Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 4 Jun 2010

Israel rampas Rachel Corrie

Tentera Israel hari ini merampas sebuah lagi flotila bantuan kemanusiaan ke Palestin Rachel Corrie yang turut memuatkan aktivis daripada Malaysia.

Dua kapal perang Israel terlibat dalam rampasan itu, lapor The Star yang memetik Irish Radio and the pergerakan Free Gaza.

Astro Awani pula melaporkan kapal itu dirampas 35 nautika daripada Gaza setelah dikepung tentera Israel pada jam 9.43 pagi tadi.

Enam aktivis daripada Malaysia, termasuk 2 wartawan penyiaran turut serta dalam pelayaran itu.

Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusuf dipetik memberitahu stesen televisyen itu, pihaknya difahamkan ala nagivasi Rachel Corrie tidak lagi berfungsi.

Katanya, ia menyebabkan Racchel Corrie tidak dapat mengesan kehadikan kapal lain di sekitarnya.

Bagaimanapun, tambah Sufi, pihaknya masih cuba mengesahkan rampasan oleh tentera Israel itu.

Tiada ulasan: