Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 15 Julai 2010

PAS jangan layan lambaian perkauman

Resolusi tiga Muktamar Tahunan PAS di Ipoh, Shah Alam dan di Putik Kota Bharu baru-baru ini yang mempertegaskan lagi komitmennya bersama Pakatan Rakyat sudah cukup untuk memberitahu rakyat bahawa ia sama sekali tidak berhajat untuk melayan sebarang lambaian perkauman yang terus menerus disuarakan oleh pelbagai pihak.

Kinipun suara mengajak PAS ‘bekerjasama’ dengan Umno kononnya demi untuk perpaduan Melayu/Islam terus dilakukan oleh segolongan kecil tokoh agama dan orang perseorangan yang tidak pernah menghayati sejarah dan perjuangan PAS.
Seruan ini juga dibuat pada ketika Umno dan parti dalam komponan BN sendiri berpecah belah. Oleh itu dapat difahami mengapa seruan perpaduan Melayu/Islam ini terus menerus dilakukan oleh pihak tertentu itu.
Sebagai parti Islam yang teguh dengan prinsip perjuangannya dan setia dengan komitmennya bersama Pakatan Rakyat, PAS tentunya tidak akan mengkhianati setiakawannya dalam Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi kedudukannya kini sangat selesa dalam Pakatan itu.
Malah PAS telah dapat meluaskan wilayah dakwahnya di kalangan bukan Islam, menyebabkan mereka mulai memahami keadilan dan kesaksamaan Islam, sesuatu yang tidak pernah dilalui oleh mereka selama ini.
Dengan penyertaan lebih 20,000 orang bukan Islam dalam entiti baru ‘Dewan Himpunan Penyokong PAS’ memperkukuh bukti bahawa kalangan bukan Islam telah menerima baik gagasan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Ini menunjukkan PAS telah memperlihatkan kematangan politiknya.
Ramai berpendapat, Umno tidak akan begitu ghairah untuk mengajak PAS bekerjasama jika parti itu tidak merasa terdesak, lemah dan berada dalam dilema untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Oleh itu jika PAS menyahut seruan Umno ini untuk berkerjasama nescaya parti sekular itu akan kukuh kembali dan ketika itu PAS tidak akan diperlukan lagi. Ini akan mengulangi sejarah masa lampau bagaimana PAS disingkirkan dengan penuh kehinaan.
Pengalaman getir inilah yang juga menyebabkan Mursyidul ‘Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran PAS yang lain tidak dapat menerima sebarang idea kerjasama dua parti itu. Ada pihak berhujah kononnya PAS perlu melupakan apa yang berlaku di masa lalu dan berusaha membuka era baru kerjasama Umno dan PAS konon demi untuk perpaduan Melayu/Islam,
Tetapi pihak ini lupa akan kata-kata Sayidina Abu Bakar r.a. bahawa “umat Islam jangan termasuk dua kali dalam satu lubang yang sama.” Bahkan hingga kinipun Umno melakukan pelbagai usaha untuk melumpuhkan PAS.
Masalah paling besar menghalang apa yang dikatakan usaha kerjasama Umno-PAS ialah seperti yang ditekankan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz iaitu dasar kebangsaan Umno yang sama sekali tidak dapat diterima oleh PAS yang memperjuangkan dasar Islam.
Bagi PAS, Islamlah yang boleh menyelamatkan Melayu, bukan sebaliknya, sama juga yang terjadi kepada bangsa Arab di mana Islamlah yang menyelamat dan mengangkat martabat bangsa Arab menyebabkan Sayidina Umar Al-Khattab berkata, bahawa bangsa Arab hanya mulia dengan Islam.
Oleh itu bangsa Melayu hanya mulia dan bermartabat dengan bersatu di bawah dasar Islam, bukan dasar perkauman yang sekular.
Ramai yang bertanya, kalau benar Umno sayangkan Melayu mengapa Kerajaan BN yang berteraskan Umno menyekat pemberian royalti minyak kepada Kelantan yang sembilan puluh peratus penduduknya adalah Melayu. Belum lagi diskriminasi lain yang dihadapi Kelantan sejak 20 tahun PAS memerintah negeri itu. Ini aneh di tengah riuh rendah Umno kononnya hendak menolong Melayu.
Banyak lagi hujah yang tidak memungkinkan PAS bekerjasama dengan Umno dalam apa bentukpun seperti yang telah dihuraikan banyak kali oleh pihak PAS. Namun kerana kepentingan politik pilihan raya dan survival Umno itu sendiri, Umno dan simpatisannya terus mempelawa PAS bekerjasama dengan Umno konon demi untuk perpaduan Melayu. Tetapi PAS mengambil langkah tepat dengan tidak melayan pelawaan itu.
Sudah tiga kali Muktamar Tahunan PAS membuat keputusan tepat yang mempertegaskan bahawa PAS penuh komited dengan Pakatan Rakyat walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Dasar ini ditegaskan lagi dalam pelbagai persidangan dan pertemuan PAS - terkini ketika berlangsung perkampungan PAS di Port Dickson baru-baru ini di mana PAS menyusun strategi untuk memenangi PRU Ke-13 bersama Pakatan Rakyat
PAS sudah berada di lebuh raya yang betul dalam perjuangannya membina politik baru Malaysia tanpa perkauman bersama Pakatan Rakyat. Inilah uniknya politik Islam yang amat sesuai dengan suasana masyarakat majmuk di Malaysia dan ini adalah sebuah kebijaksanaan.
Tidak syak lagi, PAS telah menunjukkan kematangan politiknya menyerlahkan pemikiran dinamik pemimpin dan pendukungnya. Negeri Kelantan yang telah diperintah oleh PAS sejak 20 tahun lalu menjadi contoh terbaik bukan saja di rantau ini bahkan di dunia, di mana pelaksanaan Islam dilakukan dengan cara yang amat harmonis sesuai dengan slogannya ‘Membangun Bersama Islam’
Sementara itu Kerajaan Kedah yang terajui oleh PAS dengan kerjasama PKR dan DAP telah menunjukkan kejayaan walaupun baru berumur tidak sampai tiga tahun. Di bawah kepimpinan Menteri Besarnya yang adil, Datuk Seri Azizan Abd Razak dan saf exconya telah menyerlahkan kemajuan bagi negeri Kedah di pelbagai segi. Memancarkan keadilan untuk semua kaum dan sangat mesra rakyat.
Hal yang sama berlaku di Pulau Pinang di mana walaupun Ketua Menterinya bernama Lim Guan Eng, tetapi berusaha untuk berlaku adil kepada semua kaum. Bahkan menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai contoh kepimpinan yang cuba diterapkannya. Ini bukan sebuah lawak jenaka, tetapi suatu.
Sementara itu, di Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, negeri yang terkaya di Malaysia itu berjaya melakukan pelbagai perubahan untuk kepentingan rakyatnya. Sumbangan air percuma, walaupun dalam jumlah sedikit, mengadakan skim pemberian wang kepada warga emas, bantuan kepada kanak-kanak yang lahir di Selangor, prihatin dengan pendidikan remaja di bawah skim SPIES yang sangat berjaya, membaik pulih projek rumah terbengkalai dan pelbagai lagi menunjukkan kejayaan kerajaan Pakatan di Selangor walaupun tidak henti-hentinya menerima tantangan dan cabaran dari musuh politik Pakatan.
Oleh itu, bagi mereka yang masih menyokong Umno/BN sewajarnya menerima hakikat kejayaan Pakatan Rakyat ini dengan fikiran terbuka, membebaskan diri dari kongkongan perkauman sempit yang sama sekali tidak menguntungkan.
Pakatan Rakyat adalah jalur politik masa depan Malaysia.

Rabu, 14 Julai 2010

Kenyit mata, cari talian hayat!!


Perpaduan Melayu ala UMNO. Candangan UMNO ini melibatkan UMNO-PAS. Fuiyoo..... persistent and determinednya mereka!!

Mengapa beriya-iya sangat?? Teruk sangatkah Melayu berpecah?? Atau.... yang dah nak barai ialah UMNO??

Well.... obviouslynya, UMNOlah yang dah nak terbarai dan terburai!! Sedikit demi sedikit.... UMNO dan para pemimpin mereka ditelanjangkan. Ibarat main 'strip poker' pulak. UMNO asyik-asyik kalah.... Setiap kali kalah, ada jer yang dilondehkan. Apabila terlondeh.... maka nampaklah kurap dan panau di badannya. Kurap baru.... kurap lama, semuanya terdedah. Kurap lama tak diubati dan ditangani, kini terserlah pulak kurap-kurap yang baru. Malah, kurap-kurap lama tu dah menjadi barah.

Selama ini.... semua kurap-kurap ini, dilindungi oleh barua-barua mereka. Giler betoi!! Banyak 'tangan' rupanya yang bertungkus lumus untuk menjaga dan melindungi UMNO dan para pemimpinnya. UMNO dan para pemimpinnya dilindungi supaya kelihatan gah untuk terus berkuasa dan menunjukkan kuasa dan kejantanan mereka.

Tapi, kesian..... Indah khabar dari rupa!! Kurapnya sudah terlalu membarah.... Even, 'kejantanan' UMNO pun dah mereput. Reput dan kaput!!

Eeiyeerr.... kesian, kesian.... Di luar, nampak gah tetapi rupanya.... di dalam dah busuk, sebusuk-busuknya. Busuk sampai ke ususnya!! Sudah busuk sampai ke'anu'nya!!

Mengapa UMNO kini mencari PAS??

Mungkin PAS ada penawar untuk memulih dan membangkitkan semula kekuatan UMNO. Sebab tu, sekarang terhegeh-hegeh nak berdamping semula dengan PAS. Dulu...... masa tengah gah, PAS disepak.... PAS diterajang!! Kini... UMNO tak jemu-jemu mengorat PAS. Mereka very persistent dan determine untuk bersatu dengan PAS dengan menggunakan nama Melayu dan Islam. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!!

Walau pun, PAS jual mahal, malah..... mungkin PAS sudah tak da feel langsung untuk bersama UMNO, tetapi.... UMNO masih lagi tergila-gila. Sudah ditolak..... merayu lagi. Sudah kata tak nak.... mencari lagi. Sudah kata tak boleh..... mengendeng lagi. Apa nak buat.... demi survival mereka, UMNO turutkan kata hati..... terpaksa buat muka tak malu!!

Semua ini petanda.... yang UMNO dah terdesak. Diri sudah terlondeh, dibolenkan sedikit demi sedikit. Kurap dah barah semuanya sudah terdedah. Nyawa dah nak tercabut.... badan dah nak terbarai. Tapi masih degil..... tak mahu masuk ke dalam kubur. Jadi... terpaksalah mencari talian hayat, agar tak tergolek masuk ke liang lahad. Dan.... PAS cuba dijadikan talian hayat mereka!!

Apabila Muhyiddin Yassin, sekali lagi, 'mengeyit mata'nya kepada PAS..... ramai penyokong PAS yang menjerit. "Say tak nak to UMNO!! Say NO to APCO!!" Dulu..... dah terkena. Kini..... dan selamanya..... NO MORE. NO MORE UMNO!! Once bitten twice shy!!

Melayu tak bersatu kerana UMNO. Melayu akan bersatu apabila UMNO mampuih!!

Hangpa dengaq tu.....

MAMPUIH UMNO!!!

TGNA Sedia Bersua Muka Dengan TPM Muhyiddin Di Mana Sahaja

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai "apa juga perkara".

Ketika ditemui pemberita hari ini, Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

"Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

“Beliau (Tan Sri Muhyiddin) boleh datang sendiri jumpa saya, saya tak kisah, tak perlu hantar orang tengah.

“Jangankan beliau datang nak jumpa saya kat sini, jika ke Kuala Lumpur pun saya boleh pergi,” katanya.

Bagaimanapun menurut Harakahdaily, soalan yang diutarakan pemberita kepada Nik Aziz tiada kaitan dengan hubungan Umno dan PAS, seperti dilaporkan media hari ini.

Muhyiddin, yang dijadual melawat Kelantan esok, dilaporkan semalam, berkata Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Pada sebelah pagi timbalan presiden Umno itu dijadual melawat kompleks Imigresen dan Kuarantin di Bukit Bunga, Jeli.

Pada sebelah petang pula, beliau akan merasmikan karnival rakyat parlimen Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah.

Selasa, 13 Julai 2010

Sekitar Ijtimak PAS Batu Gajah yang disampaikan Oleh Ust Hassan Razak


Ustaz Hassan Razak

Batu Gajah; PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakam Ijtimak yang disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Hassan Razak di Pejabat Pas Kawasan Batu Gajah pada Ahad lalu. Pejabat tersebut telah dipenuhi oleh penyokong PAS pada malam tersebut.





YDP PAS Gopeng dan Tapah















UMNO demam

PAS hari ini bersedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno meskipun parti Islam itu secara jelas menolak pelawaan Umno itu, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Harakahdaily memetik Mahfuz (kanan) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka.

"Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

"Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pulak.

"Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," katanya.

Umno, jelasnya sedang mengalami krisis sokongan Melayu terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilihat telah merubah pemikiran Melayu sehingga berani menentang Umno sendiri.

"PERKASA telah merubah mentaliti orang Melayu sehingga mereka berani mempersoal Umno yang dulu dianggap 'tangan yang menyuap mereka'," katanya lagi.

Sementara itu beliau juga berkata, orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa Umno kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah Umno.

PAS juga, jelasnya akan mengambil peranan menjaga kepentingan Melayu dan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan tanpa mengabaikan hak warganegara lain.

Ia juga antara resolusi semua parti dalam Pakatan Rakyat yang dicapai pada konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini.

Muhyiddin kelmarin sekali lagi mengulangi kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS dengan alasan mahu menjaga kepentingan Melayu.u

‘Saya tak akan letak jawatan’..dulu kini dan selamanya....

SUNGAI PETANI - Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali Yahaya tidak akan meletak jawatan kerana baginya, isu untuk meletak jawatan tidak timbul sama sekali meskipun beberapa perwakilan termasuk Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian mendesak beliau berbuat demikian pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO bahagian berkenaan, kelmarin.

Ali berkata, tidak ada sebab baginya untuk melepaskan jawatan semata-mata bagi memenuhi kehendak pihak yang kecewa setelah kalah dalam pemilihan bahagian pada 2008 sedangkan jawatan itu dipegangnya secara sah setelah mendapat mandat daripada perwakilan dan ahli UMNO.

“Mengapa pula saya nak letak jawatan? Saya dapat mandat ahli dan akan pegang sehingga habis penggal. Pada mesyuarat semalam (kelmarin) pun tidak ada undi tak percaya, mereka hanya buat kecoh semasa perasmian saja. Itu tak termasuk dalam perlembagaan dan kedudukan saya tidak terjejas,” katanya.

Ali berkata, beliau mendapat sokongan 350 daripada 400 perwakilan yang hadir mesyuarat kelmarin.

“Selepas itu, mesyuarat berjalan sempurna dengan disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) hingga petang hari (kelmarin). Bagaimanapun, UMNO Bahagian Sungai Petani menyerahkan kepada MT untuk mengambil tindakan ke atas tingkah laku pihak terlibat yang memalukan UMNO dan melanggar perlembagaan dan etika parti,” katanya.

Ali mengulas kekecohan yang berlaku ketika majlis perasmian mesyuarat berkenaan apabila beberapa perwakilan termasuk Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian menghalang beliau daripada berucap. Berlaku adegan tuding menuding sehingga majlis itu terpaksa diteruskan dengan ucapan perasmi, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri tanpa ucapan Ali selaku Ketua UMNO Bahagian.

“Kekecohan itu bagaimanapun tidak mengganggu gugat keutuhan UMNO Bahagian Sungai Petani kerana yang terlibat hanya beberapa orang,” katanya.

Ditanya desas desus persengketaannya dengan beberapa pihak termasuk Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali menjelaskan bahawa tiada sebarang perselisihan bantara mereka dan mengikut perlembagaan, pergerakan itu merupakan sayap parti dan seharusnya memberi sokongan padu kepada bahagian.

Mengenai desakan untuk beliau meletak jawatan, Ali berkata, tiada apa-apa desakan diterimanya malah majoriti perwakilan memberikan sokongan terhadap kepimpinannya.

“Saya adalah ketua bahagian yang dipilih oleh ahli dan perwakilan. Saya tetap akan menyandang jawatan ini dan tidak ada pihak yang boleh merampas jawatan ini daripada saya.

“Mengikut perlembagaan, tidak ada undi tidak percaya berlaku semalam, maka tidak ada isu (desakan meletak jawatan),” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang hadir sebagai pemantau pada mesyuarat itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling, memberitahu Sinar Harian, pihaknya akan menghantar laporan sebagaimana perlu kepada MT parti.

Bagaimanapun katanya, mesyuarat itu berjalan lancar selepas perwakilan mendengar ucapan perasmian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

“Saya anggap ini perkara biasa ahli peringkat akar umbi meluahkan pendapat dan rasa tidak puas hati hingga menyebabkan berlakunya kekecohan.

“Namun selepas mendengar ucapan Jamil Khir, semua perwakilan kembali tenang dan bermesyuarat dengan lancar hingga ke petang. Ini menunjukkan ahli akar umbi bersikap matang,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Azeez berkata, keluhan sebilangan daripada mereka akan dibawa ke peringkat MT untuk tindakan lanjut.

Isnin, 12 Julai 2010

Chegubard persoal polis


KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti PKR Badrul Hisham Shaharani atau yang dikenali sebagai “Chegubard” mempersoalkan tindakan polis yang membatalkan hasrat untuk memeriksa ruang kerjanya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya petang tadi.
Beliau berkata sebelum ini polis bersungguh untuk memeriksa komputer yang digunakan untuk membuat kerja-kerjanya di ibu pejabat PKR kerana memberitahu polis bahawa beliau tidak mempunyai komputer peribadi.
Polis sepatutnya memeriksa pejabatnya kira-kira 2.30 petang.
“Saya memberitahu polis bahawa tidak mempunyai komputer peribadi, jadi segala kerja termasuk menghasilkan artikel dilakukan di ibu pejabat PKR ataupun di siber kafe.
“Sebab itu mereka (polis) mahu datang periksa, tapi tidak tahulah sekiranya mereka juga mahu periksa di siber kafe,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata polis ada memaklumkan bahawa sudah hampir sampai ke lokasi tetapi terpaksa bergegas pulang kerana mempunnyai tugasan lain yang lebih penting.
“Pegawai polis kata sudah hampir sampai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun ketika saya hubungi semula pegawai itu beritahu mendapat arahan untuk tugas yang lebih penting.
“Jadi mereka pulang tanpa membuat sebarang pemeriksaan di ibu pejabat PKR petang tadi,” katanya.
Beliau berkata masa dan tarikh bagi pemeriksaan lanjut mereka akan diuruskan kemudian oleh pegawai penyiasat kesnya.
“Pegawai cakap kepada saya jika ada apa-apa mereka akan hubungi saya nanti,” kata Ketua Cabang PKR Rembau itu.
Jumaat lalu, Badrul ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau.
Difahamkan bahawa rumahnya di Bukit Chedang juga digeledah polis tetapi tiada apa-apa barang diambil.
Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”
Satu lagi maklumat twitter pemimpin PKR menyebut, beliau ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung isu mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamarudin.

Retreat sahkan sokongan Melayu kekal kepada PAS

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Pemukiman tiga hari PAS bermula Jumaat hingga Ahad lalu di Port Dickson merumuskan parti itu tidak mengalami penurunan sokongan Melayu seperti yang didakwa pihak tertentu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata berdasarkan analisis yang dibuat, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1995 sehingga PRU 2008, undi Melayu terhadap PAS konsisten dan menyaksikan sedikit peningkatan.

"Pada PRU 1995 undi Melayu kepada PAS sekitar 38 hingga 40 peratus, 1999 kita mendapat lonjakan sehingga 55 peratus ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet.

"Pada PRU tahun 2008, sokongan Melayu terhadap PAS antara 42 hingga 46 peratus.

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak kehilangan pengundi teras Melayu selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menolak dakwaan pihak tertentu bahawa PAS mengalami kemerosotan sokongan Melayu ekoran kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat.

Dakwaan itu dibuat ekoran serangan hebat terhadap PAS oleh Umno ketika parti itu berusaha untuk mengekalkan kedudukannya walaupun sokongan untuk rakan-rakannya dalam BN hilang.

Dalam pilihan raya 2008, sokongan pengundi luar bandar kepada PAS tidak tinggi bukannya kerana mereka Melayu tetapi kerana maklumat dari PAS dan rakan-rakannya tidak sampai kepada mereka.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, PAS memperoleh 45 peratus sokongan Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang sewaktu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin menjadi calon.

"Itu tidak termasuk sokongan Melayu di Kelantan, kalau diambil kira Kelantan, sokongan Melayu lagi la tinggi," tambahnya lagi.

Pemukiman hujung minggu lalu itu disertai Mursyidul Am serta ahli Majlis Syura PAS serta Presiden dan AJK PAS pusat yang lain.

Ianya antara lain bagi merangka persedian PAS menghadapi PRU ke-13.

Dalam pada itu retreat tersebut juga merumuskan bahawa yang menghakis kepentingan Melayu seperti termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan adalah Umno BN.

Menurutnya, isu memperkenal Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan isu penukaran sistem kemasukan ke IPT dari kuota ke meritokrasi antara contoh penghakisan hak Melayu oleh Umno BN.

Sehubungan itu jelasnya, atas sebab itu PAS juga memutuskan akan memulakan usaha lebih konstruktif melindungi hak orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan tanpa menafikan hak kaum-kaum lain sebagai warga negara Malaysia.

"Teras kita adalah keadilan kepada siapa yang berhak.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat pada konvensyen lalu sebulat suara telah bersetuju mempertahan apa sahaja yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.

Ahad, 11 Julai 2010

Umno-BN Talam Dua Muka, Kecam Zionis Dalam Parlimen Tapi Berdagang Dengan Israel

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 11 Julai - Pakatan Rakyat berpendapat Perdana Menteri telah menipu rakyat Malaysia serta berbohong di dalam parlimen kepada anggota Dewan Rakyat yang menyokong usul mengecam rejim Zionis Israel hubung serangan ke atas 'freedom flotilla' menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza itu serta menipu rakyat Malaysia sedangkan pada masa yang sama kerajaan Umno-Barisan Nasional menjalin hubungan dagangan dengan negara haram tersebut.
Sehubungan itu Pakatan Rakyat mengemukakan usul untuk mengheret Datuk Seri Najib Razak ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) namun Speaker, Tan Sri Pandikar Mulia menolaknya atas alasan hujah dan kenyataan yang dibuat di luar Dewan dalam apa bentuk sekali pun adalah di luar ruang lingkup maksud Peraturan Mesyuarat 36(12) walaupun Menteri Pengangkutan mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Zionis Israel.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata jelas Najib telah bersikap hipokrit dengan menipu parlimen dan rakyat.
"Apa guna kita mengecam sedangkan pada masa yang sama kita membantu memperkukuhkan ekonomi Zionis Israel melalui hubungan perdagangan yang telah dilakukan oleh kerajaan yang dilakukan secara rahsia.
"Kerajaan Umno-BN tidak ada dasar yang tegas terhadap Zionis Israel dan sememangnya 'bermain mata' dengan negara itu," tegas beliau Khamis lalu semasa bangkit membantah tindakan Speaker menolak usul tersebut .
Mahfuz juga meminta penjelasan mengapa tidak ada penafian daripada kerajaan bahawa negara tidak ada hubungan dagangan dengan rejim Zionis itu.
Tambah beliau, semasa perbahasannya dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10, beliau telah mendedahkan bahawa perpustakaan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri jelas menunjukkan peluang bagi usahawan dan peniaga di Malaysia dengan negara haram tersebut.
"Kerajaan sepatutnya memberikan maklum balas secara bertulis daripada kementerian terbabit kepada saya kerana perkara itu dibangkitkan semasa membahaskan RMK-10.
"Yang DiPertua sepatutnya mengarahkan kepada kementerian terbabit memberikan jawapan kepada persoalan saya, apa kedudukan dakwaan tersebut, betul atau pun tidak?.
"Hari ini kerajaan Umno-BN menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi tetapi pada masa yang sama kerajaan Umno-BN yang sebenarnya mempunyai hubungan akrab dengan negara haram Israel itu," tegas Mahfuz semasa memberikan penjelasannya kepada Speaker.

Sabtu, 10 Julai 2010

Berakhirkah kuasa politik Melayu? Sebenarnya berakhirnya kuasa politik UMNO....!!!!

PADA 1946, UMNO ditubuhkan, ketika itu semua orang Melayu boleh dianggap berada dibawah payung parti berkenaan. Namun penyatuan itu tidak lama apabila terwujud Pas pada tahun 1951 selepas berlaku perpecahan di dalam UMNO, ertinya orang Melayu sudah berpecah kepada dua kumpulan.
Buat seketika pertelingkahan politik di kalangan orang Melayu hanya berkisar kepada dua parti ini sahaja, satu pihak menyokong UMNO dan satu pihak lagi menyokong Pas tetapi hakikatnya Melayu sudah berpecah. Penyatuan antara kedua-dua partinya hanya berlaku seketika pada awal tahun 70-an sebelum Pas sekali lagi membawa diri. Melayu kembali berpecah.
Keadaan menjadi bertambah buruk apabila berlaku lagi krisis dalam UMNO. Kali ini ia mewujudkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46), walaupun tidak lama berada dalam persada politik tanah air namun kehadiran S46 turut memecahkan undi Melayu.
Bagaimanapun keadaan agak tenang seketika apabila S46 dibubarkan dan ramai kembali kepada UMNO tetapi pertarungan politik antara parti itu dengan Pas berterusan.
Ketika UMNO dan Pas masih lagi teraba-raba mencari titik pertemuan, tercetus pula krisis ketiga dalam UMNO yang 'melahirkan' Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Berbanding perpecahan-perpecahan Melayu sebelum ini, kewujudan PKR ternyata semakin melemahkan kuasa politik Melayu. Orang Melayu yang sudah terbahagi kepada dua puak kini menjadi tiga puak dan ia belum lagi mengambil kira puak keempat iaitu atas pagar.
Akhirnya, walaupun menjadi penduduk majoriti di negara ini, kuasa politik Melayu semakin lemah. Malangnya kelemahan itu tidak menguntungkan UMNO, Pas mahupun PKR, sebaliknya parti-parti bukan Melayu yang lain.
Apa yang berlaku di Pulau Pinang dan di Perak (selama 11 bulan) seharusnya memberi kesedaran kepada orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh lenyap bila-bila masa atau kalau pun mempunyai jawatan, mereka perlu mengikut telunjuk orang lain kerana kekurangan jumlah kerusi.
Di Pulau Pinang, walaupun DAP berkongsi kuasa bersama-sama dengan Pas dan PKR tetapi DAP tidak pernah peduli perasaan orang-orang Melayu dalam kedua-dua parti tersebut. Sebab itulah pelbagai tindakan dilakukan termasuk merobohkan kampung-kampung orang Melayu.
Begitu juga di Perak, walaupun sedikit sebanyak orang-orang Melayu di dalam Pas dan PKR membantu kemenangan calon DAP sehingga mereka mampu memiliki kerusi terbanyak di negeri itu, tetapi ketika menjadi kerajaan negeri, DAP tidak pernah mengambil kira pandangan Pas dan PKR. Menteri Besar yang dilantik hanya mengikut sahaja apa yang DAP arahkan.
Sedangkan kalau UMNO dan Pas bekerjasama mewujudkan kerajaan perpaduan, senario 'mengikut telunjuk' tersebut tidak akan berlaku. Ini memandangkan UMNO mempunyai 28 kerusi dan Pas enam kerusi menjadikan jumlah keseluruhannya 34 kerusi.
Di Kedah, walaupun Pas memerintah tetapi talian hayat kerajaan negeri tetap bergantung kepada tiga ADUN bukan Melayu daripada PKR.
Di Selangor, Menteri Besarnya, bukan sahaja bergantung kepada DAP untuk terus kekal sebagai kerajaan negeri malahan harus mendapat sokongan ADUN bukan Melayu dalam PKR untuk kekal berkuasa.
Kecuali di Kelantan dan Terengganu yang bakal terus menyaksikan pertarungan antara parti-parti orang Melayu, di negeri-negeri lain, kuasa politik Melayu semakin berkurangan.
Berikutan perpecahan yang berlaku kuasa politik orang Melayu di Parlimen juga semakin lemah. UMNO yang diharapkan menjadi sandaran orang Melayu semakin 'nipis' jumlah kerusinya di Parlimen. Parti itu hanya menguasai 78 kerusi. Kita tidak boleh berharap bahawa kepentingan Melayu akan turut dikongsi oleh semua ahli Parlimen Pas kerana sebahagian besar mereka lebih taksub 'memuja' Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelompok ini agenda mereka hanya ingin mendapat kuasa bersama-sama DAP. Kesudahannya UMNO bergantung kepada ahli Parlimen bebas yang keluar PKR dan sedikit sokongan daripada Pas agar agenda Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP.
Namun persoalannya sekarang, apakah akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang.
Pelbagai analisis dan kajian yang dibuat oleh sesetengah pihak berkecuali (non partisan) mendapati, kuasa politik Melayu tidak mustahil akan luntur daripada persada politik tanah air.
''Masih ramai ahli politik Melayu leka dan tidak sedar bahawa ada bahaya yang sedang menanti dalam pilihan raya umum akan datang. Situasi ini jika dibiarkan boleh memungkinkan kuasa politik Melayu akan berakhir.
''Jika ini terjadi ia bukan sahaja akan merugikan UMNO semata-mata tetapi juga Pas di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta ahli politik PKR yang masih kukuh idealismenya dalam perjuangan untuk bangsa, agama dan negara," kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada penulis ketika dihubungi.
Persefahaman
Sememangnya, ketika orang Melayu masih belum mampu mencapai persefahaman hatta dalam soal mempertahankan hak orang Melayu dan umat Islam sekali pun, parti-parti politik bukan Melayu bukan sahaja semakin mengukuh cengkaman mereka di sesetengah negeri dan kawasan malahan mula mengatur gerakan membuat tuntutan demi tuntutan untuk kepentingan kaum mereka.
Seperti mana kata seorang lagi pemimpin UMNO, walaupun mereka sedari ada kalanya tuntutan mereka adalah melampau dan boleh menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu tetapi mereka tidak mempedulikannya. Mereka ingin menonjolkan diri menjadi juara kepada kaum sendiri.
Puak-puak ini amat memahami bahawa politik Melayu berada di dalam keadaan lemah.
Walaupun terdapat tiga parti politik yang diterajui orang Melayu tetapi mereka tidak mampu bersatu hati. Ini berbeza dengan amalan politik parti-parti bukan Melayu, mereka akan sepakat dalam soal berkaitan kaum mereka.
Tetapi orang Melayu, kalau UMNO bercakap soal kepentingan Melayu, sebahagian puak-puak di dalam Pas dan PKR akan menuduh UMNO rasis dan mengamalkan politik perkauman tetapi mereka tidak pula menyerang parti-parti bukan Melayu yang memperjuangkan hak kaum mereka secara keterlaluan.
Ketika ini pembangkang yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Pas begitu yakin bahawa dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mereka akan menguasai Putrajaya dan sudah ada congak dibuat bahawa beberapa negeri lagi akan jatuh ke tangan mereka.
BN terutamanya UMNO tidak boleh merasa selesa bahawa negeri yang mereka pegang sekarang akan berkekalan. Apa yang terjadi kepada Selangor adalah contoh terbaik. Tidak mustahil keadaan ini boleh berlaku di negeri-negeri lain pula seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, jika UMNO terus leka.
Hakikatnya, kita menghormati proses demokrasi yang mana rakyat memilih siapa yang mereka mahukan tetapi persoalannya apakah akan berlaku kepada kuasa politik orang Melayu? Mampukah PKR yang pemimpinnya terlalu kemaruk kuasa mengimbangkan kekuatan DAP? atau mampukah Pas bersuara bagi membolehkan mereka menjadi dominan dalam pakatan pembangkang?
Bagaimana pula dengan UMNO, beranikah parti itu mengambil semula kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu tetapi sebelum ini diserahkan kepada komponen BN yang lain untuk bertanding atas dasar setiakawan? Mampukah UMNO dan Pas menambah kerusi dalam Parlimen bagi memastikan suara orang Melayu dan umat Islam terus kedengaran dan hak mereka tidak diperkotak-katikkan?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah memberikan isyarat mengenai bahaya yang menanti orang Melayu kalau mereka terus berpecah dari segi kuasa politik, begitu juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah berkali-kali mengingatkan bahawa kuasa politik yang dipegang orang Melayu mungkin hilang jika mereka berpecah-belah.
Mengekalkan kuasa politik Melayu bukanlah bermakna kita hendak menganiaya atau mengetepikan hak kaum lain. Selama 53 tahun memerintah Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggak kekuatannya sudah membuktikan bahawa nasib kaum bukan Melayu sentiasa dipelihara dan terbela.
Pengekalan kuasa politik Melayu juga bertujuan untuk memastikan kaum bukan Melayu tidak terjebak dalam permainan politik sempit yang boleh memudaratkan keharmonian di negara ini.
Mahu tidak mahu kita harus menerima hakikat bahawa masa depan kuasa politik Melayu bergantung sepenuhnya kepada UMNO dan Pas. Orang Melayu tidak boleh berharap kepada PKR. Bagi pemimpin-pemimpin PKR mereka akan melakukan apa sahaja asalkan boleh mendapat undi. Cukuplah kedua-dua parti itu bertelagah sejak hampir 60 tahun lalu.
Masanya sudah tiba untuk dua parti besar itu seperti mana kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mencari 'kemuncak persamaan' bagi membolehkan mereka duduk semeja berbincang dalam usaha memastikan kuasa politik Melayu tidak lenyap dalam pilihan raya umum akan datang.
Sekali lagi mungkin akan ada di kalangan pemimpin dan ahli Pas yang akan mendakwa bahawa semua ini agenda untuk menakut-nakutkan orang Melayu atau lebih tepat lagi bagi menyelamatkan kuasa politik UMNO yang dikatakan semakin berkurangan.
Tidak kisah untuk bertelagah berebut kerusi dalam pilihan raya tetapi janganlah sikap 'berlawanan' dalam pilihan raya itu turut diseret ketika kita berhadapan dengan persoalan untuk mempertahankan hak orang Melayu dan umat Islam.
Orang Melayu perlu sedar dan bangkit untuk menyedari bahawa kuasa politik mereka semakin terancam, jika mereka terus bertelagah dalam soal politik. Sama ada UMNO mahupun Pas mereka perlu sedar kalau kuasa politik itu hilang, kedua-duanya akan rugi. Oleh itu mereka harus berusaha sedaya upaya mencari titik persamaan bagi memastikan di dalam pilihan raya umum nanti kuasa politik Melayu tidak hanya menjadi bahan sejarah!

Setelah lapan tahun Fadzil Noor pergi

SELEPAS 8 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal, Jun 2002, Jun 2010 Ustaz Shukri pula meninggal.

Memperingati lapan tahun Presiden PAS kembali menemui Tuhannya, PAS Kawasan Permatang Pauh menganjurkan majlis memperingati perjuangan pemimpin besar ulama negara dasawarsa 90an dan 2000.

Saya diberi penghormatan untuk meriwayatkan beberapa perkara penting dalam sejarah dan kehidupannya sepanjang lebih 60 tahun itu.

Bagi saya beliau dilahirkan bagi menjadi pemimpin Islam yang tabah, berhati-hati, teliti, berpandangan jauh dan berfikiran tajam serta penyabar.

Setelah menamatkan ijazah sarjana mudanya di Universiti Azhar, Ustaz Fadzil telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana. Ketika itu pemimpin Kedah Datuk Abu Bakar Umar, yang berkunjung ke Mesir mencadangkan kepada beliau agar menangguh pengajian dan pulang ke Kedah kerana PAS Kedah memerlukan pemimpin pelapis dan bakat dan ilmunya ada sudah memadai bagi memimpin PAS Kedah.

Kata isterinya Kak Jah Ibrahim, Ustaz Fadzil menyambut pelawaan Datuk Abu Bakar Umar dan pulang. Tetapi keadaan menyebabkan cadangan untuk bersama memimpin PAS Kedah tertangguh. Beliau tidak segera menjadi pemimpin.

Keadaan menjadikannya seorang pensyarah jurusan Islam di Universiti Teknologi Malaysia yang membawanya jauh dari Kedah.

Sebagai pensyarah universiti banyak pantang larang untuk bergiat dalam politik, apa lagilah dalam PAS yang menjadi penentang utama UMNO. Ruang tidak mengizinkannya untuk bergiat cergas dalam PAS, tetapi ruang yang terbuka dalam dakwah ialah dalam Abim. Di sinilah bakat pimpinannya terselah.

Walau pun tidak menjadi pemimpin utama Abim tetapi beliaulah penasihat utama Anwar Ibrahim yang memimpin Abim yang kepimpinannya terserlah ke seluruh alam.

Dari Abim inilah UMNO menonjolkan bakatnya untuk menjadi pemimpin PAS dari hujung tahun 70an hingga awal tahun 2000. Bukan kerana UMNO sayang kepadanya mahu beliau menjadi parti seterunya, tetapi dera yang UMNO kenakan kepadanya menyebabkan beliau menjadi pemimpin PAS dan menjadi penentang utama politik UMNO.

Banyak pantang larang berpolitik bagi pensyarah. Larangan itu menyebabkan para pensyarah Islam yang memimpin berundur dari pimpinan kerana dikehendaki menumpukan tugas di universiti saja. Pantang larang inilah yang menghalang Ustaz Fadzil untuk bergerak cergas.

Tetapi dalam pilihan raya umum 1978, beliau bertanding sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Kuala Kedah dan kalah. Tindakannya itu bertentangan dengan kemahuan UMNO. Dengan pengaruh yang ada pada UMNO, UTM memecatnya.

Jika beliau diberi amaran saja, mungkin beliau akan mematuhi larangan berpolitik seperti lain-lain penyarah yang meninggalkan pimpinan PAS untuk memberi penuh masa mengajar universiti. Bukan senang bagi seseorang untuk meninggalkan gaji besar di universiti semata-mata untuk berpolitik yang tiada janji berjaya.

Tetapi UTM memilih untuk memecatnya. Beliau yang biasa bergaji besar tiba-tiba jadi penganggur. Bagi mengisi masa menganggur inilah Ustaz Fadzil diberi sebuah bilik di Pejabat Agung PAS dan menggunakan sepenuh masanya untuk menjelajah seluruh negara berceramah di pentas PAS.

Keperluan hidup Ustaz Fadzil ditanggung oleh kawasan-kawasan PAS yang mengundangnya berceramah dan bantuan rakan-rakannya.

Ketika yang sama beliau memfailkan saman kepada UTM atas pemecatannya. Beberapa tahun kemudian beliau memenangi perbicaraannya dan disambung semula perkhidmatannya. Mahkamah memerintahkan dibayar gajinya selama tempoh penganggurannya.

Ustaz Fadzil yang sudah sekian lama merasa bebas, terasa terikat apabila terpaksa ke kampus semula. Tidak dapat berceramah lagi.

Oleh kerana beliau sudah tahu bagaimana hendak hidup tanpa gaji semasa penganggurannya dulu, maka beliau tidak takut untuk tidak bekerja semula. Beliau berhenti dari universiti untuk bergerak sepenuh masa dalam politik.

Keadaan inilah membuka jalan baginya untuk menjadi pemimpin. Bermula dengan menjadi jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik, beliau menjadi Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya menjadi Presiden dan anggota Majlis Syura Ulama.

Jika beliau tidak dipecat, saya tidak dapat membayangkan beliau akan meninggalkan tugasnya di universiti. Seperti lain-lain pensyarah masa mereka untuk terjun aktif dalam PAS ialah setelah bersara. Orang bersara adalah orang tua yang tenaga pun sudah tidak kuat. Sudah tidak banyak masa dan tenaga yang dapat diberikan kepada PAS.

Kerana Ustaz Fadzil dipecat dalam usia 40an, masih belia yang bertenaga, maka pengalaman itu mengajarnya untuk berdikari, maka beliau memanjat tangga pimpinan PAS dan terbukti beliau muncul sebagai seorang pimpinan gerakan Islam yang disegani olah kawan dan lawan.

Di zaman pimpinannya beliau membuka semula peranan Muslimat untuk menjadi calon. Dan peranan luas yang diisi oleh Muslimat sekarang dimulai di zamannya.

Beliau mengambil masa untuk mengadakan hubungan dengan masyarakat bukan Islam. Tetapi persetujuannya untuk membentuk CCC, kumpulan komuniti Cina untuk bekerjasama dengan PAS dalam tahun 1986, membuka kerjasama PAS dengan masyarakat bukan Islam dan muafakat dengan DAP dan lain-lain badan bukan Islam secara terbuka.

Ia adalah antara peninggalan pimpinannya.