Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 30 Jun 2010

Kenapa Rakyat perlu turun 'Kempen Tal Nak Judi'

KENYATAAN MEDIA GERAKAN RAKYAT MEMBANTAH JUDI
KENAPA RAKYAT PERLU TURUN ‘KEMPEN TAK NAK JUDI’ 03hb JULAI 2010 ?
01 Julai 2010 / 18 Rejab 1431



Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 melalui Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) maka rakyat perlu pergi ketahap kedua ‘Kempen Tak Nak Judi’ yang akan dilancarkan pada 03hb Julai 2010, pukul 2 petang di Masjid Negara. Nama ‘Kempen Tak Nak Judi’ adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG). Dato’ Dr. Toh Kin Woon, Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat Cina. Sdr. Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara. Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain. Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.


Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai, Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi. Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui ‘Kempen Tak Nak Judi’. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya. GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.


Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya. Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat. Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia. Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi. Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua. Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam menyokong judi dalam negara.



Suhaizan bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)

2 ulasan:

joecharlie berkata...

Nik Abdul Aziz berkata, lesen penjualan arak itu diluluskan kepada mereka yang bukan beragama Islam tetapi Kerajaan Negeri tidak meluluskan lesen perjudian.

Beliau bagaimanapun: tidak pasti berapa jumlah lesen yang sudah dikeluarkan.

“Memang lesen arak dikeluarkan, tetapi kami tidak mengeluarkan lesen judi, penjualan arak dibenarkan kepada bukan Islam jadi kita nak sekat macam mana. Dia nak minum. Minumlah. Kalau mabuk dia punya fasal. Tetapi kita tak sekat arak kepada orang Islam.

“Mengenai 40 lesen itu saya tidak pasti, tetapi kita memang beri lesen untuk menjual arak. Saya beri kebenaran kepada bukan Islam nak minum, minumlah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan majlis mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ketika perbahasan di Dewan Rakyat mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) baru-baru ini mendakwa kerajaan negeri Kelantan meluluskan 40 lesen penjualan minuman keras di negeri ini.

“Kerajaan hanya mengurus atur lesen premis penjualan minuman arak kepada bukan Islam, tetapi tetap tidak membenarkan orang Islam minum minuman keras itu.

"Kita juga tetap tidak mengeluarkan lesen untuk premis perjudian, kerana judi diharamkan oleh semua agama,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti pembangkang mahu Kerajaan Negeri membuktikan tidak mengeluarkan lesen judi dan arak di negeri itu.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Di Kelantan, lesen arak diluluskan tapi lesen judi tidak diluluskan.

Oleh itu, minta Suhaizan Kaiat menjadi Setiausaha Gerakan Membantah Arak (GMA) di Kelantan.

Agaknya, judi lain arak bagi puak PAS.

Apa bezanya lesen arak dan judi yang diluluskan di negeri berajakan pembangkan dengan kerajaan pusat?

Tolong jawab Paeh dengan Suhaizan Kaiat?

Minum arak di Kelantan selamat.

Sekian.