”

...................................

Adakah sertai PAS menjadi Kafir dan Haram.

KOTA BHARU 11 Jun – Sah, bukan Islam akan dibenarkan bertanding atas tiket Pas menggunakan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas kemungkinan akan mengenakan syarat dengan bakal-bakal wakil rakyat itu sebagaimana ‘bai’ah’ agar tidak berlaku gejala melompat parti.

Katanya, kebenaran calon bukan Islam daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas sebuah badan tertinggi dalam parti.

“Ingin saya umumkan bahawa Majlis Syura parti telah memutuskan untuk membenarkan calon bukan Islam daripada DHPP dibenar untuk menggunakan logo parti dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.


Ogos 1963
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram." - Dewan Ulama PAS

Adibeta,
Layarbiru15@gmail.com
Kubang kerian, Kel