SHAH ALAM:
Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno
dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan
Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin
apabila beliau disoal balas hampir 2 jam.
Hamidah disaman oleh
Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog
beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk " Umat Islam Perlu
Bersatu".
Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar
ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi
dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam
golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir
untuk menjahanamkan iman umat Islam.
Dalam perbicaraan yang
berlangsung selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April
di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad
memberikan keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan.
Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad.
Alasan beliau Khalid Samad telah gagal menunjukkan posting asal
artikel yang diterbit pada 2 haribulan Januari 2010 jam 12.09 pm
tersebut.
Namun Khalid Samad telah memanggil saksi yang juga
pakar IT yang menunjukkan meskipun posting asal di dalam blog Hamidah
telah dipadam namun ia masih boleh diakses melalui www.archieve.org.com.
yang menunjukkan posting asal artikel tersebut masih wujud dan jelas
mempunyai gambar Khalid berpakaian seperti seorang paderi.
Di
dalam soal balas hampir 2 jam oleh Hanipa, Hamidah disoal bertalu- talu
sehingga Khalid Samad keluar beberapa kali kerana berasa kesihan melihat
Hamidah di'grill' oleh Hanipa.

Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah seperti berikut : -
S
: Datuk, anda menafikan di dalam keterangan anda bahawa artikel di
dalam blog anda mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian paderi?
J : Ya.
S
: Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah di dalam pernyataan pembelaan
datuk, datuk sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam artikel
tersebut? Kalau gambar tidak wujud mengapa datuk tidak nafikan di dalam
pembelaan datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid?
J : Saya menafikan gambar itu di super imposed oleh saya.
S
: Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan dalam saman beliau bahawa
datuk telah super imposed gambar tersebut, apa yang dia kata di dalam
blog datuk wujud gambar super imposed itu bersama-sama artikel itu, jadi
mengapa datuk nak nafikan apa yang Khalid tidak kata dalam samannya?
Ertinya mengapa datuk perlu nafikan gambar itu disuper imposed oleh
datuk apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda itu? Apa yang dituduh
datuk tak nafi, apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, boleh jelaskan?
A : errr...
S
: Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan datuk, datuk bergantung
kepada pembelaan justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini?
J : Itu saya serah pada peguam saya.
S
: Datuk saya katakan bahawa apabila anda bergantung kepada pembelaan
justifikasi, hakikatnya datuk menyatakan apa yang datuk terbitkan di
dalam blog datuk adalah benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid
berpakaian paderi maknanya datuk boleh buktikan memang benar beliau
berpakaian paderi, begitu juga jika datuk kata Khalid melacur agama
datuk boleh buktikan memang benar dia melacur agama, soalan saya adakah
datuk mempunyai bukti-bukti tersebut?
J : Tiada.
J :
Dengan bergantung kepada pembelaan justifikasi, saya katakan datuk tidak
boleh kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog datuk itu.. kerana
adalah pelik dari satu segi datuk kata datuk tidak terbit artikel itu,
tapi dari segi yang lain pula datuk kata apa yang datuk terbitkan itu
adalah benar..mana satu ni datuk?
J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya.
Hanipa
juga di dalam soal balas beliau merujuk kepada apa yang ditulis di
dalam blog Hamidah bahawa beliau mengingatkan para pembaca yang ingin
membuat komen di blog beliau perlu berhemah, mempamerkan akhlak dan
tidak menggunakan guna bahasa yang kasar. Hanipa bertanya
S :
Sebenarnya peringatan datuk ini kena pada dato sendiri kerana hakikatnya
datuk yang guna kata-kata tidak berhemah apabila datuk guna kata-kata
seperti Plaintif melacur agama dan menolong menaikkan semangat pihak
kafir menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk?
J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya beri komen yang berhemah..
Perbicaraan akan disambung semula pada 12 April ini.
Khalid
Samad diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin
manakala Datuk Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun.
Harakahdaily