Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 28 April 2013

Kak Midah kebal dari sebarang tindakan undang-undang?


Perakite Daily

IPOH: PAS Perak mempersoalkan adakah Dato’ Hamidah Osman kebal daripada sebarang tindakan daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, sehingga hari ini bekas Exco Kerajaan Negeri Perak tidak disabitkan sebarang tindakan walaupun pelbagai insiden yang dilakukan olehnya sebelum ini.
Katanya, pihak Hamidah sering mengganggu ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat dengan mengadakan program bersebelahannya sehingga menyebabkan kacau bilau dan huru-hara.
Jelasnya, walaupun pihak Hamidah tidak mempunyai permit namun tindakan mereka direstui tanpa sebarang sekatan oleh pihak Polis.
“Kami hairan tiada sebarang tindakan daripada pihak Polis walaupun beberapa kali membuat laporan,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Salman Saleh, Mohd Hakim Mohd Nor dan Safarizal Saleh.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu menjelaskan, pihak Polis berada ditempat kejadian dan merekodkan apa yang berlaku namun sehingga hari ini Hamidah tidak didakwa.
Jelasnya, pihak Polis sepatutnya memanggil Calon BN Dun Sungai Rapat itu bagi menjalankan siasatan lanjut.
“Baru-baru ini Hamidah didakwa menyerang Calon PKR parlimen Gopeng, Dr Lee Boo Chye dan kekecohan berlaku menyebabkan ada pihak polis yang berada di tempat kejadian turun dikasari.
“Pihak Polis ada di tempat kejadian, kenapa tiada tindakan selanjutnya? Soalnya lagi.
Tegasnya, PAS Perak mendesak pihak polis berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
“Adakah pihak Polis tidak mampu untuk mendakwa beliau (Hamidah) kerana ada kuasa lain lebih tinggi?
“Adakah Hamidah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang,” soal beliau lagi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MATA-MATA TENGOK DUIT UTK PERUT

Tanpa Nama berkata...

TAK PAYAH NAK HARAP KAT POLIS,,,DEPA NAK TUNGGU ORANG PR MENGAMUK DULU BARU DEPA AMBIL TINDAKAN,,LEPAS TU SALAHKAN ORANG PR,,,SABAR,,5 HB 5 KITA TUKAR DAN KURSUSKAN SEMULA POLIS,BAGI MODULE KEADILAN DALAM AGAMA ISLAM

Tanpa Nama berkata...

Polis akan ambil tindakan ke atas Hamidah bermula 6 Mei 2013. Bersabarlah, sekarang ni semua anggota kerajaan kena ikut telunjuk UMNO/BN lepas ni mereka akan bersama2 dengan kerajaan baru PAKATAN RAKYAT. Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

apa nak buat saboje le..5 mei kita ubah kerajaan..polis ni mereka makan gaji.. hati mereka ni berbelah bagi..