KUALA LUMPUR, 17 Jun: Gara-gara  mendesak Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan  klip video  berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli  Parlimen Bebas  sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru,  Datuk Zahrain  Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali  sebagai Tukimin  dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional.
“Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah   habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok...kamu diam,” kata   Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri   Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang   beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika   berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit.
Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak  agresif  dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media   tersebut.
Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara   spesifik  bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana   dibuat di Dewan Rakyat, semalam.
Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendedak RTM   menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan   Peguam VK Linggam sebelum ini.
Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam   mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara.
Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh  wartawan  terbabit tidak seharusnya dilayan.
“Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap   mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi   RTM,” tegasnya.
Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli   Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)   dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau).
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
                      -
                    
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan 
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan 
sek...
9 tahun yang lalu
 
 

 
 
 
1 ulasan:
Hemmm!!
Wartawan nie lebe sudu dari kuah.,nampak nya,
Ini lah akibatnya bila mata hati sudah buta,
Hilang pertimbangan dan nilai budi bahasa.
Melayu ker die atau Jawa?
Sampai tak tahu adat segala?
Catat Ulasan