Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 28 Disember 2009

Pengaruh Dato Seri Nizar terus DIGERUNI..!!

"tahniah dan mulai sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini". -zambry

itu komen menteri besar Perak, Dato seri dr zambry Abdul Kadir berhubung tindakan Dewan Pemuda Pas Perak yang mula menjalinkan persahabatan dengan media arus perdana.

kenyataan itu dibuat menerusi laporan sebuah akhbar tempatan menerusi aktiviti persahabatan boling yang diadakan oleh Dewan pemuda pas perak bersama media Perak.

sebelum ini, Pas Perak pernah mempertikaikan akan ketulusan media arus perdana dalam menyampaikan liputan atau laporan mengenai pihak pembangkang yang lebih ke arah prospek negatif .

Sya

artikel diatas sya petik dari laman blog ini yang mana ia ditulis selepas satu perlawanan
persahabat yang dianjurkan oleh dewan Pemuda Pas Perak bersama rakan media di sebuah pusat bowling di Ipoh pada malam Rabu yang lalu.Ramai yang telah hadir termasuk wakil media arus perdana yang sama-sama bermain dalam suasana yang harmoni dan semangat kesukanan juga meletakan fahaman idologi politik jauh dari persekitaran.Turut hadir sama ialah Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin MB Perak yang sudi melapangkan masa hadir bagi bersama dengan semua yang hadir.

Artikel diatas ditulis selepas gambar dan berita yang ditulis di dalam akhbar sinar harian pada hari Jumaat yang lalu.Maka terkejut la bilik berita RTM(mana tau orang dalam bagi tau ) apabila melihat gambar dan cerita tersebut keluar untuk tatapan pembaca Sinar Harian.Apa lagi terus ditugaskan salah seorang wartawan mereka mendapatkan reaksi si zambry tu,maka terhasil la artikel diatas ni.

Persoalannya apa kena mengena si zambry ni dengan program tersebut,lantaklah kalau pemuda pas nak buat apa pun.Sekurangnya bak kata ekau(zambry) `Mulai sedar dari kesilapan'..sedap jer bahasanya yer..Orang ada asas agama memang sentiasa ingat dan berubah bukan macam ekau yang Allah swt tutup pintu hati sampai `TAK Sedar dari Kesilapan' aku tambah lagi `TAK Sedar diri sama'...

Lagi satu yang kami pertikaikan berita yang dihantar oleh wartawan semua yang kemudiannya di edit oleh si Editor yang akhirnya menghasilkan berita yang memang tak berguna..So Maknanya bukan wartawan yang salah tapi Editor yang tak betul..Ada faham zambry??

Salah satu sebab diaorang nak zambry komen pasal hal ni ialah pasalnya diaorang takut satu perak baca kisah Dato Seri Ir Hj Nizar dan Pemuda Pas main Bowling dengan Media..!So nak nampakan macam si zambry tu prihatin so RTM selaku lidah rasmi pun mendapatkanlah komen kurang cerdik si zambry ni..

Soalan aku :

  • Apakah si Zambry rasa tercabar apabila Wartawan Arus Perdana sekarang ni pun dah mula nampak condong kepada Pakatan Rakyat Perak??
  • Apakah Zambry juga takut dengan pengaruh Dato Seri Nizar terhadap Media Arus Perdana selepas ini..??


Ini antara gambar yang aku simpan( malam tu aku sorang jer yang amik gambar ) sebab dapat tahu isu ni pun diaorang nak manipulsi jugak..layan..!

Dato Seri turut sama hadir dalam program ini
Dato Seri merasmikan Perak Darul Kartun
Wakil Media menerima cenderahati
Semua Media dan Pemuda Pas yang hadir bergambar kenangan

p/s : dengor kata zambry pun nak buat gak program ngan media tapi main aci kejor...hihiihihihi..

http://syaomel85.blogspot.com/

DPPN Perak Ziarah Ust. Zawawi


"TANYA KHABAR" Pemangku Ketua Pemuda PAS Perak,Ust. Nur Amin mengetuai rombongan ziaran DPPN Perak ke teratak Ust. Zawawi di Gunung Semanggol, Perak. Ust. Zawawi masih menjalani rawatan dan dinasihatkan doktor supaya berehat. DPPN Pk akan terus mendoakan semoga Ust. Zawawi cepat sembuh dari musibah yang dialami beliau.

Ahad, 27 Disember 2009

SANTAI BERSAMA NISA' PADANG RENGAS


Program Santai Bersama Nisa' Padang Rengas telah berjaya dianjurkan oleh Saf Kepimpinan Nisa' Padang Rengas. Seramai 60 ahli baru Nisa' telah berjaya di daftarkan sepanjang program berlangsung. Program ini adalah langkah awal bagi nisa' Padang Rengas untuk mengenali Nisa' dengan lebih dekat lagi. Talk " APA ITU NISA" berjaya menjawab persoalan dan kemusykilan dikalangan ahli Nisa' yang hadir. Program diteruskan lagi dengan Ceramah Maal Hijrah , diikuti dengan Aktiviti 'CARI KESAMAAN DALAM KETIDAKSAMAAN" dan cabutan bertuah. TAHNIAH kepada NISA' Kawasan Padang Rengas dan DMP kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. Alhamdulillah. Teruskan Perjuangan.


Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Nisa' Perak
memberikan Penerangan
APA ITU NISA, MISI , VISI, OBJEKTIF & ORGANISASI NISA'


Bendahari Perak,
memberi penerangan tentang
5 UNIT yang terdapat dalam ORGANISASI NISA'


Ahli Nisa' Kusyuk mendengar peneranganPersembahan Slide Multimedia tentang Program -program yang telah berjaya dilaksanakan oleh Nisa' Perak ditayangkan kepada Ahli Nisa'.


Sesi Soal Jawab dimulakan

Kartika jumpa Tok Guru


KOTA BARU, Dis 28 — Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Mursyidul Am PAS itu di kediaman rasminya di JKR 10 di sini

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi yang berusia lima tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui Nik Aziz.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak.

Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika bertegas mahu menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun banyak pihak merayu hukuman ke atasnya dikaji semula atas alas an bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sabtu, 26 Disember 2009

Salahuddin serah rakyat buat penilaian



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pas yang ‘diimport’ ke Kelantan menyerahkan kepada rakyat negeri itu untuk menilai prestasi mereka sebagai wakil rakyat selama ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, dengan penilaian itu, ia akan membuktikan sama ada mereka mampu atau tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Bagaimanapun, Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, enggan mengulas pendirian Pas Kelantan yang akan mempertimbangkan hanya anak Kelantan dipilih sebagai calon Pas di negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Cukuplah, saya tidak mahu komen lagi. Tidak manis saya komen lebih-lebih memandangkan saya terlibat secara terus dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.

Salahuddin sendiri adalah 'calon import' di Kelantan. Berasal dari Johor, beliau dipilih sebagai calon untuk kerusi Parlimen Kubang Kerian itu dua penggal berturut-turut bermula 2004.

Katanya, beliau bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum lalu atas kehendak parti dan bukannya pilihan beliau sendiri.

“Saya telah diamanahkan oleh Pas Pusat untuk bertanding di kerusi berkenaan. Saya telah serahkan diri kepada parti dan saya hanya menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan,” katanya.

Jumaat, 25 Disember 2009

Pas tidak akan kecundang di Kelantan - penganalisis politik

http://maghfirah.files.wordpress.com/2008/10/12-back1.jpg

SHAH ALAM – Pas Kelantan tidak akan kecundang jika mereka memberi keutamaan kepada anak tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Penganalisis politik, Asri Salleh berkata, istilah ‘kecundang’ tidak ada dalam diari Pas Kelantan.

"Pengundi negeri itu akan tetap memilih calon Pas, tidak kira mereka anak tempatan atau orang luar," katanya, semalam.

“Politik Pas Kelantan sangat berbeza dengan politik Pas di negeri lain. Rakyat Kelantan terlalu taksub dengan parti itu dan Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

“Mereka tidak kisah sama ada calon itu berasal dari Kelantan atau tidak. Paling penting, mereka bertanding atas nama Pas dan mampu menggalas tugas yang diamanahkan sebaik mungkin,” katanya yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.

Beliau mengulas mengenai cadangan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud supaya anak Kelantan diberi keutamaan menjadi calon di negeri itu pada PRU-13.

Berikutan itu, Nik Aziz berkata Pas Kelantan akan menimbangkan perkara itu.

Pada pilihan raya umum lalu, Kelantan membuka ruang kepada pemimpin Pas dari luar Kelantan untuk menjadi calon Parlimen di negeri itu.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) dan Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), di samping Saifuddin Nasution (Machang) yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga orang luar Kelantan.

“Yang menjadi persoalan, apakah Pas Pusat berani melaksanakan cadangan itu, memandangkan calon import adalah nama-nama besar dan berpengaruh?" katanya.

Beliau tidak pasti Pas Pusat akan menerima cadangan mengutamakan anak Kelantan menjadi calon di negeri itu. Ada kemungkinan ditolak.

“Pas Pusat pernah menolak cadangan Nik Aziz supaya mesyuarat agung luar biasa diadakan untuk menimbang kedudukan beberapa pemimpin Pas yang disifatkan bermasalah dan yang pro-UMNO," katanya.

Ditanya sama ada isu keutamaan kepada calon tempatan ini boleh menimbulkan masalah dan memerlukan campur tangan parti komponen Pakatan Rakyat lain, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Asri berkata, perkara itu bergantung kepada tindakan pemimpin masing-masing.

“Pandangan saya cukup mudah. Bagi menyelesaikan isu calon ini dan memperkuatkan kerjasama antara mereka, PKR dan DAP perlu campur tangan,” katanya.

Hasan, Khalid akan dipanggil lagi

http://pemudasarawak.files.wordpress.com/2009/06/20090614175922_khalid20samad.jpg
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalannya, Khalid Samad akan dipanggil Jawatankuasa Disiplin parti itu sekali lagi untuk memberi penjelasan lanjut pada 7 dan 9 Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam pertemuan malam kelmarin, jawatankuasa itu berpuas hati dengan laporan bertulis yang telah dihantar kedua pemimpin tersebut tetapi memerlukan penjelasan lanjut daripada mereka.

''Kami berpuas hati dengan penjelasan bertulis itu tetapi memutuskan untuk memanggil mereka supaya memberi penjelasan lisan berhubung beberapa aspek.

''Ia merupakan prosedur di dalam Pas yang mana kita akan menerima laporan, selepas itu analisis laporan, hantar surat dan tertuduh diminta menjawab kembali surat itu.

DS Nizar bersama Dewan Pemuda PAS Perak bermain bowling dengan wartawan





Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss sedang mencuba kasut bowling yang sesuai sambil diperhatikan oleh Ustaz Abdullah Adam dan Ustaz Zamarul Aini. Turut kelihatan Ustaz Azmin.


Datuk Seri Ir. Haji Muhammad Nizar Jamaludin, Menteri Besar Pakatan Rakyat turut hadir dalam sesi ini.


Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Perak bergambar bersama dengan Datuk Seri Ir. Haji Muhammad Nizar.


Antara wartawan yang diraikan pada malam tersebut.

Dewan Pemuda Pas Negeri Perak telah mengadakan satu perlawanan bowling persahabatan dengan wartawan dan warga media pada hari Rabu, 23 Disember yang lepas.

Perlawanan persahabatan ini juga turut dihadiri oleh ikon rakyat, Datuk Seri Ir. Haji Muhammad Nizar Jamaludin.

Semua wartawan dan exco DPPN yang hadir telah bermain dengan penuh semangat berpasukan.

Semoga perlawanan persahabatan seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Nik Aziz tidak keseorangan: Fatah



KOTA BHARU - Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Haron menafikan kenyataan anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Amalina bahawa pimpinan negeri membiarkan Menteri Besar Kelantan berseorangan dalam mengharungi pelbagai isu.

Menurutnya, hampir setiap minggu penjumpaan bersama Nik Abdul Aziz dilakukan tetapi pihaknya tidak membuat sebarang kenyataan bagi mengelak keadaan lebih bercelaru.

Malah katanya, kenyataan Nik Amalina menerusi blog-nya sama sekali tidak membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul.

“Kita setiap minggu bersama Tok Guru dan hasil pertemuan itu tidak semestinya kita keluarkan kenyataan, kita serahkan kepada tok guru untuk keluarkan kenyataan supaya tidak bercanggah de-ngan pendapat lain, kita tidak mahu benda kecil jadi besar,” katanya semalam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgleJYkofExqGo6oybvhIiUDQ_D91FSXMiMKFxO-ezCHpBAfytpWWyOQar2jE9LoDHZiWE3oOaaG1-bhSyRH_ugLJ526LkXBwlfzGBmk2g0UcKhIOIXynKMkBK952bw8e2J-oEWybj0S2c/s400/tgtrong9.jpg

Anak Nik Abdul Aziz itu adalah isteri Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, yang dipaksa meletakkan jawatan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Oktober lalu.

Nik Amalina, anak kesembilan daripada 10 beradik, sebelum ini pernah ditegur oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad dengan alasan tulisan di blognya ‘membuka pekung di dada’.

Sebelum membuka Seri Suri pada 11 Disember lalu, wanita itu pernah meluah-kan rasa hatinya berhubung kontroversi suaminya itu me-lalui blog Ahli Parlimen Pas, Dr Siti Mariah Mahmud, hujung bulan lalu.

Abdul Fatah berkata, dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku kini, adalah perlu setiap individu bermuhasabah dan tidak banyak mengulas isu yang berbangkit.

“Benda ini tidaklah besar tetapi semua pihak di kalangan parti dan kerajaan harus meredakan keadaan dan muhasabah, cari jalan yang terbaik.

“Dalam keadaan ini adalah baik mendiamkan diri. Kita serahkan kepada Tok Guru untuk menyelesaikan masalah, sama ada masalah dalaman keluarga atau politik,” katanya.

Dalam pada, Fatah berkata, tidak salah untuk Nik Amalina menulis di blognya apatah lagi membela suaminya, tetapi setiap tulisannya tidak boleh menimbulkan keadaan yang makin bercelaru.

“Menulis itu adalah kebebasan, tetapi kalau menulis menyebabkan orang lain akan membalas, saya rasa itu perlu diambil perhatian oleh penulis terutamanya keluarga Tok Guru. Dia boleh menulis tapi tulis berhati-hati tetapi jangan sampai ia berlarutan.

“Membela suami hak dia, tetapi menuduh orang lain tidak membela tok guru itu tidak betul,” katanya.

Gambar MB Kedah diconteng...



Saya Bertanding Atas Kehendak Parti – Salahuddin Ayub


http://mppas.files.wordpress.com/2007/08/wawancara.jpg

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum lalu atas kehendak parti dan bukannya pilihan beliau sendiri.

"Saya telah diamanahkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di kerusi berkenaan.

"Saya telah serahkan diri kepada parti dan saya hanya menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan," katanya .

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu PAS Kelantan yang meminta pimpinan negeri meletakkan calon tempatan bertanding di kerusi Parlimen negeri itu sekaligus menolak calon dari luar.

Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

"Saya rasa tak manis untuk saya ulas isu ini. Cukuplah setakat ini," katanya.

Semalam, Setiusaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang dipetik daripada sebuah akhbar tempatan dilaporkan berkata, PAS negeri akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu selaras dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baru-baru ini, yang bersedia meneliti cadangan berkenaan.

"Sebelum ini PAS Kelantan membuat ketetapan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mesti diisi anak tempatan dan kini tiba masanya kerusi Parlimen juga dikembalikan sepenuhnya kepada anak Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Yang Dipertua DUN Kelantan berkata, berdasarkan pengalaman, semua Ahli Parlimen yang juga anak tempatan wajar bertanding di kawasan sendiri dalam usaha memperluaskan pengaruh PAS di negeri lain.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang juga Bendahari PAS ketika dihubungi enggan memberikan sebarang ulasan berhubung perkara tersebut.

"Tiada komen, itu sahaja saya boleh kata," ujarnya.

Antara pemimpin PAS yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Salahuddin (Kubang Kerian), Dr Hatta (Kuala Krai) di samping Saifuddin Nasution Ismail (Machang) atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kesemua mereka telah mengisi sebahagian daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan menang dalam pilihan raya umum lalu.

Selasa lalu, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud, mencadangkan supaya anak Kelantan diberi keutamaan dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum akan datang.

Mohammad dilaporkan mengambil contoh imam di masjid yang tentunya imam tempatan didahulukan sebelum mengambil imam dari luar bagi memikul tanggungjawab tersebut.