BERTEMPAT  di Kg Sinalaung, Tomani, Ketua Cabang PKR Halik Zaman telah menerima  penyertaan beramai-ramai ahli UMNO Bahagian Tenom. Sambutan yang begitu  menggalakkan dapat menggambarkan bahawa hatta rakyat pedalaman pun  menolak sama sekali UMNO/BN sebagai wadah politik mereka.
Ternyata  segala fitnah, cemuhan dan tohmahan kepada kepimpinan PKR dan Pakatan  Rakyat tidak ‘mengena’ di hati rakyat pedalaman kerana rakyat kini lebih  bijak menilai baik dan buruk, betul atau fitnah.
Berucap di  perjumpaan khas di kubu UMNO Kampung Sinalaung, Halik mengucapkan syabas  dan penghargaan kepada penduduk kampung yang hadir beramai-ramai untuk  menyertai PKR.
Menurut Ketua Cabang itu lagi, "Ini adalah  merupakan suatu perkembangan positif di atas kesedaran rakyat yang  selama ini tidak pernah menerima penerangan yang sejelas jelasnya  tentang halatuju parti PKR."
"Selama 48 tahun Sabah sudah  merdeka, namun rakyat di pedalaman Sabah masih dibelenggu kepompong  ganas kemiskinan. Kian hari kos hidup rakyat melambung tinggi dan  pendapatan rakyat ala kadar. Cukup untuk hidup pagi dan petang terpaksa  menanggung cara hidup miskin, papakedana sedangkan negeri kita dikenali  sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan hasil minyak," jelas Halik.
Menurut  beliau lagi, segala hasil bumi di pedalaman kini sedang dinikmati  sepenuhnya oleh perakus-perakus yang mendabik dada menggelar diri mereka  sebagai pemimpin rakyat.
Padahal kata Halik, kerja mereka saban  hari hanya merompak dengan penuh riak dan berdansa di atas dada rakyat  yang luka parah di landa kemiskinan hidup. Sikap ketidak-pedulian  pemimpin BN terhadap rakyat pedalaman benar-benar mendukacitakan rakyat.
 
1 ulasan:
CATATAN TAMBAHAN : 2OO,OOO AHLI UMNO KELUAR DAN MENDAFTAR JADI AHLI PAS
Catat Ulasan