Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Duhai ulama' muda, sedarkan dirimu..
INi YANG KITA FAHAM :
- "Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian."
(Ulama muda ini telah terjebak dengan fahaman sekular. Mereka telah memisahkan antara politik dan agama. Sedangkan PAS berdakwah dalam semua bidang termasuk politik, kebajikan, hiburan dan budaya, sukan, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya,)- "Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.
(Kita meragui setakat manakah perbincangan telah dibuat untuk menghalalkan mereka masuk UMNO. Sudahkah mereka mengkaji, menyelidik, membuat banding-beza antara UMNO dan PAS? Apakah rujukan-rujukan mereka sehingga membuat keputusan dangkal begini ? Sedang mereka mendakwa terdiri daripada para pensyarah, pakar motivasi, dan sebagainya.)
- "Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar."
(Adakah mereka telah membaca perlembagaan UMNO dan perlembagaan PAS dan ua,a m,ana yang mereka sudah tanya dan rujuk ?)- "Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruskan kerja-kerja dakwah."
(Adakah mereka boleh percaya 100% akan janji UMNO itu setelah pelbagai janji manis kepada rakyat dimungkiri ?)- Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.
(Apakah yang dmaksudkan dengan peluang keemasan untuk berdakwah ? Tidakkah mereka telah mengkaji sedalam-dalamnya setakat manakah seriusnya UMNO memperjuangkan Islam melalui usaha dakwah ?
- "Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia."
(Wahai ulama muda, percayalah ilmu anda akan lebih sia-sa apabila berada di dalam UMNO. Malah anda akhirnya akan berasa khianat kepada ilmu yang anda terima dari Madinah, Jordan dan Mesir. Pendek kata, mulut anda akan ditutup. Dengan cara apa..? Wang, angkat dll)- Idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.
(Saudara-saudara ulama muda, kalau setakat masuk UMNO setelah bincang hanya beberapa bulan sahaja, maka memang sahlah anda semua telah membuat keputusan yang amat salah.)
- “Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik."
(Terserlah lagi sekali akan fahaman sekular pada ulama muda ini memisahkan agama dan politik. Mereka yang kini ahli UMNO akan membiarkan sahaja ahli politik UMNO berpolitik cara barbarian, tak payah ditegur. Yang penting, ulama muda ini hanya berdahwah sahaja.)- Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.
(Satu jawapan yang mereka akan menjawabnya di hadapan Allah kerana meminggirkan sebuah jamaah Islam tanpa sebarang sebab. Kita meragui, adakah mereka telah menerima tarbiyyah yang cukup semasa berada di Mesir, Madinah dan Jordan ? Adakah menjadi satu alasan yang kukuh bahawa tidak masuk ke dalam jemaah Islam hanya kerana di sana sudah ramai ulama ? Kaedah atau uslub dakwah mana yang mereka gunakan...?)- Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.
(Dalam UMNO, Islam dan dakwah diperkecilkan menjadi sebuah biro agama sahaja. Adakah cukup ruang dakwah bagi mereka ?)- Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.
(Tidakkah mereka membaca sirah para rasul wal anbiya' bagaimana setiap kerja dakwah itu pasti akan berhadapan dengan sekatan dan halangan ? Itu adalah sunnatullah.... Mana ada perjuangan Islam tulin yang tidak berhadapan dengan sekatan, halangan, cabaran dan sebagainya.)
sumber: Intan Hijau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan