Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.
"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.
Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.
Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.
Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.
Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.
Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.
Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.
Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.
1 ulasan:
Dengan keputusan menolak cara perolihan DNA tidak sah maka lebih besar kepala di bontot nanti. Dia akan jaja dalam ceramah konon polis jahat dan tidak tahu menjalankan tugas. Kerja yang dibuat polis bermotifkan politik kerana ikut tuan besar.
Alangkah malangnya nasib mangsa liwat dan rogol di seluruh negara ini nanti. Maka ramai peliwat dan perogol akan buat appeal dan kemungkinan bebas atas alasan teknikal amat tinggi sekali. Ramai lagi akan kena rogol dan liwat di negara ini.
Kemanakah hala tuju sebenar YA Tuan Hakim dalam kes ini atau mempunyai agenda lain di sebalik mencari kebenaran. Kita lihat pula bagaimana kebijaksanaan DPP dan Peguam mengendalikan kes ini setelah DNA awal di tolak mentah mentah oleh Hakim atas alasan cara memperolihi adalah immoral. Kalau nak cerita tentang moral di peliwat lagi tak ada moral. Tuhan dah jadikan lelaki dan perempuan maka gunakan lah yang depan dan tak payah ikut penganut nabi lut a.s.
Jika sekiranya si peliwat enggan memberikan sample DNA, patut hakim mengarahkan peliwat itu memberikan kerjasama kepada mahkamah untuk memberikan sample supaya dapat di sahkan kebenaran siapa lelaki Y itu.
Catat Ulasan