Oleh: Nash Ar-Rawy
Memang Melayu ditipu Melayu kerna Melayu tanpa Islam . Hanya Islam ( yang Mukmin ) sahaja yang tiada bisa ditipu oleh sesiapa pun, insyaAllah. Kalau tertipu pun, hanya sekali sahaja , tiada bisa dua, tiga kali pilihanraya . Justeru itu, hadis Rasulullah menyatakan: “ Sesungguhnya orang mukmin tiada selayaknya dipatuk ular dua kali dalam satu lubang “
(oleh ularnya yang sama ).
Contohnya, ular yang sama pernah patuk PAS dan tendang PAS keluar daripada BN kerna takabur dan sombong terasa sudah cukup kuat. Inilah watak tipikal Umno yang sebenarnya! Yang jelas menolak Sistem Islam yang lebih baik daripada demokrasi ciptaan manusia seperti ; majoriti menghalalkan yang haram seperti perlesenan judi dan arak oleh kerajaan Pusat ( UBN).
Pernahkah PERKASA yang menjadi PEKASAM UMNO menentang kerajaan pusat! dan yang terkini lesen judi bola piala dunia , dan liga bolasepak, Itali, Sepanyol, England dan German.Justeru kerna taukeh judi penyumbang terbesar Umno dalam pilihanraya. Inilah Umno tiada agama dan mana Menteri agama Umno kerna Umno bawa akidah yang sesat lagi menyesatkan!! Ummah!
Najib yang merasmikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ke 51 di Putrajaya pada 25.5.10 mahu supaya sijil Halal diseragamkan; bagi mengelak kekeliruan umat Islam . Mana isu lesen judi bola piala dunia? Ternyata Melayu (Umno) tipu agama, tipu tuhan, tipu nabi dan tipu Qur’an !!!! bahaya ajaran sesat Umno ini kerna Melayu(Umno) ternyata menolak Sistem Islam dan hipokrat!!! Menipu!!
Melayu ditipu Melayu oleh Umno. Melalui DEB yang mengkayakan segelintir orang kaya Melayu ; disalahgunakan sehingga peruntukan PPRT untuk orang Melayu miskin pun disapu habis oleh menteri Melayu Umno yang menelan dan menipu orang Melayu; kerna orang Melayu dalam Umno menjadi Melayu tiada mahu menjadi Islam ( Mukmin) seperti masksud hadis di atas.
Segelintir kroni melayu elit umnoputra bertambah kaya yang kenyang membuncitkan perut sendiri berselindung dan bersandiwara di atas nama Bumputra dan DEP dan MEB kerna acuan yang sama . Begitu jugalah Cina tipu Cina ( MCA) dan India tipu India ( MIC ) yang menipu kaum masing-masing dan bermain dengan sentimen perkauman untuk meraih undi dalam pilihanraya semata-mata . UBN melahirkan kroni elit suku-sakat seperti Anaconda Krishnan , Mukriz dan Vincent Tan yang diperkayakan lagi dengan lesen judi bola.(MEB jelmaan DEB) yang berterusan dalam sistem sekuler acuan UBN yang menolak sistem Islam. SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR )
Bukti yang mutaakir, Melayu tipu Melayu adalah lesapnya RM52 BILLION saham bumiputra oleh Umno parti penipu” Melayu yang tak jadi Islam” . Melayu tipu kerajaan apabila kaki judi Rosmahnajib memperjudikan wang negara dalam Forex sebanyak RM32 Billion lesap seperti yang didedahkan KULI namum broker kenyang sapu keliling.
Melayu menggadaikan kedaulatan dan maruah bangsa dan Negara apabila dua telaga minyak di serahkan kepada Brunei ; Melayu Brunei tipu Melayu Umno dan bersandiwara bersama kerna kroni masing-masing mengusahasama syarikat gali minyak tersebut .
Ternyata Umno pengkhianat dan petualang bangsa ,agama dan Negara ! demi kroni dan kerakusan qorun dan fir’aun ; Melayu tipu Melayu dan jual wilayah negara tanpa kelulusan parlimen dan Yang DiPertuan Agung; diluluskan antara pengkhianat negara dalam kabinet pengkhianat semata-mata . Ternyata Umno derhaka ke pada Raja dan Negara .
Tidak cukup dengan itu sudahlah wilayah Negara yakni. Wilayah tanah jajahan dan kedaulatan Al Sultan Johor ;yakni Pulau Temasik ( Singapura) diserahkan Umno kepada Singapura oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara :Umno Si Petualang; kerna Pulau Singapura sebenarnya milik Malaysia apabila Malaysia merdeka kerna semua perjanjian dengan bekas penjajah British semuanya terbatal dengan sendirinya dan Malaysia kembali berdaulat ke atas setiap wilayahnya. Ini termasuk Pulau Pinang milik Al Sultan Kedah kesan daripada kemerdekaan daripada kolonial Inggeris itu tadi seperti kata almarhum mantan Presiden PAS, Dr. Burhanuddin El- Helmy. Terbukti Melayu Brunei dan Cina Singapura tipu Melayu dalam Umno ; kerna pemimpin kroni kaya raya dengan projek mega mereka. Rakyat marhein hidup terdesak, terhimpit di tipu dek Melayu Umno.
Yang paling mutaakhir, wilayah yang paling bersejarah di Woodlands, Keranji, Bukit Merah dan Tanjong Pagar( milik KTMB ) tiada bisa dipagari lagi kerna Umno( Najib); sekali lagi melakukan pengkhianatan menggadaikan wilayah tersebut kepada Singapura demi kepentingan kroni negara masing-masing untuk kepentingan usahasama syarikat Malaysia-Singapura usahasama perjudian seperti di Marina Bay .
Ternyata Melayu( Umno) jual negeri untuk kepentingan kroni dan hilang dan terhapuslah satu lagi wilayah negara kepada Singapura kerna bukan milik negara lagi tetapi milik syarikat kroni sepertimana dua telaga minyak yang tergadai kepada Brunei. Malaysia kehilangan kedaulatan dan maruah setelah pulau Si Putih lebuh kepada Singapura . Dan sekarang, dua telaga minyak dan tanah KTMB.
Inilah petualangan yang di lakukan Umno , dahulu , sekarang dan akan datang . Melayu( Umno) bukan sahaja tipu Melayu akan tetapi Melayu( Umno ) tipu satu Malaysia pada keseluruhannya ; termasuk Cina, India, Iban, Kadazan , Melanau yang merupakan rakyat Malaysia yang berhak ke atas negara ; kecuali warga sibu! Syabas!Permulaan perubahan Sarawak dan Sabah barganding bahu dengan PAKATAN semenjung bermula dari sini menuju ke Putrajaya ; kerna Umno sebu di sibu dan gabra; ditolak rakyat!
Namun PAS , parti yang tidak bernaunsakan kaumiyyah samasekali ; sudah membuktikan keterbukaan sistem Islamnya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS( DHPP) membuktikan ‘Islamik System For All “ dan ‘Justice For All” bersama DAP dan Keadilan yang menentang perkauman dan kezaliman dalam apa bentuk sekalipun.
Justeru itu, demi menyelamatkan agama , bangsa dan negara daripada terus ditipu Melayu( Umno) dan UBN sokonglah PAS/PAKATAN daripada membiarkan negara terus diperintah oleh parti pemerintah yang “ MELAYU TIPU MELAYU” assobiyyah dan perkauman, autokrasi, rasuah , kroni dan kezaliman ; kerna ini adalah virus yang bisa merosakkan agama , bangsa dan negara dan tersangatlah merbahaya untuk generasi yang akan datang . “ For the sake of the future : SAVE ONE MALAYSIA THROUGH PAKATAN !
“ GOD IS THE GREATEST ! “
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan