Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 15 April 2013

Bumbung uzur di Ara Payung; UMNO butakan mata, tulikan telinga


14 April 2013- Ara Payung
Kes bumbung bocor dan uzur cukup banyak di Ara Payung. Tetapi hal ini macam dipekak dan ditulikan oleh JKKK dan pihak ADUN Sungai Rapat kerana hal sejelas ini berlaku dalam kawasan tadbir mereka.
Puan Maimunah misalannya, aduan kepada JKK hanya seperti bercakap dengan dinding kayu.
Di Bawah adalah kes-kes bumbung yang diselesaikan oleh pihak PAS yang bukan sebuah kerajaan.
1) Puan  Zahrian adalah penerima bantuan tersebut hasil siasatan dan penilaian pihak PAS Kawasan Batu Gajah sebanyak  RM 1300 diperolehi dan projek membaiki bumbung dijalankan dengan kerjasama Pusat Khidmat PAS Dun Sungai Rapat.
2) Puan Maimunah Ibu tunggal, bumbung rumahnya hanya kelihatan 'normal' selepas dibantu secara gotong royong oleh pihak PAS Kawasan Batu Gajah pada tahun 2012 yang lalu.
3) Ismail bin Badar, Mohon bumbung daripada ADUN dan JKKK tiga kali tetapi gagal.  No 28 Kg Ara Payung. Kes ini terkini cuba diselesaikan oleh Pihak Pusat Khidmat PAS Sungai rapat. Kunjungan ke ru mah En Ismail ini diadakan pada 10 April 2013 yang lalu.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah pemuda ara payung...........