PAS kawasan Alor Star menjangkakan lebih ramai lagi ahli akar umbi  Umno  di situ akan keluar parti menyertai PAS menjelang 28 Mei ini.
Ketua penerangan PAS kawasan berkenaan, Zulkifli Yahaya  menjangka  kira-kira 23 ahli Umno di Taman Wira Mergong - yang terletak  dalam  bahagian Alor Star - akan menyertai parti itu pada tarikh  tersebut.
Katanya, mereka bakal menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada ADUN Alor Mengkudu - yang merupakan ADUN angkat bagi kawasan Mergong.
"Kebanyakan mereka adalah dari kalangan ahli Pemuda (Umno) di taman itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Beliau mendakwa kebanyakan mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno di Kedah.
Umno bahagian Alor Star diketuai oleh Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah.
Zulkifli berkata blog pro-PAS - Kedahlanie - turut menyiarkan perkara itu.
Sebelum ini, 65 ahli Umno dari Taman Wira Mergong telah menyertai PAS Mac lalu.
Ia diikuti oleh 55
"Tunggu,  kita tak mahu umum awal.  Nanti depa (mereka) lari kacau pulak," kata  Zulkifli lagi.
PAS Alor Star setakat ini mempunyai 50 cawangan - bertambah lapan cawangan selepas pilihan raya umum Mac 2008.
 PAS Alor Star setakat ini mempunyai 50 cawangan - bertambah lapan cawangan selepas pilihan raya umum Mac 2008.
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan