Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 30 Julai 2009

ADUN Permatang Pasir meninggal dunia




ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR Dr Mansor Othman dalam pilihanraya yang mencatatkan sejarah apabila jumlah pemilih yang keluar mengundi paling rendah ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999.

Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.

Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Rabu, 22 Julai 2009

HARAP MUFTI HARUSSANI DAN HARUN TAIB DAPAT BAGI PANDANGAN, DALIL SERTA HUJAH KEPADA PERLAKUAN YANG DIPAPARKAN OLEH GAMBAR INI



Harap kedua-dua "ulama" di atas yang sangat tinggi ilmunya itu dapat memberikan pandangan, dalil serta hujah kepada perlakuan yang dipaparkan oleh gambar di atas.

Adakah wajib? Adakah harus? Adakah makruh? Adalah mubah? Adakah haram mutlak? Adakah haram bersyarat? Adakah harus bersyarat?

Atau.....

Adakah hanya mengeluarkan pandangan kepada kes terpilih? Atau adakah selama ini tidak pernah tahu berlakunya perlakuan sedemikian? Atau adakah sengaja buat buat tak tahu? Atau adakah yang melakukan itu sekutu politik anda? Atau adakah yang berlaku demikian itu bukan seteru politik anda yang sama parti dengan anda?

Atau.....

Anda membicarakan hukum tanpa mentarjih hadith dan dalil yang bertepatan? Atau anda "mendalilkan" serta "menghujahkan" pandangan peribadi anda lalu anda potretkan pandangan anda itu sebagai "hukum" hanya sanya kerana "status" anda? Atau anda memang suka ditemuramah media? Alaa alaa superstar.......

Cukupkah untuk memutuskan "hukum" jika hanya mempertimbangkan hadith "al-halalu bayyinun wa al-haramu bayyinun......." itu sahaja?

Atau anda sememangnya memiliki ilmu tetapi hanya "tahu" tetapi tidak "faham"?

Atau mungkin ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw di dalam sebuah hadith yang menyebutkan bahawa golongan ulama ramai di akhir zaman tetapi daripada lidah merekalah keluarnya fitnah fitnah yang membawa kemudharatan dan kekeliruan di dalam masyarakat? Wallahua'lam.....

Mohon penjelasan dari anda berdua kerana anda "ulama" dan kami nih pacal yang kerdil lagi hina serta tidak berilmu.
CERAMAH ROAD SHOW
BUBAR DUN PERAK

Anjuran
Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng

Penceramah :

  • YB DR. LEE BOON CHYE (Ahli Parlimen Gopeng)
  • UST. ABU BAKAR HUSSEIN ( P'jaya PAS Perak)
  • YB NGA KOR MING ( ADUN Pantai Remis)
  • YB CHAN MING KAI ( ADUN Simpang Pulai)
  • YB SIVAKUMAR ( Speaker DUN Perak)
  • Ir. Radhi Zainon ( TYDP PAS Gopeng)

TARIKH :
28 Jun 2009 (ahad)

MASA :
9.00 malam

TEMPAT :
Dewan Dato' Ahmad Said
Kg Sungai Rokam
31350 IPOH


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Isnin, 20 Julai 2009

Nizar pegang lilin : Kenyataan Media ADUN Titi Serong.



Sekadar bergambar di dalam gelap dengan memegang lilin pada malam 18 July dihadapan Wisma DAP setelah beberapa ucapan untuk memberi semangat kepada penyokong PR yang hadir. Jangan pula memutar belit gambar ini kononnya begitu dan begini....


Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Aklam....

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak,
idhamlim

Sabtu, 18 Julai 2009

Tergamak Zahid Hamidi Jumpa Pembunuh Umat Islam Palestin!

Zahid nak bincang apa dengan pemimpin Yahudi laknatullah itu? Cakap Amerika Syarikat pun Israel tak dengar inikan pula cakap Zahid. Pemimpin Hamas dan Fatah pun tak mau berkira apa dengan penyembelih umat Islam Palestine, tapi Zahid Hamidi sanggup berbuat demikian.

Zahid nak bincang apa dengan pemimpin Yahudi laknatullah itu? Cakap Amerika Syarikat pun Israel tak dengar inikan pula cakap Zahid. Pemimpin Hamas dan Fatah pun tak mau berkira apa dengan penyembelih umat Islam Palestine, tapi Zahid Hamidi sanggup berbuat demikian.

Tergamak Zahid Hamidi Jumpa Pembunuh Umat Islam Palestin!

Bernama melaporkan Menteri Pertahanan Malaysia
Zahid Hamidi telah berjumpa Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di Paris bulan lepas dalam satu majlis koktail sempena pertunjukkan udara di Perancis. Sebelumnnya Bernama melaporkan Zahid Hamidi berjumpa Perdana Menteri Israel,Benjamin Netannyahu tapi dinafikan oleh Pegawai khas (media) dan dibetulkan semula oleh bernama. Zahid Hamidi sekarang berada di Lubnan untuk lawatan 6 hari kenegara tersebut.

Zahid nak bincang apa dengan pemimpin Yahudi laknatullah itu? Cakap Amerika Syarikat pun Israel tak dengar inikan pula cakap Zahid. Pemimpin Hamas dan Fatah pun tak mau berkira apa dengan penyembelih umat Islam Palestine, tapi Zahid Hamidi sanggup berbuat demikian.

Sebelum jadi Menteri Pertahanan , Zahid adalah Menteri JPM yang jaga hal ehwal Agama Islam.Masa jadi Menteri JPM , Zahid dah pergi ke Mekah lawat jemaah haji Malaysia yang berlumba-lumba baling Setan di Mekah tapi sekarang Zahid sanggup berkawan dengan Setan yang bertopengkan manusia menyembelih umat Islam Palestine.

Kedatangan pasukan kriket Israel dulu tahun 1997 telah mencetuskan demontrasi hebat menentang kedatangan negara HARAM Israel yang didirikan atas darah umat Islam Palestine.Demontrasi oleh umat Islam Malaysia itu berlaku pada hari Jumaat selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya.

Pasukan kriket Israel pun kita tak nak jijak bumi Malaysia, tapi Zahid Hamidi sanggup jumpa SETAN Israel itu di Paris.

demokrasi93.blogspot.com

Jumaat, 17 Julai 2009

Perhimpunan rakyat bela kematian Teoh Ahad ini




Kerajaan Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.

Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.

Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

"Kerajaan negeri berharap pihak polis dapat bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam Ahad ini dan memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

"Kerajaan negeri sekali lagi menyampaikan takziah kepada keluarga Teoh dan bersedia untuk memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian," katanya kenyataan itu lagi.

Kerajaan negeri juga, katanya, akan bekerjasama dengan pihak polis dalam proses siasatan dan berharap agar kerja siasatan dapat dijalankan secara professional, menyeluruh dan telus.

Dalam kenyataan itu juga, kerajaan Selangor menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh.

"Proeses siasatan wajar dianggotai oleh ahli panel yang bebas bagi mengenalpasti punca kematian dan pihak yang bertanggungjawab.

"Kerajaan negeri berpendirian proses ini penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab," tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, kematian Teoh telah menimbulkan isu keselamatan pegawai kerajaan semasa dalam siasatan.

"Dengan itu kerajaan negeri mengarahkan tiada pegawai kerajaan yang dibenarkan soal siasat oleh SPRM di luar kawasan pejabat.
"Kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam bagi pegawai kerajaan yang disiasat oleh SPRM. Arahan ini akan dilanjutkan sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai," tambah kenyataan itu.

Khamis, 16 Julai 2009

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)


Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Komputer riba Teo dirampas


Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.

Rabu, 15 Julai 2009

MANEK URAI : Propaganda Kecederaan Untuk Burukkan PAS

Sejam lebih sahaja aku posting kisah tpm dakwa PAS yang mula kan dahulu punca pergaduhan semalam, baru sahaja dapat SMS dan panggilan telefon mengenai kisah sebenar semalam..

Menurut pemanggil tersebut, beliau ada di tempat kejadian sewaktu kejadian berlaku, sempat mengambil gambar video... yang memulakan dahulu balingan batu ialah kumpulan Puteri UMNO, ...

Pada mulanya pihak yang melaporkan tidak mahu nak besar-besarkan kejadian semalam, tetapi bila dan TPM, IGP sendiri bersama media-media melaporkan perkara yang tidak benar, maka kes yang sebenar terpaksalah diterangkan, biar semua rakyat tahu siapakah yang bersalah.

Kejadian yang berlaku semalam yang melibatkan petugas PAS telah pun dibuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Krai No 001811/09 yang mana Pemuda Pas Kawasan Merbok bernama Shahrudin Yahya telah cedera di kepala akibat balingan batu.

Manakala seorang lagi yang menjadi mangsa kejadian semalam ialah Muslimat dari Perak iaitu Nadia bt Mohamad Kamil mengalami kecederaan teruk di dagu, masih di rawat di Hospital Kuala Krai, Wad Kenari Katil No 24. Salinan No Report Polis masih belum diperolehi.

Kenapa kejadian ini tiada dalam laporan di media UMNO, tak perlu jawap.. semua dah ada jawapan sendiri... apa pun, demi nak mengelak daripada tuduhan orang awam mengenai kejadian semalam, maka dengan muka tak tahu malu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melakukan pembohongan besar dengan membuatkan lakonan semula yang mengatakan Puteri UMNO mengalami kecederaan akibat serangan balingan batu dan botol air semalam.

Sedangkan mangsa sebenar yang ada report polis, yang terlantar di hospital didiamkan... Itulah budaya UMNO... sama semacam seiras budaya zionis... cukuplah... hentikanlah wacana ilmu, hentikan kerajaan perpaduan, lihatlah apa yang terjadi pada ahli dan petugas PAS, pimpinan yang berminat dengan Kerajaan Perpaduan tidak merasai ini semua, tetapi kami yang dibawah ini cukup menderita akibat dari sikap dan tingkah laku UMNO.... - manjongmari


TRAGEDI MANEK URAI – APA YANG KITA TIDAK TAHU

PILIHANRAYA Kecil Manek Urai baru sahaja selesai dijalankan semalam dengan keputusan Pas berjaya mengekalkan kerusinya di Dun tersebut. Pada awal kempen dan beberapa hari seterusnya dikatakan kempen kali ini paling aman dan bersih yang turut diakui oleh pihak Polis dan SPR yang sentiasa memantau sepanjang kempen dijalankan. Malang sekali keamanan ini tidak dapat dipertahankan sehingga ke hari kemuncak pada saat dan waktu membuang undi. Beberapa kejadian membaling botol dan batu dikatakan berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding sehingga melibatkan kecederaan yang agak serius kepada beberapa penyokong parti berkenaan.

Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan `highlight’ mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital. Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tidakkah kita tahu bahawa penyokong-penyokong Pas juga turut menjadi mangsa kejadian ini?

Saya difahamkan bahawa terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya itu. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:

1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).

2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi). Gambar mangsa-mangsa tersebut akan disiarkan kemudian oleh blog Pinkturtle selepas ini.

Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan Najib.

Kita yakin, kemenangan Pas di Manek Urai ini walaupun sekadar mendapat majoriti 65 undi sudah memadai untuk menunjukkan betapa hebatnya Pas di dalam berdepan dengan Umno dengan segala jentera kerajaan yang mereka gunakan termasuk `gula-gula’ yang ditawarkan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai. Pas masih releven di bumi Kelantan dan Pas pernah mengalami saat yang lebih getir sebelum ini di Dun Negeri di mana Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja untuk memerintah. Justeru itu, tiada sebab Pas harus merasa gundah gulana dengan majoriti yang diperolehi baru-baru ini. Kemenangan yang dianugerahkan Allah ini wajib disyukuri dan ini merupakan satu keajaiban buat Pas.

Tahniah dan syabas buat semua pengundi-pengundi di Manek Urai yang telah menolak sebuah jambatan demi maruah mereka. Penghargaan juga buat semua jentera PR dan Pas yang telah bekerja kuat bagi membantu kemenangan ini. Tidak lupa tahniah sesama kita Blogger-Blogger yang sentiasa komited memperjuangkan dasar dan perjuangan PR, ini adalah kejayaan kita bersama. Umno telah selamat ditalkinkan di Manek Urai. TAHNIAH ABE UJI.

EKSLUSIF-BUKTI VIDEO TENTANG AGIHAN WANG DI MANEK URAI

Selasa, 14 Julai 2009

PAS kekal di DUN Manek Urai tapi majoriti tipis


MOHD. Fauzi Abdullah (dua dari kiri) bersama pemimpin-pemimpin PAS selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai malam ini.

KUALA KRAI: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai - kubu kuatnya - dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.

Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.

Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli mengakui BN telah memberikan saingan sengit kepada PAS kali ini.

"Jentera BN tidak lemah kali ini... PAS akan buat post-mortem mengapa majoriti yang diterima menurun (sangat)," katanya.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pada pukul 9.07 malam tadi di sebalik suasana cemas dengan kiraan semula undi di beberapa pusat mengundi sejak 7 malam tadi.

Malah, sejak 7 malam tadi muncul pelbagai desas-desus bahawa masing-masing calon PAS dan BN mencapai kemenangan di kubu kuat PAS ini.

Kerusi itu pernah dimenangi BN pada tahun 2004.

Awalnya disebutkan bahawa calon PAS telah menang dengan majoriti 2,000 undi dan ia turun kepada 1,200; 700; 300 dan akhirnya 106 undi.

Dan, ada ketika calon BN pula dikatakan telah menang dengan kiraan undi antara 31 dan 37 undi selepas undi dikira semula.

Buat pertama kali, twitter digunakan untuk menyebarkan ramalan dan keputusan tidak rasmi itu khususnya oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004.

Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

Seramai 12,293 pengundi layak untuk memilih calon pilihan mereka antara Tuan Aziz dan Fauzi.

Kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu melepasi sasaran SPR iaitu 85 peratus keluar mengundi.

Hampir 99.2 peratus pemilih adalah kaum Melayu sementara hanya 0.46 peratus Cina, 0.23 peratus India dan 0.11 peratus kaum-kaum lain.

Manek Urai adalah satu daripada empat kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Krai. Tiga lagi kawasan DUN ialah Mengkebang, Guchil dan Dabong.

PAS MENGEKALKAN DUN MANEK URAI

PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.

NONE

Isnin, 13 Julai 2009

Ramai beratur ambil wang di MU


Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

Ahad, 12 Julai 2009

‘KEJAM’ Ditubuh Untuk Bela Anwar




Bagi membela Ketua Umum KEADILAN Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dizalimi kerajaan Barisan Nasional (BN), Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menubuhkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata gerakan itu bakal melibatkan 5,000 penyokong yang akan berhimpun di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta bermula hari pertama perbicaraan 8 Julai ini sehingga kes selesai.

Perhimpunan akan dilakukan secara aman dan tidak melanggar undang-undang.

“Saya meminta semua rakyat yang pentingkan keadilan supaya datang beramai-ramai ke perkarangan mahkamah Rabu ini dengan memakai baju hitam untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

“AMK akan mengerakkan jentera dari seluruh negara untuk menyebarkan fakta dan bukti untuk memastikan konspirasi politik kedua terhadap Anwar tidak berulang ,” katanya.

Beliau berkata AMK sedia menghadapi sekatan polis kerana perhimpunan ini sah dan dijalankan atas niat memberi sokongan bukannya menimbulkan kekacauan.

“Kita rasa memang akan ada sekatan tetapi kami ingin tegaskan bahawa perhimpunan ini berniat murni dan untuk menyokong Anwar dalam perbicaraan beliau, tidak timbul soal mahu timbulkan huru-hara,” katanya.
Jadi Anak angkat BN: Urus baik negeri sendiri dahulu PDF Cetak Emel

MANEK URAI BARU, 12 Julai - UMNO diingatkan jangan ketagih untuk mengambil Manek Urai sebagai kawasan anak angkat sebaliknya negeri di bawah pimpinan UMNO harus dijadikan anak angkat dan diurus tadbir dengan baik.


Demikian peringatan penting yang disampaikan oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam ceramah mereka di Manjor malam tadi.


Tuan Ibrahim menyatakan, ketika PAS mula memerintah di Kelantan pada awal 1990-an, banyak hutang yang terpaksa dilunaskan oleh PAS hasil daripada peninggalan warisan hutang UMNO yang banyak akibat daripada pemerintahan yang korupsi.


Menurutnya, hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di mana negeri Pahang yang dipimpin UMNO sekarang telah disaman oleh syarikat pembalakan selama RM63 juta dan hutang kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM200 juta.


"Dan baru-baru ini dua syarikat lagi telah menyaman sebanyak RM200 juta akibat pengagihan tanah sebanyak 10 ribu ekar kepada kroni oleh khalil Yaakob, Pengerusi UMNO Pahang," tambah beliau yang juga pesuruhjaya Pas negeri Pahang.


Keadaan ini tambahnya, jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak perlu begitu ketagih dan berangan untuk menjadikan Manek Urai sebagai anak angkat.


Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Nasaruddin Daud dalam ceramahnya di UPU Manek Urai Lama menasihatkan BN menjaga DUN yang telah dimenanginya sebelum ini sebelum menjadikan Manek Urai sebagai Anak Emas atau Anak Angkat seperti yang dicanang-canangkan dalam kempen mereka.


"Kalu nok wat Manek Urai jadi anok angkat, pahtu hok 6 DUN hok BN mene tu anok gapo? Tok payoh sibuk nak jadi ke anok angkat, anok emas, jago dulu DUN hok demo mene tu," ujar Nasaruddin yang juga Speaker DUN Kelantan sambil disambut sorakan setuju dari penyokong-penyokong di hadapan Sekolah Kebangsaan dalam Manek Urai Baru itu.

Undi PAS Dapat Pahala? -Nik Aziz Jawab.

MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menjawab...

“Bismillahir Rahmanir Rahim. Pergelutan dan pergolakan politik ini bukan baru. Ia bukan wujud sejak wujudnya PAS dan Umno. Sejak manusia wujud di muka dunia ini, tidak pernah berhenti daripada permusuhan antara satu sama lain. Ini ketetapan Allah yang menciptakan manusia. Waktu Nabi Adam hendak diturunkan dari syurga ke bumi, Allah sudah sebut pada Nabi Adam, ’satu sama lain bermusuh’. Kamu akan duduk di bumi, akan beranak, bercucu, bercicit sampai jadi penghuni dunia sepenuhnya. Semua anak beranak Nabi Adam. Dan satu sama lain akan bertengkar.

Bila Allah tahu yang manusia ini perlu bergelut, Allah menurunkan nabi. Pihak Nabi, pihak yang benar. Pihak lawan nabi pihak yang tidak benar. Sebab itu, sejak Nabi Adam wujud, dia nabi sehingga kepada Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad, tidak pernah wujud manusia yang tidak bergaduh. Tapi, bila wujud keadaan bergaduh, maka nabi di pihak yang benar. Kerana nabi bukan belajar di sekolah, bukan belajar di pondok, bukan dia buat kajian, tapi dia terima langsung dari Allah s.w.t. Apa sahaja yang Allah s.w.t kehendaki, akan diturunkan kepada nabi, tidak kira nabi mana pun. Ini kaedahnya.

Saya ulang sekali lagi, tiap- tiap manusia, ada fikiran sendiri. Wajah tidak sama. DNA tidak sama. Urat jari pun tidak sama. Ini adalah kaedah asas dan akan timbul fikiran yang berbeza dan berlainan. Jadi Allah sudah tetapkan di dalam Al-Quran, 'mana-mana umat yang dapat hidayat Aku, maka siapa yang ikut hidayat Aku, maka orang itu akan selamat'. Hidayat Allah hanya dikurniakan kepada nabi.

Sekarang timbullah PAS dan Umno. Baru 50 tahun. Dulu semua sekali berada dalam Umno kerana ketika itu hanya ada satu sahaja parti iaitu Umno. Cikgu, orang kampung, tok guru, tok ayah, tok lebai, imam, makmum, raja, rakyat semuanya ahli Umno pada tahun 1946 sehinggalah 1951. Sebab alim ulama’, mereka mempunyai risalah. Mesej daripada nabi-nabi kerana mereka ini waris nabi; tidak kira Cina muslim ke? Melayu muslim ke? Orang Asli Muslim ke? Dia mempunyai pendirian sendiri kerana mereka menyambung tugas Nabi Muhammad.

Pada tahun 1951, alim ulama’ keluar Umno dan mereka tubuh Parti SeIslam Tanah Melayu, PAS. Mereka yakin jalan Umno salah. Dan saya sendiri yakin Umno salah. Bila salah berertinya tidak akan bertemu syurga yang jumpa hanya nerakalah. Bermula dari situ sehingga hari kiamat pun akan ada orang yang melawan golongan yang salah. Ini perintah daripada Allah. Di sini timbul satu masalah. Pada pandangan orang Eropah, manusia ini tuan punya dunia. Contohnya, bila sebuah parti menang satu kawasan, mereka rasakan kawasan itu mereka yang punya. Ertinya, segala hasil kekayaan yang ada mereka sewenang-wenangnya bagi kepada siapa yang mereka mahu. Mereka rasuah, mereka bebas lakukan apa saja kerana mereka rasakan mereka telah menang kawasan itu dalam pilihanraya.

Itu pandangan orang yang lawan nabi. Nabi mengatakan dunia ini bukan kepunyaan kita, ia kepunyaan Allah, Kita hanya pengurus, yang dipanggil khalifah. Sebab itu DO hanya dilantik oleh kerajaan negeri untuk jaga sesuatu kawasan. Dia tidak boleh fikir dia berkuasa penuh. Dia hanya menerima pelantikan daripada kerajaan. Kita cuma menerima pelantikan daripada Allah sebagai khalifah. Ini pandangan saya, Islam meletakkan manusia tidak mempunyai hak mutlak. Kerana hak mutlak ini kepunyaan Allah. Oleh yang demikian gerakan Islam seluruh dunia yakini bahawa kita manusia hanya pengurus. Sebab itu, orang yang berjaya mengurus ini, akhirat kelak mereka akan diupah, masuk syurga."

Demikian jawapan kepada temubual Mohd Najib Hashim wartawan Suara Keadilan meminta komen mengenai perkembangan politik Malaysia yang nampaknya menjurus kepada persaingan dua parti iaitu BN dan Pakatan Rakyat..

Mohd Najib bertanya Menteri Besar itu lagi mengenai aliran politik negara yang dilihat semakin menjurus ke arah Pakatan Rakyat. Bagaimanakah Tok Guru melihat perkara ini?

"Dalam pilihanraya ke-12, rakyat menerima Pakatan Rakyat. Lima buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Di Kelantan, sebelum pilihanraya baru-baru ini, Umno mempunyai 22 buah kerusi; menggelonsor semuanya tinggal enam kerusi. Sedangkan bekas PM Abdullah Ahmad Badawi menjanjikan pembangunan kepada Kelantan seperti cadangan membina jambatan yang kedua, laksanakan ECER (Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timor).

Saya bimbang juga, tapi sebutlah apa saja pembangunan, rakyat Kelantan faham bahawa pembangunan ini dapat dibuat oleh parti yang menguasai. Kalau parti A kuasai Kelantan, A lah yang buat pembangunan. Kalau A yang kuasai Kuala Lumpur, A lah yang buat pembangunan. Rakyat faham, Alhamdullillah. Pembangunan bukan daripada duit parti. PAS ke; Umno ke; DAP ke. Pembangunan bukan dibuat daripada duit parti tapi duit rakyat yang kita kuasai. DAP kuasai negeri, DAP buat pembangunan. PAS kuasai negeri, PAS buat pembangunan. Umno kosong.

Sekarang Umno masih ada nyaris- nyaris di Kuala Lumpur, insyaAllah bila kita bagi penerangan yang jelas bahawa Umno melalui jalan yang salah bukan jalan nabi-nabi. Bila kita melalui jalan salah macam bila kita lalu jalan salah di Kuala Lumpur akan kena saman, kena kemalangan. Saya telah hantar surat kepada PM, saya tanya dia dua perkara sahaja. Pertama, kerana apa tolak Islam? Keduanya, kenapa Umno lawan PAS? PAS ini terang-terang perlembagaannya Islam. PAS sudah pegang Kelantan 18 tahun. Saya buat macam Allah hendak. Yang Allah kata haram, saya haramkan. Yang boleh, saya bolehkan."

Soalan lagi, apakah faktor yang menjadi penyatu dalam Pakatan Rakyat?

"Sebagai orang PAS, saya sebut tadi, Umno melalui jalan salah. Mereka melalui jalan yang salah kerana mereka tak serupa dengan dasar nabi iaitu al-Quran dan hadis. Umno tolak. Umno buat rasuah. Rasuah ini bukan melibatkan orang kampung. Tapi pegawai- pegawai parti, ketua-ketua parti. Sebelum pilihanraya ke-12, Umno buat mahkamah sesama ahlinya yang diketuai Tengku Ahmad Rithauddeen. Di situ terang-terang Umno terlibat dengan rasuah. Ini perbuatan jijik. Sebab kita cantas kebolehan orang lain dan kita bagi pada orang yang tidak berkenaan.

Ini Islam tidak boleh terima, PAS tidak boleh terima, saya fikir, komunis pun tidak boleh terima. Dan bila Umno tolak Islam, mahu tidak mahu mereka mesti akan terdedah pada rasuah. Sebab itu saya kata sokong PAS dapat pahala. Bagi saya, saya masuk pejabat seolah-olah saya masuk masjid."

Soalan, mampukah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara? Ramai yang memperkatakan tentang kerjasama yang tidak mantap, masih berlaku perselisihan dan juga perbedaan pendapat. Bagaimana Datuk melihat isu ini?

"Pakatan Rakyat masih setahun dua. Dulu PAS pun macam tu juga. Umno pun mula-mula kacau bilau jugak. Benda baru. Perlahan-lahan mantaplah. Semua kaedah Tuhan. Macam pokok, mula-mula tumbuh daun; dua tiga helai daun, sehingga besar. Masa mula-mula memang akan kena serang dengan cacing, semut, babi. Seperti juga manusia,. mula- mula lemah, nak bercakap tidak boleh,. boleh menangis je."

Khamis, 9 Julai 2009

Franck Ribery: Islam Sumber Kekuatan Saya


Dikenal sebagai pribadi yang santun, rendah hati, dan rajin melaksanakan shalat lima waktu, di mana pun dan pada kondisi apa pun. Bagi penggemar sepak bola dunia, tentu sudah tak asing dengan nama Franck Ribery, gelandang serang asal Prancis yang kini bermain di klub raksasa Bundesliga (Jerman), Bayern Muenchen.
Dikenal sebagai pribadi yang santun, rendah hati, dan rajin melaksanakan shalat lima waktu, di mana pun dan pada kondisi apa pun. Bagi penggemar sepak bola dunia, tentu sudah tak asing dengan nama Franck Ribery, gelandang serang asal Prancis yang kini bermain di klub raksasa Bundesliga (Jerman), Bayern Muenchen.

Begitu juga, dengan mantan pemain terbaik dunia asal Prancis, Zinedine Zidane, Nicholas Anelka (Chelsea/Prancis), Frederik Kanoute (Sevilla/Mali), Khalid Bouhlahrouz (Sevilla), Zlatan Ibrahimovic (Inter Milan/Swedia), Eric Abidal (Barcelona/Prancis), Kolo Toure (Chelsea), dan Yaya Toure (Barcelona). Mereka adalah pemain sepak bola yang beragama Islam dan menjadi andalan klub maupun negaranya masing-masing.

Berbeda dengan pesepak bola Muslim lainnya, yang lebih dulu memeluk Islam, Franck Ribery justru memeluk Islam setelah bermain di klub asal Turki, Galatasaray, pada 2005. Secara singkat, Ribery mengatakan, dia memilih ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW ini karena menemukan kedamaian dalam Islam.

Baginya, Islam adalah sumber kekuatan dan keselamatan. ''Islam adalah sumber kekuatan saya di dalam dan di luar lapangan sepak bola. Saya mengalami kehidupan yang cukup keras dan saya harus menemukan sesuatu yang membawa saya pada keselamatan dan saya menemukan Islam,'' kata Ribery.

Senantiasa berdoa
Pesepak bola bermata biru yang memperkuat tim Prancis itu memulai karier sepak bolanya, dengan bergabung dengan tim Boulogne di tanah kelahirannya. Kemudian, ia pindah ke tim Ales, Brest and FC Metz.

Kepindahannya ke Olympique Marseille membawanya ke posisi pertama bintang sepak bola Prancis paling populer pada bulan Agustus, Oktober, dan November 2005. Ribery terpilih untuk memperkuat tim Prancis pada Piala Dunia FIFA tahun 2006 yang digelar di Jerman.

Pada 2006 itulah, jati diri Ribery yang telah menjadi mualaf dan memeluk agama Islam terkuak dan menjadi pemberitaan di tengah pertandingan pembukaan antara tim Prancis melawan tim Swiss saat acara Piala Dunia 2006.

Ketika itu, Ribery tersorot publik tengah menengadahkan tangan sebelum pertandingan dimulai. Ribery tengah berdoa, seperti yang dilakukan seorang Muslim. Saat itulah, banyak orang terkaget-kaget dengan sikapnya. Namun, berkat kecemerlangannya dalam bermain bola, publik pun tak menghiraukan perilaku dan kebiasaan Ribery.

Namun, rutinitas berdoa sebelum pertandingan itu akhirnya terkuak juga. Dan, Ribery mengaku sebagai penganut Islam. Ia menemukan kedamaian dalam agama Islam dan menjadi spiritnya dalam menjalankan aktivitas sehari-hari, tak terkecuali saat bermain bola.

Kabar Ribery masuk Islam, menyeruak sejak awal tahun 2006. Kabar itu mula-mula dilansir L'Express. Majalah ini menyebut adanya pemain nasional Prancis yang secara teratur beribadah di masjid di selatan Marseille. Mingguan itu tidak menyebut nama secara eksplisit, namun yang dimaksud adalah Ribery.

Kendati aksi berdoanya di lapangan hijau telah menarik perhatian publik Prancis, Ribery tetap enggan mengemukakan keyakinan barunya itu secara terbuka. Gelandang kanan klub Olympique Marseille ini mengatakan, keimanan barunya adalah perkara pribadi, tak perlu publikasi.

Alhasil, sejumlah spekulasi pun bermunculan. Ada yang menyebut perubahan itu terjadi sejak Ribery bermain bersama klub Galatasaray pada 2005. Ia membantu klub raksasa Turki tersebut memenangi Piala Turki pada tahun 2005. Semasa menetap di Turki, pemain kelahiran Boulogne-sur-Mer, Prancis, 7 April 1983, ini dikabarkan kerap berbaur dan berdiskusi dengan komunitas Muslim di sana.

Ada pula yang menyebut istri Ribery, Wahiba Belhami, yang asli Maroko itu memainkan peran penting terhadap perubahan Ribery. Ribery memang setahun tinggal di negara berpenduduk mayoritas Muslim itu. Di sana, Ribery berkenalan dengan Wahiba yang kemudian ia peristri. Konon Wahiba berperan besar menuntun Ribery mengenal ajaran Islam. Dari pernikahan tersebut, Wahiba memberinya dua anak, Hizsya dan Shahinez.

Kedua versi itu tak pernah dibantah atau dibenarkan oleh Ribery. Namun
, kepada majalah Paris Match, ia mengungkapkan, Islam telah
membawanya pada keselamatan.

''Islam juga yang menjadi sumber kekuatan saya di dalam maupun
di luar lapangan," ujar Ribery kepada majalah Match tanpa
menjelaskan sejak kapan memeluk Islam.
Ia menambahkan, ''Saya menjalani karier yang berat
. Saya kemudian berketetapan hati untuk menemukan kedamaian.
Akhirnya, saya menemukan Islam.''

Tidak pernah tinggalkan shalat
Keimanan dan kepribadian Ribery sebagai seorang Muslim
tampaknya tak perlu diragukan.Di tengah padatnya jadwal
pertandingan, bapak dua anak ini tak pernah lupa dengan kewajibannya sebagai
Muslim. Ia senantiasa melaksanakan shalat lima waktu, di mana pun dan
dalam kondisi apa pun. Baginya, shalat merupakan tiang agama
yang harus ditegakkan.

Selain rajin melaksanakan shalat, Ribery juga dikenal
sebagai pribadi yang santun dan rendah hati. Islam benar-benar telah
mengubah perangainya yang keras dan arogan menjadi seorang pribadi
yang santun dan memiliki akhlak mulia.

Sifat dan akhlaknya ini tak heran membuat kagum rekan-rekannya
di timnas Prancis, FC Bayern Muenchen (tempat ia bermain bola saat ini),
maupun kerabatnya.

Steve Bradore dari Organisasi Syuhada, yang melayani para
mualaf Prancis, telah mengatakan bahwa muslim Prancis merasa
bangga sekali dengan Ribery. ''Dia adalah sumber kebanggaan kami
karena penampilannya yang khas dan kerendahhatiannya,'' kata Steve,
seperti dikutip dari situs Islamonline.net.

Saat ini, Ribery membela klub sepak bola Jerman, FC Bayern Muenchen.
Di Bayern Muenchen, ia menempati posisi sebagai pemain gelandang.
Kontrak Ribery bersama 'FC Hollywood'--julukan Bayern Muenchen-
-akan berakhir pada 2011.

Ribery termasuk pesepak bola sukses. Di usianya yang baru 26 tahun
, dia sudah mengoleksi berbagai gelar. Antara lain, satu gelar
Fortis Piala Turki bersama Galatasaray di musim 2004/2005, Piala
Intertoto bersama Olympique Marseille di tahun 2005, Piala Liga
Jerman bersama Bayern Muenchen di tahun 2007, Piala Jerman dan
Bundesliga Jerman di tahun 2008. Selain itu, penghargaan Pemain
Terbaik Prancis di tahun 2007 dan 2008, juga pesepak bola Jerman
terbaik di tahun 2008. sya/dia/berbagai sumber

Franck Ribery yang lahir di Boulogne-sur-Mer, Perancis, 7 April 1983
memiliki tinggi badan 175 cm. Sebelum bermain di FC Bayern Muenchen,
Jerman, pemain yang beroperasi sebagai gelandang serang ini berkarir
di klub US Boulogne (2001-2002), Olympique Ales (2002-2003),
Stade Brestois 29 (2003-2004), FC Metz (2004), Galatasaray (2005),
dan Olympique Marseille (2005-2007).

Raja Bavaria
Di lapangan, ia hebat. Dalam kehidupan sosial, ia berkepribadian hangat. Sebagai individu, ia pun rajin salat. Franck Ribery adalah figur kesayangan publik Allianz Arena saat ini.

Bayern Munich selalu dihuni pemain berlabel bintang, tapi yang paling menonjol tergantung waktu dan kesempatan. Duet striker Miroslav Klose dan Luca Toni boleh menyita perhatian lewat produktivitas golnya, tapi Ribery amat menonjol dalam hal kreasi permainan di lapangan tengah.

Tidak salah Bayern memecahkan rekor transfernya untuk memboyong pria berusia 26 tahun itu. Faktanya, dalam tujuh bulan sejak bergabung dengan Bayern Muenchen, Ribery sudah berhasil menancapkan pengaruhnya, baik di klubnya maupun Bundesliga.

Pemain seharga 26 juta euro makin disenangi orang karena pembawaannya yang menyenangkan dan sikapnya selalu profesional. Di saat cuaca dingin bulan Februari masih mengakrabi Munich dan ia tengah berkutat dengan cedera kaki, Ribery tidak malas untuk tetap menghangatkan tubuhnya dengan muncul di kamp latihan.

Ia juga tak pernah menolak fans yang menginginkan tanda tangannya ataupun berfoto bersama, mulai dari anak-anak sampai orang dewasa. Dan, itu senantiasa ia lakukan dengan senyum mengembang di bibirnya.

"Mereka mungkin tak pernah melihat seorang pemain, seperti saya yang senang tertawa dan biasa berkelakar," seloroh Ribery. "Saya ini orang yang sederhana dan simpel saja."

Di koridor berbagai fasilitas kamp latihan Bayern, lelaki Prancis ini selalu menyapa orang-orang. "Saya ingin menjadi teman (siapa pun)," ujarnya sambil tersenyum, seperti dikutip AFP. "Dua menit untuk berfoto dan memberi tanda tangan buat fans amatlah penting karena buat mereka hal-hal ini sangat berarti."

Senyum, tawa, dan sikap yang ramah untuk sementara menjadi "andalan" Ribery dalam berkomunikasi dengan penggemarnya, sebelum ia bisa menyempurnakannya dengan bahasa Jerman. Ia masih belum fasih, tapi setiap minggu rajin mengikuti kursus.

Ribery juga merasa bersyukur dirinya telah berhasil dalam kariernya, mengingat di masa kecil ia harus menjalani kehidupan yang sulit bersama keluarganya di daerah Boulogne-sur-Mer.

Namun, ia pun menyadari kesuksesan bukanlah sesuatu yang abadi. Roda nasib dalam kehidupan selalu berputar. "Atas semua yang telah saya alami, saya menyikapinya dengan tenang, tapi saya pun sadar pada semua nasib yang saya miliki."

Yang jelas, Ribery telah menjadi sosok istimewa buat warga Munich. Jangan heran kalau di depan Theatinerkirche, yang ada di pusat kota tersebut, terpampang billboard raksasa bergambarkan Ribery memakai jubah raja, disertai tulisan "Bayern Hat Wieder Einen Konig" alias "Bavaria punya raja lagi". Bavaria adalah julukan lain dari Bayern Muenchen selain FC Hollywood.

Lelaki yang di wajahnya ada bekas luka karena kecelakaan mobil yang dialaminya waktu kecil itu, sudah dianggap sangat penting untuk FC Hollywood. Di sebuah surat kabar, ada sebuah komentar berbunyi: "Bayern Munich tanpa Ribery seperti sekelompok anak-anak tanpa ibu." dtc/sya/kem/RioL









Beberapa Pesepak Bola Muslim

- Zinedine Yazid Zidane
- Kolo & Yaya Toure (Arsenal & Barcelona)
- Robin Van Persie (Arsenal)
- Nicholas anelka (Bolton)
- Mohammed 'Momo' Sissoko (Liverpool)
- Ahmed 'Mido' Hossam (Boro)
- Hossam Ghaly (Totteham Hotspurs)
- Franck Riberry (Bayern Muenchen)
- Hamit & Halil Antiltop (Bayern Muenchen & Shalke 04)
- Frederik Kanoute (Sevilla)
- Mahamaddou Diarra (Real Madrid)
- Eric Abidal (Barcelona)
- Nuri Sahin (Feyenoord Rotterdam)
- Sulley Ali Muntari (Pompey)
- Zlatan Ibrahimovic (Inter)
- Hassan "Brazzo" Salihamidzic (Juventus)
- Khalid Boulahrouz (Sevilla)
- Salomon Kalou (Chelsea)
- El-Hadji Diouf (Bolton)
- Diomanssy Kamara (Fulham)
- Mohammed Kallon (Al-Ittihad ext. Inter & Monaco)
- Thiery Henry (Barcelona/Prancis)
- Lilian Thuram (Perancis)
- Lassana Diarra (Real Madrid)
- Karim Benzema (Lyon/Perancis)
- Samir Nasri (Arsenal)
- Hatem Ben Arfa (Lyon)

Rabu, 8 Julai 2009

Nizar vs Zambry : Bubar Dun Atau Hartal Seluruh Perak

Jawatankuasa Bertindak Rakyat Perak menyerahkan memorandum kepada kerajaan Zambry Abdul Kadir menggesa supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau hadapi hartal seluruh Perak.

Jawatankuasa itu memberi masa kepada Umno-BN sehingga 8 Ogos ini menggesa tampuk pemerintahan negeri ditentukan melalui pilihanraya atau hadapi mogok besar-besaran.

"Rakyat Perak tidak akan terbabit dalam apa-apa aktiviti luaran. Kita tidak akan ke tempat kerja, anak-anak kita tidak akan ke sekolah dan kita mahu tunjuk kepada BN bahawa majoriti rakyat Perak mahu keadilan dikembalikan," kata penyelaras R Mohanarani.

Kempen selama sebulan telahpun dilaksanakan oleh jawatankuasa terbabit bagi mendapatkan sokongan rakyat. Menurut Mohanarani, maklum-balas yang diterima adalah amat positif.

"Kita akan mendapatkan bantuan dari badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mobilisasi mogok satu hari ini," katanya.

"Kita menyebarkan risalah di pelbagai tempat awam untuk mendapatkan sokongan orang-ramai. Setakat ini maklum-balas yang diterima amat positif dan mereka masih kecewa dengan rampasan kuasa BN," tambahnya lagi.
PPSMI dimansuhkan mulai 2012


kemaskini 2.45pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

Selasa, 7 Julai 2009

Najib t0lak pelawaan T0k Guru Nik Aziz utk b'debat.


: Image Hosting by Picoodle.com

Tak apa kalau Najib tak mahu jumpa - Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.

"Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bilhikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Semalam, ketika diminta mengulas hasrat Nik Abdul Aziz untuk bertemu beliau bagi membincangkan mengenai perdebatan yang dicadangkan antara kedua-dua mereka, Najib berkata: "Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian.

"Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu," kata Perdana Menteri.

Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Nik Abdul Aziz berkata beliau masih beranggapan baik kepada Perdana Menteri yang belum menghantar surat jawapan rasmi menolak tawaran itu.

"Setakat ini, beliau (Najib) belum menjawab lagi melalui surat rasmi, saya buat sangkaan baik, mungkin dia (Najib) tak sempat nak hantar lagi," katanya. BERNAMA


k0men ~ Najib kalau setakat bercakap sorang-sorang depan kamera tv, boleh la. Tapi kalau ajak berdebat, tak payah Tok Guru Nik Aziz, dengan pak maun pun dia kecut.


Memang dasar pemimpin Umno macam tu. Kalau ada yang berani macam dalam rancangan Hujah TV9 tu pulak, gerenti merapu ke laut. Lain tajuk, lain karut. Orang cakap lain, depa merapu ke lain.

Isnin, 6 Julai 2009


NIZAR-BOLA SEPAK-ZAMBRY

Minggu lepas, Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin mengadakan kunjungan hormat pada Setiausaha Agung FAM Datuk Aizuddin di Wsiman FAM, Kelana Jaya.

Berceritalah mengenai bola sepak Perak dan Malaysia keseluruhannya. Berceritalah mengenai kantung-kantung FA negeri yang kekeringan dan ketidak mampuan kebanyakan negeri menanggung kos operasi dan gaji pemain masing-masing.

Tup-tup esoknya, Dr Zambry Abdul Kadir dah keluar statement minta Nizar letak jawatan selaku Presiden PAFA. Apa2 pun Zambry, belum apa-apa dah desak sebegitu. Tau ke Zambry, pemilihan pimpinan PAFA tu dipilih oleh kongress dua tahun sekali, ia bukan dipilih oleh Umno atau PAS.

Itulah ye, tak ada sifat kesukanan langsung. Selaku ketua kerajaan, Zambry seharusnya lebih merakyatkan sukan bukan mempolitikkan sukan. Nizar dulupun menerima jawatan itu kerana didesak pelbagai pihak termasuk pimpinan Umno.

Manek Urai tanpa Calon Bebas

Seperti mana pilihanraya kecil yang sebelum ini, calon-calon bebas mencuri perhatian apabila mencuba nasib bertanding menentang calon-calon daripada parti yang besar.

Ramai yang berasa curiga dengan perkembangan calon-calon bebas ini sehinggakan ada yang menuduh mereka sebagai calon upahan daripada parti-parti tertentu untuk memecahkan undi.
Dan mereka-mereka ini sudah pastinya diberikan imbuhan yang agak lumayan.

Tetapi kali ini perkara seumpama begitu tidak berlaku di Manek Urai. Mengapa?

Adakah kerana culaan undi awal-awal lagi memihak kepada parti Pas sehinggakan tiada imbuhan yang ditawarkan kepada calon-calon bebas oleh parti-parti lawan? Pertandingan di Manek Urai dilihat sebagai berat sebelah membuatkan tiada keperluan untuk meletakkan calon-calon bebas bertanding sama.

Walaubagaimanapun, pastikan kemenangan Pas di Manek Urai.

Sah! Hanya satu lawan satu di Manek Urai

Saingan satu penjuru: BN, PAS turun gelanggang


TANDING... Calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat (dua kiri) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai menjulang tangan bersama calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah (dua kanan) di pusat penamaan calon di Sekoleh Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai hari ini. -fotoTHE STAR oleh Sazuki Embong

KUALA KRAI: Sah! Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan satu penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

Tuan Aziz yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Fauzi pula ialah Bendahari PAS Kuala Krai dan seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Status mereka sama ada layak tanding ataupun sebaliknya disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh sejak Mac 2008.

KOMEN CALON

Tuan Aziz yang ditemui selepas proses penamaan calon selesai berkata, jentera Umno dan BN akan bekerja keras untuk menawan kembali kerusi DUN Manek Urai yang pernah disandang BN selama satu penggal sejak 2004.

"Dari apa yang saya lihat mereka banyak memberi sokongan dan dokongan berterusan. Saya akan memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat," katanya.

Ditanya apakah yang dapat beliau janjikan kepada penduduk di Manek Urai sekiranya beliau menang pilihan raya kecil itu nanti, Tuan Aziz berkata: "Manek Urai sebuah penempatan yang berasaskan pertanian."

"Insya-Allah saya akan cuba usahakan untuk memberi tumpuan kepada sektor ini yang menjadi nadi penduduk kampung.

"Saya akan ikut kempen yang telah disusun oleh BN, namun dalam masa yang sama saya akan turun sendiri dan berjumpa dengan orang kampung untuk mendengar sendiri masalah mereka.

"Insya-Allah penduduk di Manek Urai akan bersama saya," katanya.

Mengenai strategi BN menarik kembali sokongan pengundi muda untuk menyokong kerajaan Tuan Aziz berkata: "BN telah meletakkan calon muda dalam pilihan raya kecil kali ini."

"Oleh kerana BN telah mengemukakan calon muda, saya harap mereka (golongan muda) akan beri sokongan kepada kita," katanya.

Sementara itu, Fauzi pula berkata, PAS tidak akan melanggar peraturan sepanjang tempoh berkempen.

"Sebagai sebuah parti Islam kita akan teruskan usaha kita dan bekerja keras untuk pertahankan kerusi Manek Urai," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai hari pengundian.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

Daripada jumlah itu, 12,197 adalah pengundi Melayu merangkumi 99.2 peratus manakala pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang.

Penamaan calon telah berlangsung di Dewan Petra Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 di sini.

Sembilan pusat pengundian akan dibuka dengan jumlah saluran mengundi 27 buah dan petugas pilihan raya seramai 497 orang.

sekitar penamaan calon PRK MANEK URAI





Ahad, 5 Julai 2009

Fakta Pengundi PRK Manek Urai PDF Print E-mail


KUALA TERENGGANU - Pengundi Muda adalah pengundi paling ramai di kawasan pilihanraya Manek Urai dengan mereka yang berumur diantara 21 hingga 39 tahun membentuk 45.5% dari jumlah keseluruhan 12, 293 orang pengundi.


12,293 Pengundi Berdaftar

5,598 pengundi (21-39 tahun)
45.54% dari jumlah pengundi

4,511 pengundi (40-59 tahun)
36.70% dari jumlah pengundi

1,937 pengundi (60-79 tahun)
15.75% dari jumlah pengundi

247 (atas 80 tahun)
2.01% dari jumlah pengundi

6,316 jumlah pengundi Lelaki
51.38% dari jumah pengundi

5,977 jumlah pengundi perempuan
48.62% dari jumlah pengundi

99.2% Pengundi Melayu
56 orang pengundi Cina
28 orang pengundi India
12 pengundi lain-lain.

25 orang Pengundi POS

Nik Aziz mahu jumpa Najib sebelum berdebat

demokrasi93.blogspot.com

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan debat itu.

"Surat rasmi menjemput Perdana Menteri mengadakan perdebatan itu sudahpun dihantar tetapi setakat ini masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak berkenaan, katanya pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini, sekembalinya daripada mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakam) di Kuala Lumpur.

Nik Abdul Aziz mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Ditanya sama ada jemputan beliau mengadakan perdebatan itu sebagai helah politik untuk mengalih pandangan pemerhati daripada isu kerajaan perpaduan yang dimomokkan oleh pemimpin Umno dan Pas, Nik Aziz berkata: "Isu mengajak Umno berbincang atau berdebat dengan Pas bukannya baru, malah sudah lama sejak Pas ditubuhkan pada 1951 lagi."

Cuma, katanya, pelawaannya yang terbaru untuk adakan perdebatan itu setelah Pemuda Umno membuat laporan polis mengenai ucapannya dan menurutnya isu itu tidak akan selesai selagi tidak diadakan perdebatan.

"Cuma saya nak tanya dua perkara saja, kenapa (Umno) tolak Islam dan di manakah tidak kena dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas, terutama di Kelantan," katanya. - Bernama

MANEK URAI : Fauzi Dekat Di Hati Rakyat

demokrasi93.blogspot.com

Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah yang akan mewakili parti itu bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan sudah "bebas" daripada kejutan sambil yakin mampu mengekalkan kerusi itu minggu depan.

"Awalnya saya memang terkejut dipilih calon kerana saya tak sangka, tapi sekarang saya sudah sesuaikan diri selepas menemui penduduk sejak beberapa hari lalu," kata beliau yang dihubungi.

Fauzi diumumkan akan mewakili PAS pada 26 Jun lalu.

Fauzi yang disifatkan sebagai 'pemalu' dan mengelak liputan media sejak diumumkan sebagai calon.

Dalam temu bual ringkas diaturkan sekretariat pilihan raya PAS baru-baru ini, Fauzi berkata, beliau mahu meneruskan prestasi penyandang jawatan itu yang disifatkannya sebagai "selalu mendampingi dan dekat dengan penduduk tempatan."

"Pengundi di sini mahu wakil rakyat mereka bersama mereka, wakil rakyat yang mendampingi mereka... saya akan cuba lakukan apa telah diamalkan oleh Allahyarham Ismail," katanya apabila ditanya isu yang bakal dominasi pilihan raya kecil ini.

Katanya, beliau hanya mengadakan pertemuan dari rumah ke rumah untuk mengumpul sokongan.

"Kami belum adakan ceramah besar dan ceramah perdana... lebih kepada kunjungan rumah ke rumah," katanya mengenai strategi kempen beliau.

Mengenai majoriti, Fauzi berkata, berdasarkan kerjasama yang dibentuk beliau yakin akan keputusan lebih baik kali ini.

Penamaan calon pilihan raya kecil ini diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian dijadual 14 Julai. Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Selain itu Fauzi juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (NTD) Guchil, yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas penyandangnya, Ismail dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Fauzi juga Anggota Majlis Daerah Kuala Krai.

Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manik Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pemilihan Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.