Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 7 Jun 2010

Wadah perjuangan si Bebas

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/wp-content/uploads/2010/06/Zulzahrin.jpg

Oleh Qayum Rahman

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) menubuhkan Konsensus Bebas sebagai wadah rasmi kesepakatan sesama mereka bermula hari ini.

Jurucakapnya, Datuk Zahrain berkata, penubuhan Konsensus Bebas adalah untuk membentuk satu blok bebas di parlimen secara efektif, bebas dan ‘nonpartisan’.

Menurutnya, wakil bebas berpendirian sendiri memberi pandangan dan pertanyaan secara terbuka di Parlimen dengan membawa isu-isu rakyat dan negara secara kolektif tanpa dibelenggu oleh kongkongan batasan politik kepartian.

"Tujuan kami sebagai wakil bebas menubuhkan Konsensus Bebas adalah untuk menyatakan pendirian tidak memihak kepada mana-mana parti termasuklah umno mahupun pembangkang," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambah beliau, lanskap politik telah banyak berubah dari parti-parti politik di negara ini yang hanya mementingkan agenda parti tersendiri manakala pemimpin-pemimpin parti sedia ada cenderung merebut kuasa.

"Rakyat terus menjadi mangsa kepada perebutan kuasa dan pangkat serta parti politik, menjadikan wakil bebas tidak mahu terlibat dengan kelemahan politik sekarang.

"Bebas akan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat untuk memajukan negara tanpa terjebak dengan politik kotor yang kian memudaratkan," katanya.

Zahrain berkata, Konsensus Bebas berperanan memberi kepentingan kepada rakyat dan negara, bukannya menjadi alat kepentingan politik pihak tertentu.

Beliau berkata, sepatutnya Ahli Parlimen sedia ada di Dewan Rakyat tidak perlu cenderung kepada perjuangan parti dan sepatutnya memikirkan tentang kesejahteraan rakyat dan negara.

Sementara itu, Zulkifli pula berharap kewujudan Konsensus Bebas ini mampu menyatukan para wakil bebas di parlimen untuk memikul tanggungjawab bersama-sama tanpa mengendahkan tindakan parti-parti politik lain.

"Saya berharap agar Konsensus Bebas mampu bersatu memberi kebaikan kepada rakyat dan negara yang memerlukan perubahan.

"Kita tidak akan mengendahkan tanggapan buruk yang diberikan oleh mana-mana pihak selepas ini. Kami hanya ingin menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ahli parlimen yang bebas dari memihak kepada mana-mana parti," katanya di lobi parlimen hari ini.-FMT

Tiada ulasan: