Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 4 Julai 2009

Tarian Kuda Kepang Haram... Tetapi...




Karnival Sua Rasa anjuran TV9 hari ini ( pagi Sabtu 4 Julai 2009 ) yang berlangsung di Tanjung Emas, Muar memaparkan secara lintas langsung tarian Kuda Kepang yang turut disertai oleh tarian Barongan. Apa yang dikesalkan sama sekali adalah di kawasan yang sama, Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas, Muar pada hari Jumaat beberapa minggu yang lepas TELAH mengumumkan tentang fatwa Negeri Johor yang mengharamkan tarian kuda kepang tersebut.

Pengumuman sejurus sebelum azan Zohor berkumandang itu dibuat oleh pegawai yang bertugas di masjid tersebut. Beliau menyatakan hukum ini dibuat setelah Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor membincangkan secara terperinci hukum permainan kuda kepang ini yang membawa kepada unsur syirik dan khurafat.

Secara ringkas fatwa ini dibuat berdasarkan hujah - hujah berikut :

1) Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Aqidah Islamiah.

2) Pengharaman permainan kuda kepang adalah demi menjaga Syariah Islamiah.

3) Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Akhlak Islamiah.

4) Pengharaman permainan kuda kepang adalah berdasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah berikut :

i. Bahaya mesti dihapuskan

ii. Membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan

iii. Setiap sebab yang mengarah kepada kerosakan ditegah terhadapnya apabila padanya tidak terdapat kemaslahatan yang kukuh

iv. Tidak boleh melakukan kemudaratan terhadap diri sendiri dan kepada orang lain

v. Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat

Rujukan terhadap fatwa ini boleh didapati di pautan laman web e fatwa http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=2140

laporan oleh Penunggu Pondok Parit Ismail

1 ulasan:

razal kuda kepang berkata...

kuda kepang hasil dakwah sunan kalijaga ke ats melayu hindu masa itu, bading beza berapa ratus ribu yg berjaya di islamkan di tanah jawa berbanding yg berjaya di islamkan oleh mufti ini, sebab pikiran islam di malaysia ini sudah di resap pahaman wahabi, salafi dan minda tajdid