Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 28 Januari 2011

PRK TENANG: BN terdesak guna suami serang Cikgu Mala!!

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/january/28/pas-campaign-banner.jpg


LABIS, 28 Jan — PAS menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang suami calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman - dengan menjadikan soal cuti sakit bahan kempen DUN Tenang — sebagai satu “serangan terdesak” untuk meraih sokongan pengundi selepas gagal dalam isu bersalam.

Dalam laporan beberapa akhbar arus perdana hari ini, Makrof Abdul Mutalib suami kepada Normala dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Makrof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat di sini.

Ia diikuti cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari lalu, dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Menurut Bendahari PAS pusat Dr Mohd Hatta Ramli, serangan terhadap Makrof itu dilihat BN sudah tidak mempunyai “modal” dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.

“Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar (hari ini) menunjukan salinan MC (surat sijil sakit).

“Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah (tempat Makrof mengajar) boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

“MC adalah personal antara majikan dan pekerja, dalam MC itu tidak sebut apa penyakit... tidak berikan kata penyakit apa. Apa yang ada masalah kemurungan, bukan satu penyakit yang teruk,” kata beliau.

6 ulasan:

joecharlie berkata...

Noramla-sedih-sungguh sedih-apabila mengetahui bahawa skandalnya terbongkar.

Sebelum ini dengan angkuh Normala menafikan bahawa dakwaan kononnya dia pernah kahwin dua kali adalah fitnah dan tidak berasas.

Namun apabila terbongkar-bahawa 13 tahun lalu- Normala pernah berkahwin dengan seorang yang bernama Abdul Rahman Nordin yang berkerja di Merry Brown Johor Bahru- kini Normala hanya membisu seribu bahasa.

Malang sungguh nasib Cikgu ini-begini lah kalau nafsu menguasai diri.

Gelagat Normala yang ditunjukkan di depan umum-hanya sandiwara.

Jika dalam kehidupan sendiripun bersandiwara-apatah lagi jika ada kaitan dengan rakyat.

Kita mahu memilih pemimpin kita yang telus, jujur dan ikhlas-bukannya seperti Normala.

Kepada penduduk Tenang- anda akan lebih terbela jika memilih Azhar Ibrahim yang kosong masalah pribadi.
Anda mungkin juga meminati:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Barulah anda tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Faktanya ialah dalam banyak PRK dan PRU, PAS dan sekutunya suka menyerang peribadi calon BN sampai ke lubang cacing hanya semata2 untuk mendapatkan undi.

Apabila terkena muka sendiri pada masa itu tahulah langit tinggi dan rendah.

Faktanya lagi bukan BN yang mendedahkannya tapi ia didedahkan oleh blogger.

Dasar BN ketika PRK dan PRU ialah tidak akan melakukan serangan peribadi yang tiada kaitan dengan pilihanraya dan isu2 tertentu yang bukan peribadi.

Faktanya juga ialah sekiranya tindakan diambil terhadap suami calon PAS ianya diambil atas dasar kesalahan yang dilakukan sebagai penjawat awam bukannya disebabkan dia ahli PAS.

Satu lagi faktanya ialah segala urusan kerjanya sudah tentu dia akan berhadapan dengan majikannya iaitu kerajaan yang diterajui BN.

Majikannya tidak akan sekali-kali menzalimi beliau sekiranya tindakan diambil ke atasnya melainkan setakat mana seriusnya kesalahan yang dilakukan.

Fakta seterusnya ialah bagaimana Mala boleh berkhidmat untuk rakyat dengan baik sedangkan perkara seperti ini boleh berlaku yang menjejaskan integriti seorang calon.

Lagi faktanya ialah ini adalah zaman ICT dan teknologi maklumat. Dengan teknologi ini segala maklumat cepat tersebar dalam masa begitu pantas.

Akhirnya Mala menerima ledakan maklumat yang sukar ditangkis.

Faktanya lagi ialah adakah ini tidak benar? Segala bukti sudah diutarakan dalam alam maya ini.

Akhirnya, betapa ruginya Mala meletakkan jawatan walaupun dia telah menggiggit tangan orang yang menjadi majikannya iaitu kerajaan BN yang banyak membantunya menjadi dirinya pada hari ini.

Sekian.

Hamdan Rukun berkata...

TAK ADIL KORANG KUTUK MAAROF. DIA MENGALAMI KEMURUNGAN. DR HATTA KATA ANTARA KAEDAH RAWATANNYA IALAH SENTIASA BERSAMA MALA.

SEPATUTNYA KEMENTERIAN MEMBERIKAN CUTI SEBULAN KEPADA MAAROF SEBAB SELEPAS INI MALA PULAK AKAN MENGALAMI KEMURUNGAN KERANA KALAH.

KAEDAH RAWATANNYA IALAH SENTIASA BERSAMA SUAMI.

KORANG BERTIMBANGRASALAH SIKIT. ANAK MURID YANG MAAROF TINGALKAN PUN BUDAK BUDAK MELAYU JER..

Tanpa Nama berkata...

AKU SETUJU ALAIHAL SILUNCAI...JANGAN MARAH2, DIA TU GILA..........

Tanpa Nama berkata...

Time Pas dok hantam peribadi Umno takpa, bila kena hantam rasa panas pula..fatwa Ajis ke ni...Tolong ckp pada Mala tu, dah tau background macam taik, tak payahla dok cakap lawa...perbetul diri dulu baru pimpin masyarakat....dah tu ada laki penipu besar, ckp sakit boleh dok round rata siap senyum lagi....tak malu pd anak murid ka

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Alahai Si Luncai pun sama pura2 tak tahu penangan PAS terhadap orang lain yang tak sealiran dengannya.

PAS terlalu banyak buat onar dalam politik Malaysia ini.

Dari dahulu sampai sekarang PAS tidak berhenti-henti menipu Paeh.

Sudah lebih 50 tahun PAS masih macam itu juga.

Biarlah ahli PAS sahaja yang ditipu oleh pemimpin mereka sendiri.

Sekian.