Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 2 Jun 2010

Pas tidak amal dasar perkauman: TG Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan Pas tidak pernah mengamalkan dasar perkauman dan radikal dalam perjuangannya, sebaliknya ia menjadi label-label negatif yang dipakaikan oleh pihak media massa.

Menurutnya, jika Pas sebelum ini dilabel sebagai perkauman dan radikal, maka tuduhan tersebut hari ini seolah-olah telah bertukar dan dipakai pula oleh golongan yang dulunya mendakwa liberal.

“Perlulah disedari, Pas sendiri tidak pernah bersikap perkauman sejak dari dahulu hinggalah ke hari ini. Label-label yang negatif yang dipakaikan oleh pihak media massa langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti merupakan tuduhan yang tidak berasas semata-mata.

“Perjuangan Pas sendiri bukanlah mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman yang sempit tetapi mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah selaku pencipta alam semesta,” katanya dipetik dalam blog-nya, semalam.

Sebelum ini, Pas mengiktiraf Kelab Penyokong parti itu iaitu badan yang dianggotai bukan Islam sebagai salah satu dari sayap parti itu.

Perasmian itu dilakukan Presidennya, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang Mei lalu.

TG Nik Aziz, pelbagai peristiwa jatuh bangun parti itu sepanjang melalui jalan politik tidak pernah menjauhkan dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat.

“Pas akan terus menongkah cita-cita murni ini walau sehebat mana pun gelora yang membadai. Kita penuh yakin bahawa UMNO tidak akan jujur dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat Malaysia. Bagi kita, ke hulu atau ke hilir kita berakit, tetap Islam menjadi tali pengikatnya.

“Jika kita boleh menerima bahawa di rumah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, di sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar, dalam negara ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, maka sudah tentu di bumi ada peraturan yang perlu dipatuhi,” katanya.

Tiada ulasan: