Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 7 Mac 2011

PAS amal ISLAM sebenar - Dr Chua Jui Meng

KEPALA BATAS,Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mengakui PAS mengamalkan Islam tulen berbanding Umno yang banyak mengelirukan agama itu menyebabkan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tidak berminat mendekati Islam.

PAS, kata beliau banyak mengajar dirinya lebih dekat dengan Islam dan merasai ada kelainan bila mana mengadakan perbincangan atau pertemuan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dapat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR ketika berucap dalam Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi.

Turut berucap ialah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Mohamad Sabu.

Beliau turut memuji langkah PAS memperjelaskan isu penggunaan kalimah Allah sehingga ada yang pergi ke gereja untuk tujuan berkenaan tetapi sebelum ini tidak pernah terjadi demikian.

Natijahnya kata beliau, PAS bukan sahaja dapat merapatkan jurang dengan masyarakat bukan Islam apabila tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS tetapi juga individu bukan Islam tidak bimbang lagi dengan dasar Islam yang didokongi PAS.

"Dulu memang orang bukan Islam takut PAS kerana bimbangkan terlalu ekstrem, rupa-rupanya tidak, Umno pula dianggap parti asabiah kerana terlalu mengagung-agungkan kemelayuannya," kata beliau pada malam terakhir pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri yang berlangsung selama 10 hari itu.

Justeru itu, katanya kebanyakan kepimpinan Umno lebih suka melakukan rasuah, pecah amanah dan tidak mempedulikan penyelewengan untuk melonjakkan nama sendiri bagi memastikan kedudukan terjamin sedangkan PAS terbukti berjaya mempamerkan kejayaan hasil kerjasama dengan bukan Islam dalam PKR dan DAP.

Lagipun, ujarnya Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri berjaya membawa contoh sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan dapat meningkatkan kemajuan.

Ianya, kata beliau tidak seperti mana yang diwar-warkan oleh Umno dan BN kononnya jika memerintah mengikut cara Islam, negeri boleh bankrap dan pembangunan ketinggalan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha lawak... PAS bangga dengan komen orang kafir yang tak tau apa tentang Islam.... Deyyy...!! mintak la komen dari orang Islam yang mahir tentang Islam.

Tanpa Nama berkata...

pas nk tnjukn org bkn islam pun phm pe pas perjuangkn..klw tanya org umno, pemimpim sendri punya bini pun xpakai tudung..xgune tanya org umno, mengaku melayu islam tp tktkn bkn islam dgn hukum hudud..

AbdulHakim berkata...

Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Saya mohon saudara2 sekalian, termasuk PENULIS rujuk Al-Quran, Al-Mumtahanah, ayt 1, yg bermaksud :
" Wahai ORANG-ORANG YANG BERIMAN! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi TEMAN RAPAT, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (BERITA-BERITA RAHSIA orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang MEREKA TELAH KUFUR DAN INGKAR terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (JANGANLAH KAMU BERBUAT DEMIKIAN) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul." QS 60:1

Saudaraku, jikalau anda benar2 beriman dgn ayt ini, lupakanlah apa yg mereka katakan, dan dengarlah apa yg Allah firmankan.

Sememangnya agenda KAFIR itu memporak-perandakan kita, caranya?? menyokong salah satu dari kita. lalu mengapi-apikan kedua dari kita sehingga berpecah dan bermusuhan.

Sebaik mana pun KAFIR itu, mereka tetap KAFIR! malah Allah melarang kita mendoakan kesejahteraan mereka!! Hal ini dijelaskan lagi dalam ayt berikutnya dlam surah yg sama,
"...tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu"..." QS 60:4
Ini adalah perbuatan NABI; bukan manusia biasa! Allah menegur perbuatan ini dlm Al-Quran.. Kita hanya mampu mendoakan Allah beri hidayah, bukan kesejahteraan..

Oleh itu saya mohon sekali lagi.. tidak perlu mengapi-apikan sesama kita kerana ini adalah amalan SYIAH, dan SYIAH itu adalah tergolong dari mereka yang kufur..

BERSATU KERANA ISLAM.. Lupakan MCA, DAP, MIC dan lain2.. kerana nabi sendiri mentadbir Madinah tanpa urusan campur oleh Yahudi dan Nasrani. Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

umno ni degil tak nak ikut pas.pas memperjuangkan islam sbb tu la berpecah. kita ikutlah cara nabi mentadbir madinah sbb tu ada piagam madinah tapi umno ambil separuh separuh.ikutlah cara nabi memerintah sepenuhnya di madinah. buatlah mcm nabi buat!!org pas mesti sokong...jadi kita org islam kat malaysia ni tak payah minta tolong org kafir. Wallahua'lam..

demi agama berkata...

Bismillah..

UMNO degil, setuju!
PAS perjuangkan Islam, SETUJU!!

tapi masalahnya,
SOMETIMES Pas ni tlalu aggresif.. Orang ramai x tlalu suka..

Umno ni selalu blembut dgn org ramai.. sbb tu rmai pengundi..

Malah PAS atau UMNO sama shj dua2; berkempan dgn kutuk2 satu sma lain.. Siap bwak 'KAWAN' bukan muslim lagi.. Ini msalahnya..

Islam x mengajar kita mencela org, apatah lagi mengaibkan org lain (khususnya SAUDARA SEAGAMA sendiri) di khalayak ramai.. di tambah nilai pula dengan kehadiran KAFIR2 sekalian..

Apa kata kita mengubah cara pendekatan, dengan lemah lembut. Sebagaimana Nabi SAW yg blembut sehinggakan puak yahudi di madinah sendiri mengakui kepimpinan Baginda.

Xkan ada isu politik wang dan sebaginya.. x perlu nak kutuk2 saudara kita sendiri.. x perlu juga nak bersekongkol dgn lim chong way dan muttusamy (nme rekaan semata-mata).

kalau perlu perjanjian pelik2 ngan UMNO pon xpe lah.. Janji kita yang Islam (dan Melayu khususnya) memerintah.. sebagaimana perjanjian hudaibiyah yg smemangnya berat sebelah. namun membuka jalan Umat Islam membuka semula kota Mekah..

Wallahua'lam.. Berhujah atas kalimah LAA ILAAHA ILALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.. wassalam

Tanpa Nama berkata...

umno terang2 tolak hudud. ini hududdullah sesuai untuk semua manusia diatas muka bumi ini apatah lagi untuk umat islam dan negara yg di katakan negara islam. memang betul
mencela org adalah dilarang oleh islam setuju! dua2 puak pun sama je tapi klau kita menolak hukum hudud macammana agaknya..

AbdulHakim berkata...

Bismillah.. assalamualaikum saudara2ku..

klau benar saudara2 menuntut hudud, apakah tuntutan lain dalam alquran sudah saudara2 sekalian melaksanakan?? apakah dengan bekerjasama dengan kaffir itu menjanjikan hudud??? sedangkan jelas2 juga KARPAL SINGH MENOLAK HUDUD. bolah saudara2 sekalian terangkan??

apakah hanya hudud yang disebut dalam alquran?? bgaimana dengan amal2 saudara? benar2 mengikut tuntutan syara'kah?? memanglah perbuatan mereka itu tercela, tetapi mereka tetap saudara kita sendiri. Pernahkah saudara pergi menerangkan kepentingan hudud kpd mereka?? pernahkah saudara bentangkan kertas kerja yg selengkapnya?? adalah TANGGUNGJAWAB KITA bagi mentarbiyah mereka yg kurg ilmu ini. BUKAN HANYA MENCELA DAN MEMECAHBELAHKAN.

hudud juga bukan boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya. setiap isu ada huraiannya, spt jikalau seseorang itu mencuri kerana terpaksa utk merawat ibunya. saudara boleh jelaskan?? belum lagi tuntutan 4 saksi YANG BOLEH DIPERCAYAI. malah banyak lagi pecahan yg perlu dihuraikan dalam isu spt ini. LAINLAH SAUDARA PUNYA KERTAS KERJA YG SELENGKAPNYA UTK DIBERI. inilah masalahnya org kita, hanya bercakap di mulut, tapi usaha walau sehelai muka surat pun tidak pernah diberi kepada org yg sepatutnya.

saya bercakap atas dasar perlaksanaan perkara undang2 ini perlukan prosedur selengkapnya. bukan atas saya menyokong mana2 parti. Pentingkan amal kita dahulu sebelum isu yg lebih besar.

Apapun saya berbalik pada isu utama iaitu mengenai berkerjasama dengan kafir. dalam sesuatu isu kita dibenarkan, selagi tidak membawa kepada kemudharatan umat. namun sekiranya dijalankan kerjasama semata-mata ingin menjatuhkan sesama sendiri, apakah itu jelas tindakan yg kurang bijak?? inilah melayu, apabila ditegur, makan hati, melenting. saya berhujah atas agama. bukan isu perkauman. namun begitu saya akui kelemahan ilmu saya kerna hanya berhujah atas logik akal dan ilmu saya yang sikit.

wallahualam. wasalam.