nukilan Tok Pepijat  
Komandan Maktab Tentera Diraja(MTD)  ditukarkan atas alasan mesti bertanggungjawab atas peristiwa yang  berlaku di MTD baru-baru ini yang membabitkan kematian pelajar.
Menteri  Pertahanan Zahid Hamidi ketika memberi arahan menyatakan Komandan itu  mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman.
Kenyataan  Zahid adalah suatu yang biasa dikeluarkan oleh mana-mana Menteri Kabinet  Kerajaan Malaysia apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini. Yang  mesti bertanggungjawab adalah "ikan-ikan bilis" sahaja. Sang Jerung  pasti terlepas. Segala kejahatan, kelemahan dan kesalahan adalah  tanggungjawab rakyat bawahan.
Sememangnya Menteri Kabinet  Malaysia jenis "kebal" dari pendakwaan. Setiap kesalahan ditudingkan  kepada rakyat marhein semata.
Semuanya yang salah adalah rakyat.  Yang buat jahat orang atasan tetapi yang kena golongan rakyat,golongan  yang lemah dan tiada wang!
Lihat kes Altahtunya. Yang kena orang  berpangkat rendah. Lihat kecurian enjin Jet. Yang jadi mangsa yang  berpangkat rendah.
Selamanya para Menteri dan atasan bebas dari  pendakwaan. Mengapa ? Mereka ada kuasa. Mereka ada wang. Dan mereka  tiada maruah!
Jenis spesis Menteri Kabinet Malaysia jika tinggal  di Jepun bakal diketawakan oleh Doremon. Mungkin juga bakal diberi  pedang Samurai oleh rakyat Jepun untuk mereka pakat "pancung" kepala  sendiri!
Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
                      -
                    
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan 
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan 
sek...
9 tahun yang lalu
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan