Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 2 Julai 2009

Mohd Fauzi calon PAS paling popular




PAS Terengganu merakamkan ucapan tahniah di atas pemilihan Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya kecil Dun) Manek Urai, 14 Julai 2009 ini.

Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahya Ali menyifatkan suatu pilihan yang tepat serta berpotensi bagi mempertahankan kemenang kelak.

"Calon PAS (Mohd Fauzi) ini paling popular. Pemilihan calon dalam PAS tidak berdasarkan kepada 'lobi' tetapi dibuat berdasarkan kajian mendalam yang mengambil kira pandangan semua pihak," ujarnya ketika ditemui Harakah di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Katanya, pemilihan calon dalam PAS dibuat secara 'mendalam' serta mendapat pandangan semua pihak di peringkat akar umbi (cawangan).

Katanya, tinjauan bebas sangat telus bagi melihat serta meneliti pendapat di akar umbi hingga ke atas siapakah calon yang popular.

"Sebab itu, nama calon kita Mohd Fauzi Abdullah yang dipilih ini dibuat secara 'mendalamlah'. Dia sudah lama bergelumang di peringkat Dun Manek Urai dan Parlimen Kuala Krai. Dia dikenali ramai termasuk di kalangan orang Umno dan atas pagar (tidak berparti)," jelasnya.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh pandang ringan 'serangan' dari Umno-BN.

Calon PAS akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, merupakan seorang Pengurus Pemantau Projek KESEDAR.

Tiada ulasan: