PENGKALAN CHEPA, 12 Jun -  "Adakah Islam anti  non-muslim ?" demikian ditegaskan Timbalan Mursyidul  Am PAS, Dato' Dr  Haron Din ketika menjawab isu yang -  "Adakah Islam anti  non-muslim ?" demikiansengaja dibangkitkan  beberapa pihak  sejak akhir-akhir ini berhubung penubuhan Dewan Himpunan  Penyokong PAS  yang dianggap menggadaikan dasar perjuangan PAS.
Beliau melontarkan persoalan sama ada pihak yang menimbulkan  isu  tersebut mengetahui dasar perjuangan PAS ataupun tidak.
"Adakah mereka mengetahui apakah dasar perjuangan PAS dan  perlembagaan  yang sebenarnya sehingga mereka boleh mencipta persoalan  tersebut?"  ujarnya ketika ditemuramah dalam sidang webtv Muktamar  Tahunan PAS kali  ke-56 pagi tadi.
ustaz Haron menjelaskan sejak  awal kedatangan Islam dengan pengutusan  Nabi Muhammad saw, baginda telah  mengadakan banyak kerjasama politik  dengan musyrikin Mekah yang tidak  beragama Islam.
"Baginda sendiri telah menjalinkan hubungan yang berbentuk  perjanjian  dan pertolongan manakala zaman sekarang dipanggil tahaluf  siyasi.
"Rasulullah sendiri bekerjasama dengan orang Yahudi ketika  berhijrah  dari Mekah ke Madinah, inilah Islam kerana pada saat tertentu  Allah  menentukan kejadian seperti itu pasti mempunyai sebabnya yang   tersendiri untuk digunakan pada masa hadapan," katanya lagi.
Maka, tegasnya tindakan Rasulullah tersebut juga jika  dikaitkan dengan  tohmahan pihak tertentu yang menuduh hubungan dengan  masyarakat bukan  Islam sebagai menggadaikan prinsip adalah suatu yang  tidak tepat.
"Adakah Rasulullah yang mendapat bantuan dan sokongan  orang-orang  Yahudi bermaksud baginda telah menggadaikan Islam?" ujarnya  lagi.
Beliau beranggapan pihak yang memainkan isu tersebut tidak  memahami  Islam dan sengaja ingin melemparkan fitnah bagi memburukkan  nama PAS.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan