Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 7 Jun 2010

Perkuatkan Parti

oleh: Anuar Hashim

Muktamar Tahunan PAS di Kota Bharu hujung minggu ini memang tiada pemilihan, tetapi ia tetap menarik perhatian ramai, khususnya mengenai keberkesanan kepimpinan dan persiapan pilihan raya umum ke-13.

Tumpuan akan diberikan pada beberapa isu kepimpinan terutama yang melibatkan barisan teratas termasuk mengenai Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Hasan sebelum ini menjadi isu kerana kononnya didakwa mempunyai “hubungan rapat” dengan Umno, manakala Nasharudin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, tidak memainkan peranan berkesan bergandingan dengan Presiden parti dan isu kerajaan perpaduan.

Sentimen desakan Mursyidul Am PAS TG Nik Abdul Aziz Nik Mat diadakan muktamar khas untuk menukar beberapa pemimpin kanan parti termasuk Nasharudin juga belum reda dan dijangka berbangkit semula pada muktamar ini.

Bagaimanapun dakwaan sesetengah pihak kononnya ada keretakan hubungan antara Nasharuddin dan Presiden disifatkan sebagai sekadar persepsi politik sesetengah pihak sahaja oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

“Ia kemungkinan satu perspesi sahaja, yang mungkin tidak dikongsi oleh semua orang,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Pendirian mengenai kerajaan perpaduan (yang dikaitkan dengan Nasharudin) dan isu kerjasama dengan Umno juga belum ditangani sepenuhnya. Nasharudin pernah berkata bahawa beliau yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Muktamar tahunan ini diadakan di Kota Baharu juga sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz dan lantaran itu, kerajaan negeri Kelanran juga dijangka tidak terlepas daripada menjadi tajuk perbincangan.

Selain itu, isu pemberian konsesi balak, blogger Syed Azidi Abdul Aziz dan isu Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang diminta melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK juga dijangka dibangkitkan.

Tiada ulasan: