Gerakan Islam kehilangan seorang ulamak tersohor selaku pemimpin dan tokoh pengasas Gerakan Islam iaitu , “ Aceh Sumatra Liberation Front “ yang juga dikenali sebagai GAM atau Gerakan Aceh Merdeka.
Perjuangan Gerakan Islam ( GAM) di iktiraf oleh PBB sebagai setaraf dengan PLO dan diberikan kerusi khas sebagaimana Crotia dan Bosnia Hezegovena.
Aceh adalah satu –satunya wilayah yang merdeka dan tiada pernah dijajah Belanda.
Justeru itu, GAM diiktiraf dunia sekaligus PBB kerna statusnya sebagai wilayah ( Negara) yang merdeka daripada mana-mana kuasa kolonial samada daripada luar maupun menerima kolonial lokal.Allahyarham telah suskses membentuk Kerajaan Buangan ( ‘Exile Government” } di Sweden yang diiktiraf oleh dunia dan PBB.
Akhirnya, perjuangan GAM telah mencapai kejayaan apabila Aceh diberikan kuasa autonomi untuk memerintah sendiri ; yang mana proses transisinya sedang berjalan dengan baik dan lancar. Apalagi setelah Jakarta tiada lagi dikuasai oleh pemerintahan autokrasi regim Sukarno dan Suharto .Mempermudahkan lagi agenda perjuangan GAM. Jakarta sekarang dapat dilihat berlaku perubahan yang mengejutkan dunia . Iaitu , ke arah perdemokrasian dan keadilan sejagat. Bahkan, demokrasi di Indonesia boleh dilihat sepuluh kali ganda lebih baik daripada Malaysia dan kadeah ‘Separation of Power” bisa dilihat sebagai cukup bagus sekali dan paling dekat dengan demokrasi berbanding dengan ISA dan ‘legal System” di negara kita yang amat memalukan dunia. GAM membuktikan bahawa perjuangan Islam yang ikhlas dan benar bisa sukses , akhirnya , Alhamdulillah. Suatu iktibar dan inspirasi buat Pakatan Rakyat !
Demonstrasi aman besar-besaran berjalan secara aman dengan bantuan pihak kopolisian yang melaksanakan kebertanggungjawapan dengan bagus sekali dan menakjubkan dunia demokrasi ; Reformasi kedemokrasian yang berlaku di Indonesia. Bahkan bapak Presiden dan Timbalan Presiden pun, bisa dibawa ke muka pengadilan .Bukti, Doktrin Pemisahan Kuasa berjalan dengan lumayan . Malaysia?
Di Malaysia, skandal Pewaja Steel , satu Billion kerugian Bakun, lesapnya RM 52 Billion wang saham Bumputra, kerugian Forex perjudian Rosmahnajib sebanyak RM 32 Billion , PKRZ dan perbagai skandal lagi hanya menjadi lakunan Hindustani SPRM sahaja. Yang melucukan, subsidi dikira bisa bawa Negara bankrap bukannya skandal.-skandal yang berterusan berlaku dahulu sekarang dan selamanya oleh UBN.
Almarhum Dr. Tengku Muhammad Hassan Di Tiro telah kembali ke rahmatullah pada hari in bersamaan dengan tanggal 3 Jun, 2010. Allahyarham adalah Wali Negara yang pertama dalam Kerajaan Transisi kuasa autonomi sekaligus merupakan Penasihat kepada ‘Speaker’ Dewan dan selaku Penasihat dan Pemutus Dasar kepada perjalanan kerajaan dan Gabonor Aceh..
Takziah kepada seluruh warga Aceh-Sumatra. Marilah kita selaku anggota dan pendokong Gerakan Islam menunaikan ‘Solat Ghaib” dan hadiahkan Al –Fatihah untuk Almarhum Dr. Tengku Hassan Di Tiro dan semuga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah subhanahu wata’ala.; dimasukkan didalam golongan orang yang mukmin dan beramal soleh . Al-Fatihah. Wassalaam.
Salaam perjuangan .” Allah Hu Akbar! “
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan