Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 3 Mac 2011

Dulu MB Mahkamah, sekarang nak jadi MB Pos!!!



IPOH – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor sudah terjamin buat penyandangnya yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana besar kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, beliau mendapat kemenangan percuma berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) baru-baru ini, kata Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Beliau berkata, kemenangan percuma itu disebabkan kemasukan beramai-ramai pengundi pos sebanyak 5,669 orang.

Menurutnya, Zambry akan memenangi kerusi DUN tersebut secara bergaya dengan penambahan undi yang akan meningkat kelak.

“Ia mungkin berlaku berdasarkan kemasukan pengundi pos yang terlalu tinggi di sana. Sudah tentu kerusi DUN Pangkor adalah kerusi paling selamat di Negeri Perak.

“Keadaan ini jelas menunjukkan Zambry bergantung kepada pengundi pos untuk menang di dalam PRU sepanjang beliau bertanding di sana.

Meskipun mempersoalkan peningkatan mendadak dalam undi pos di DUN Pangkor, Dewan Pemuda Pas Negeri yakin ada usaha tertentu untuk memastikan Zambry mengekalkan kemenangannya di Pangkor kerana kawasan tersebut sudah tidak selamat bagi beliau.

“Kita sama-sama tunggu politik mainan UMNO-Barisan Nasional (BN), dan lihat siapakah yang akan menggantikan kerusi DUN Pangkor akan datang,” katanya.

1 ulasan:

dajal berkata...

orang kuat navy dulu..kini bekas..amat dikenali ramai di pangkalan tldm juga sekitar setiawan dan manjung...

peningkatan mendadak undi pos saja yang jadi musykil sedikit...

mungkin mainan politik..sebab semua tahu undi pos boleh bertukar tukar..walau pun pangkah a contohnya boleh jadi b jika kertas yang sama(bentuk warna dsb) tapi mestilah berlainan dengan yang asal di pangkah oleh pengundi tu...

satu bonus amat besar untuk calon bee end yang ada kem tentera,polis dan uniform lain di kawasannya...

hakikatnya undi pos adalah hak mutlak calon bee end...itu ada dalam perlembagaan rimba..atau undang undang hutan...

itu sebenarnya yang menjadi satu fakta untuk calun tak perlu ambil berat dan juga berjanji kosong masa berkempen...sebab tentu menang..bini atau suami dah boleh terbayang jadi isteri atau suami yang berhormat..

tapi ingat le..itu dunia je...rakyat tak boleh buat apa apa pun...jangan mimpi nak lawan perkara itu...

hanya Allah sahaja yang dapat memperbaharui semua itu..