Oleh: Nash Ar-Rawy
Umno memanglah parti assobiyyah Melayu yang tiada agama. Ini terbukti ajaran Umno melalui Presidennya yang mengeluarkan lesen tambahan kepada lesen judi yang sediada iaitu; Lesen Judi Bolasepak Piala dunia dan berlarutan kepada lesen judi liga bolesepak Sepanyol, England, Itali dan German . Ianya diluluskan oleh kementerian beliau ; yakni, Kementerian Kewangan yang disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan Awe Adek –beradik tahi judi ; dengan alasan untuk membendung judi haram .
Hujjah beliau demi mencegah judi bola haram meleset kerna PDRM bersungguh-sungguh untuk membendung judi bola haram dan sudah dapat mengesan; sudah ada beberapa sindiket yang terbabit . Inilah ajaran Umno mengubah hukum di dalam Al-Qur’an dengan tangan mereka sendiri apabila secara terang –terangan menghalalkan yang haram . Contohnya, menghalalkan judi dan arak dan yang terkini judi bola dengan memperhalalkannya melalui perlesenan oleh kerajaan pusat ( UBN ) .
Yang haram tetap haram hukumnya ( qat’ie ) mana ada judi haram dan judi halal. Tetapi Umno boleh mengubah hukum tuhan , menipu tuhan, menipu nabi dan Al-Qur’an. Ini adalah antara ajaran sesat Umno yang bermaharajalelakan maksiat dulu, sekarang dan selamanya( sudah lebih 50 thn.) ;sehingga kasino di Genting Highland itu adalah yang paling top dalam dunia mengalahkan Las Vegas mengikut portal kasino dunia.
60 % sahammya diwarisi oleh Najib dan Hishamuddin pewaris judi datuk mereka Noah. Justeru darah duit haram ini kecanduan lulus judi bola dan sapu RM500 juta menenggelamkan kapal selam KD Altantunya yang tak timbul. Mana menteri agama Umno : jadi setan bisu . Bahkan ajaran sesat daripada senator wanita Umno pernah berkata wanita boleh melacur kerna darurat keluarga yang tersangat miskin .
Mufti terkayu tiada berani bersuara kerna sayangkan kerusi empok ; tiada berani menyatakan yang hak di hadapan pemerintah yang zalim. Bersekongkol dan bersubahah dengan ajaran sesat Umno. Pengikut jahiliyyah siber Umno; dulu sekarang dan selamanya ditipu oleh Umno menanggung dosa subahah selama mana menyokong dan mengundi Umno ( UBN )selama 50thn. Judi merosakkan institusi keluarga , masyarakat dan Negara tiada barakah ; istilah yang tiada dalam sistem ekonomi sesat Umno; Inilah kesan daripada ajaran sesat Umno yang pernah menentang dan persenda hudud; melakukan perkara-perkara yang bisa ‘BATALKAN SYAHADAH” !!!!!
Tuduhan PEKASAM Umno yakni; PERKASA bahawa PAS tiada jujur dalam hal judi kerna negeri perintah Pakatan; PBTnya memberikan lesen premis judi tiada seperti Kelantan ternyata meleset kerna PBT Petaling Jaya , Selangor dan Ampang Jaya dalam Kerajaan Pakatan Selangor dengan tegasnya tiada akan membenarkan lesen premis judi bola dikeluarkan . PBT –PBT yang lain dan di Negeri Pakatan yang lain ; insyaAllah akan menyusul. Sekiranya syarikat Vincent Tan( kini taikun MEB jelmaan DEB peracuan yang sama ) menggunakan premis Sports Toto untuk menjalankan sebarang aktiviti judi bola ; lesen premis tersebut boleh ditarikbalik kerna melaksanakan aktiviti judi tambahan tanpa kelulusan pihak PBT.
Pada logika dan praktisnya ; Negeri –negeri perintah Pakatan masih lagi setahun dua jagong memerintah dan berhadapan dengan pelbagai tahi pentadbiran tinggalan Umno 50 thn. TGNA terpaksa mengambil masa dua penggal ( lebih kurang 8 tahun ) untuk mengHARAMkan apa yang di haramkan agama tetapi dihalalkan Umno. Yakni, mengharamkan judi dan menghadkan arak dijual dan dibawa pulang oleh bukan Islam sahaja.
Di premis yang tertentu sahaja. Namun, dalam tempoh 8 tahun tersebut; negeri di bawah perintah BN ( 50 thn.). PBTnya langsung tiada menunjukkan minat untuk mengharamkan yang haram.Yakni; lesen premis judi dan had arak ! Apalagi di bawah naungan kerajaan pusat UBN yang mengamalkan sistem ekonomi dan pemerintahan jahiliyah siber yang menolak sistem Islam.Ternyata PEKASAM Umno tiada jujur . Menang pun atas tiket PAS .PAS jujur sukses tukar premis judi kepada niaga lain. Umno? Bahkan , tindakan PAS itu dipuji oleh suri rumah kalangan belum Islam.
Bahkan, hujjah awang beradek tahi judi; lesen judi bola diperlukan untuk lawan judi ‘haram’ adalah terlalu dangkal dan sesat sama seperti senator wanita ‘agama baru ‘ Umno .Beliau membenarkan wanita melacur kerna darurat kemiskinan keluarga.
Justeru itu, Apakah lesen jual dadah perlu diberikan untuk membendung dadah? Apakah lesen pelacuran perlu diberikan untuk membendung pelacuran ? Mana dia prinsip dan sistem Islam yang berakar-tunjangkan NAHI MUNGKAR yang sekaligus merupakan amal ma’aruf . Berbeza dengan ajaran sesat UMNO, amal ma’aruf amal mungkar! Sistem Umno adalah kesinambungan sistem “masjid dirar” yang diperintahkan Allah di dalam qur’an untuk dibakar. Lihat sahaja projek masjid kristal ; projek dirar Umno . Tiada kariah , tiada makmum ; jadi tempat perlancungan tapi pakai RM5juta wang Royalti hak rakyat Trengganu atas nama wanga Ehsan.
Begitu juga Monsoon Cup yang mencuri wang royalti pembaziran sebanyak RM6 juta ; menguntungkan kroni suku-sakat membuncitkan perut semata-mata, Rakyat Trengganu ? Golongan marhein ? Inilah dia sistem ekonomi jahiliyyah siber Umno yang tiada mengira sifir halal dan haram ,dosa dan pahala; untuk kesejahteraan rakyat? atau untuk kepentingan sistem ekonomi monopoli-kroni yang diharamkan Islam? Ternyata JUDI UNTUK KRONI. Bahkan bukan Islam pun membantah! Kerna judi memporak-perandakan keluarga mereka dan mengundang Along serta kejadian jenayah .
Apakah Malaysia mahu dikenali sebagai Negara Judi terbesar dunia! Mana usaha ulamak dalam Umno yang di’BIRO’kan menjadi hamba kepada Presiden mereka; bertuhankan manusia ; syirik kepada tuhan kerena takut bersuara yang hak kerna penyakit wahhan. Yakni , terlalu cintakan dunia dan takut mati. Justeru, kerna tiada mahu jadi ‘HAMBA MANUSIA” lah ; Majlis Agama Islam dalam Umno keluar daripada Umno kerna tiada redho dan tiada mahu subahah Umno luluskan Lesen Judi. Iaitu , Loteri Kebajikan. Masa kebajikan jika loteri itu sendiri adalah haram dan perjudian.
Masa bisa duit judi dan loteri mengerjakan haji atau kebajikan! . Itu semua kosong semata-mata; bahkan menanggung dosa. Inilah dia Umno penganjur sistem ekonomi mungkar!Para ulamak haraki yang keluar Umno ini membentuk Parti Islam Satu Malaysia ; termasuklah antaranya, bapa mantan Presiden Umno Abdullah Badawi . Kesimbungan perjuangan Islam disambung oleh PAS yang juga menyambung Gerakan Islam Hisbul Muslimin yang diharamkan kolonial Inggeris yang membentuk Umno sebagai alat Inggeris untuk menentang Gerakan Islam ; khususnya PAS .
PAS sekarang mempunyai Majlis Tertingginya; Majlis Syura’ ulamak , tidak seperti Umno, ulamak diperintah Presiden. Dalam PAS juga sudah ada Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP )yang terdiri daripada kalangan Belum Islam yang menentang judi , arak, rasis. Umno? PERKASA? Ternyata akidah perjuangan Umno sesat lagi menyesatkan ummah!
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan