Banyak tu je barang yang diberi?
Udahlah murah.. guna pun paling lama 2 minggu! Idak pun sebulan lah..
habis je stok free ni macam mana?
rakyat nak makan apa?
C'mon la UMNO!
Jangan perkecilkan nilai hidup rakyat..
Ini semua boleh dicari sendiri oleh rakyat dengan mudah dengan syarat..
permudahkan kehidupan rakyat.. bukan mempermudah-mudahkan tanggungjawab membela rakyat!
Apa sangat la nilai kotak 'goodies' sebegini dibanding kesan kenaikan harga minyak yang menjadi punca tsunami harga makanan asas!
Hmmm.. tapi yang heran..
sebab benda-benda macam nilah UMNO mampu kekalkan kuasa di kawasan-kawasan melayu kampung dan felda!
Adehhhh!!!
Teman teringat di PRK Hulu Selangor..
bersepah benda macam ni bagi dek UMNO pada kawasan majoriti cina..
berebut-rebut orang cina ambil benda-benda nih!
Tapi mari hari mengundi.. PR menang besar kat peti undi tuh!!
adehhh!!
sunsnake 01032011
100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau
BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan. Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.
budak balun
3 ulasan:
UNTUNG JUGA UMNO BAGI,,PAS BAGI APA ??????
PAS JANJI BAGI SYURGA !!!!!!!
SETAKAT AIR LIUR JA CIIIITTT
x nak syurga ke? anda muslim atau tidak?syurga Allah tiada bandingan dgn sbrang benda...cakap jgn sebarang cakap..syurga bukan bandingan dgn benda di dunia...jika Islam saya cadangkan anda mengucap semula...
rupa rupanya ada juga yang tak mahu syurga di kalangan umat islam...orang non muslim pun inginkan syurga tapi umat islam pulak tak mau...bagus betul...
untuk pengetahuan semua di tempat kami orang umno ni bukan setakat menipu pemimpin mereka apalagi masyarakat...
baru baru ni ada pihak sprm bertemu dengan satu ustaz bertanyakan tentang beberapa perkara ..mengenai majlis yang kononnya diadakan di sebuah surau ...ada berbagai majlis diadakan...melibatkan .penceramah dibayar beribu ringgit..urusan makanan oleh pihak catering..urusan sewa khemah dan berbagai bagai lagi..yang sebenarnya tiada..tak di buat pun..cuma ambil gambar copy..paste..ujudkan satu program..claim dari kerajaan...sampai begitu sekali...
bukan setakat menuntut yang tak sepatutnya..malah menganjurkan pula orang untuk turut menipu bagi pihak dirinya...
itu pun masih lagi orang yang menyokong tak nampak...nak salahkan orang lain...kata makan duit persatuan le...entah berapa juta..lepas tu kesian nak report polis le..(sebab dia makan kut..)ada penyokong sampai hilang kereta besar..van..lori..masih lagi nak menempel...kelakar nya..macam cerita tak diketahui orang...
Catat Ulasan