Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 5 Mac 2011

Merlimau: Pengundian Bermula

MERLIMAU, 6 Mac - Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau bermula pagi ini selepas 7 buah pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi ini.

Dun Merlimau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Yuhaizad Abdullah, 38, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44, iaitu Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin.

Yuhaizad Abdullah yang ditemui di S. K Chin Chin berkata, beliau masih menaruh harapan yang tinggi untuk menang pilhan raya kecil (PRK) kali ini.

"InsyaAllah saya masih menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi PRK ini dan saya berpuas hati dengan sokongan yang diberikan pengundi-pengundi di seluruh Merlimau," katanya.

Beliau menemani ibunya, Fatimah Hassan, 66 yang mengundi di sini turut menyeru agar pengundi keluar awal berikutan laporan kaji cuaca ribut petir dijangka pada sebelah petang ini.

Fatimah yang ditemui selepas keluar dari pusat pengundian melahirkan rasa lega kerana dapat menunaikan tanggungjawabnya membuang undi.

"Alhamdulillah saya rasa lega dan gembira dapat membuang undi awal dan saya doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya.

Bukti BN samseng!!!



Skuad Kamera telah berjaya mencari bukti siapakah dalang keganasan samseng dalam kempen di DUN N.27 Merlimau. Kebanyakkan provokasi adalah dilakukan oleh penyokong yang menyokong Barisan Nasional. Paling pelik, tiada campur tangan dari pihak polis. Adakah polis itu juga adalah dari Barisan Nasional?

Tindakan seperti ini boleh menggugat keamanan serta menimbulkan kekacauan terutamanya pelancong yang datang dari luar kerana tindakkan penyokong BN telah menghalau orang yang datang ke Melaka. Mereka terlalu angkuh sehinggakan mengatakan "Orang luar balik la".

Kejadian ini berlaku jam 7.00 petang berdekatan dengan stesen bas di pekan Merlimau berdekatan dengan pasar Merlimau. Namun keadaan dapat dikawal dengan baik walaupun penyokong BN cuba melakukan provokasi.

Inikah sikap kerajaan yang dipimpin oleh Ali Rustam selaku Ketua Menteri Melaka? Ini amat memalukan bagi sebuah negeri yang dianggap Maju 2010 tetapi gagal 2011.

Pendedahan seterusnya akan menyusul iaitu "Siapa penyebar risalah lucah dan fitnah?"

Jumaat, 4 Mac 2011

'Keling tak sedar diri' - PKR buat laporan polis

Aidila Razak

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini membuat dua laporan di balai polis Merlimau berhubung tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan terjumpanya risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA.

NONERisalah itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.

Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".

"Risalah jahat berbau perkauman yang bertajuk 'Keling tak sedar diri' dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian penduduk setempat yang berbilang bangsa dan agama.

"Saya selaku Pengerusi Majlis pimpinan Negeri Keadilan Melaka mendesak pihak polis segera menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap penyebaran risalah yang tidak beranggungjawab ini," kata Shamsul dalam laporannya.

NONEIni kejadian kedua seumpama itu dilaporkan di Merlimau. Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.

Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

Menurut Shamsul beberapa objek keras dibaling ke arah kereta yang membawa Anwar dan dua lagi kereta yang mengiringi ketua pembangkang berkenaan.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi hentaman yang kuat pada kenderaan, saya terus beredar dan berhenti rehat di gerai berhampitan Masjid Sempang tidak jauh dari dari jalan Batu Gajah... dan mendapati terdapat kesan hentaman yang kuat di bahagian depan bonet oleh batu.

NONE"Ini adalah tindakan provokasi dan samseng oleh penyokong-penyokong BN,"tulis Shamsul dalam laporannya itu.

Dua hari lalu, ketika ceramah Pakatan Rakyat oleh Anwar di Permatang Pasir, dua kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga dibakar.

Khamis, 3 Mac 2011

Dulu MB Mahkamah, sekarang nak jadi MB Pos!!!



IPOH – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor sudah terjamin buat penyandangnya yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana besar kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, beliau mendapat kemenangan percuma berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) baru-baru ini, kata Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Beliau berkata, kemenangan percuma itu disebabkan kemasukan beramai-ramai pengundi pos sebanyak 5,669 orang.

Menurutnya, Zambry akan memenangi kerusi DUN tersebut secara bergaya dengan penambahan undi yang akan meningkat kelak.

“Ia mungkin berlaku berdasarkan kemasukan pengundi pos yang terlalu tinggi di sana. Sudah tentu kerusi DUN Pangkor adalah kerusi paling selamat di Negeri Perak.

“Keadaan ini jelas menunjukkan Zambry bergantung kepada pengundi pos untuk menang di dalam PRU sepanjang beliau bertanding di sana.

Meskipun mempersoalkan peningkatan mendadak dalam undi pos di DUN Pangkor, Dewan Pemuda Pas Negeri yakin ada usaha tertentu untuk memastikan Zambry mengekalkan kemenangannya di Pangkor kerana kawasan tersebut sudah tidak selamat bagi beliau.

“Kita sama-sama tunggu politik mainan UMNO-Barisan Nasional (BN), dan lihat siapakah yang akan menggantikan kerusi DUN Pangkor akan datang,” katanya.

TV3 ambil alih tugas iblis dan syaitan!!!



KELMARIN TV3 suku mempersendakan artis terkenal Bob Lokman yang telah menyertai PAS malahan telah pun mula memasuki medan juang bersama PAS di Merlimau dan di Kerdau.


Jika dulu, artis ini disanjung dan dipuja tetapi bila artis ini memilih untuk berubah kepada yang lebih baik maka beliau dipersendakan.

Jika cara itu bukan cara Iblis dan Syaitan, cara siapa lagi? Bukankah Iblis dan Syaitan tidak akan bergembira sekiranya seseorang itu insaf dan ingin kembali mendekati Tuhannya? Saya ingin memperingatkan artis yang lain, jika kamu tidak mahu menyokong perjuangan Islam, kamu jangan terikut-ikut dengan rentak media yang berlidahkan Iblis dan Syaitan itu. Sekiranya ada mana-mana artis yang bersubahat dengan media berkenaan untuk memburuk-burukkan mana-mana artis yang ingin kembali ke pangkal jalan, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengadakan kempen memboikot artis bangsat berkenaan

Jika kamu tidak ada keberanian untuk berubah, jangan kamu hina orang yang mahu berubah. Biarkan TV3 suku bangsat itu yang bekerja untuk Iblis dan Syaitan. Kepada Bob Lokman, kamu telah memilih jalan yang betul. Walaupun usia kamu lebih banyak dihabiskan bersama mereka yang lalai itu, tetapi akhirnya kamu kembali kepada Islam. Kamu lebih mulia dari mereka yang memegang gulungan ijazah dari Universiti Al-Azhar tetapi masih berada di dalam gerombolan parti yang sekular sekutu Apco yahudi itu./wfauzdin.blogspot.com

Pemuda PAS Batu Gajah bantu Kempen


Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah menghantar skuad kempen untuk membantu berkempen memenangkan calon PAS di DUN Merlimau. Kami telah mengedar risalah di sekitar DUN Merlimau termasuk di tempat 'hardcore' BN. Kami juga tidak ketingalan membantu menggantung bendera..












Rabu, 2 Mac 2011

From Merlimau: Pakatan Rakyat tidak dibenar berkempen di Estet Sime Darby!!

Pakatan Rakyat dilarang untuk masuk berkempen di Estet Sime Darby Kempas, Merlimau. Antara yang dihalang untuk memasuki estet tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Lebih menghairankan lagi, alasan yang diberikan adalah mengikut arahan 'pihak atasan' dan juga hanya BN sahaja yang dibenarkan memasuki estet tersebut.

Kempen Dun Merlimau semakin dicemari dengan pelbagai insiden yang menidakkan proses demokrasi berjalan dengan baik.

Dulu Puja, sekarang dihina Pula!!!



KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik.

Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau.

Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyikan sebuah lagu di ceramah PAS.

"Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, kita tengok mereka cuba hina pulak.

"Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh ucapan dia," katanya kepada Harakahdaily.

Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedah.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya. Harakahdaily

Selasa, 1 Mac 2011

Panas!! : Ketua Cawangan UMNO masuk PAS !!


Suasana pilihan raya kecil Kerdau semakin rancak apabila 12 bekas ahli UMNO di Jengka 25 telah menyertai UMNO semalam.

Saudara Muzammil Alif bekas Ketua Cawangan UMNO di kawasan itu, telah menyerahkan sendiri 12 borang ahli PAS itu kepada Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi pada jam 9.20 malam dirumahnya.


Majlis penyerahan borang oleh bekas pembantu ADUN tersebut, turut disaksikan oleh Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Ajijoi ~ Bertambah pening la Umno Pahang. Nampaknya segala pendedahan kelemahan pentadbiran Umno di Pahang dan Kerdau terutamanya telah membuka hati dan minda ahli-ahli Umno sendiri tentang kebenaran yang sebenarnya.


Siapa Blogger terkenal yang akan menyertai PAS??

Dengar cerita ada blogger terkenal yang akan sertai PAS tidak lama lagi? siapa??

memang ramai yang sudah sertai PAS



Pengisyhtiharan penyertaan Mohd Hakim bin Mohd Lokman@Bob Lokman ke dalam Pas mendapat pelbagai reaksi dan respons di seluruh negara.Bermula dengan kehadiran beliau dalam Solat Hajat Perdana di Stadium Malawati tahun lalu,beliau akhirnya menyertai Pas secara rasmi dalam Himpunan 30K Pemuda di Kedah baru-baru ini.


Sehingga artikel ini ditulis,Saudara Bob dilihat aktif dalam membantu kempen Pas dalam Pilihanraya Kecil di Dun Merlimau dan Kerdau di atas pentas ceramah Pas.Sesungguhnya usaha murni Bob dalam menyuburkan dakwah dalam gerakan Islam di Malaysia amatlah dialu-alukan.Jika para pembaca pernah menonton filem Mantra yang ditayangkan di pawagam tahun lalu,Bob Lokman telah mula tampil dengan watak orang alim,dengan menjadi seorang kiyai yang menentang pengamal ilmu hitam.


Jika sebelum ini Bob pernah menjadi pengkritik mingguan dalam program Raja Lawak,beliau akhirnya mengambil keputusan meninggalkan rancangan ini pada musim ini.Ketika zaman mudanya dahulu,Bob juga merupakan seorang penulis lirik,pelakon dan pengacara dalam industri hiburan tanah air.Menurut Bob,sebab utama beliau menyertai Pas adalah kerana kegagalan beliau sendiri dalam mendidik anaknya yang mempunyai perwatakan berbeza ketika berada di rumah dan ketika di luar rumah.Ini semua kata Bob adalah kegagalan pihak pemerintah dalam membawa hala tuju negara,dan jika beliau tidak membetulkan perkara ini,siapa lagi?






Video di atas adalah detik2 terakhir sebelum Bob Lokman menarik diri dari menjadi pengritik tetap rancangan Raja Lawak 5 Astro Prima.


Untuk pengetahuan pembaca juga,Bob Lokman bukanlah seorang yang asing daripada jalan agama, memandangkan beliau adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad,Kajang ketika zaman persekolahannya sebelum mengambil kerjaya hidup yang berbeza daripada zaman persekolahannya.Malah, Bob juga bukanlah calang-calang orang,memandangkan beliau berasal daripada keturunan ulama,cicit kepada Tok Kenali,di mana ayah beliau Haji Lokman adalah orang yang bertanggungjawab menjaga Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian.

Bob Lokman dalam filem Mantra

Beza Bob Lokman ketika muda dan sekarang

Apa yang mengkagumkan penulis kepada Bob adalah,walaupun beliau berkecimpung dalam dunia artis yang diketahui dipenuhi maksiat,tetapi sebagai seorang yang berpegang teguh kepada didikan agama yang diperolehnya semenjak kecil menjadikan ianya pedoman dalam kehidupan dirinya.Malah,tidak salah jika penulis mengatakan bahawa Bob Lokman sebenarnya mampu menjadi ustaz sekiranya beliau tidak memilih jalan seni ketika di zaman mudanya dahulu.Apapun,adat berdakwah tidak mengenali umur.Semoga usaha Bob akan diberkati Allah dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Man Kadir (baju biru) menyampaikan
sumbangan
Selain Bob,sebenarnya terdapat beberapa orang lagi pelawak yang dilihat cenderung ke arah Pas dan Pakatan Rakyat.Salah seorang daripadanya adalah Saudara Man Kadir.


Man Kadir,ataupun Abdul Kadir Abdul Manaf adalah merupakan seorang pelakon komedi yang bernaung di bawah pengarah Mamat Khalid,dan banyak berlakon di bawah arahan Mamat termasuk Man Laksa, Zombie Kampung Pisang,video klip Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi dan M.Nasir) dan terbaru adalah filem komedi terbaik tahun 2010,Hantu Kak Limah Balik Rumah,di mana Man Kadir memegang watak sebagai Pak Jabit,peniaga warung di Kampung Pisang. Man Kadir juga adalah seorang pelakon teater yang memakai nama gelarannya sebagai L.Man Kadir Shamsi.

Man Kadir (tengah) di majlis
penamaan calon PKR Kerdau
Untuk pengetahuan pembaca,Man Kadir adalah Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau,di mana berlangsungnya pilihanraya kecil Dun Kerdau sekarang.Dalam keaktifannya berlakon dalam filem terbarunya iaitu Usin,Mon dan Jin Pakai Toncet (sambungan filem Hantu Kak Limah),Man masih sempat berkempen untuk calon Pas di Kerdau,di mana beliau diketahui antara aktivis PKR yang aktif dalam Biro Felda PKR.


Selain itu juga,seorang lagi pelawak yang dilihat hampir kepada Pakatan Rakyat adalah pelawak terkenal iaitu Sabri Yunus.Walaupun beliau tidaklah mengakui bahawa beliau adalah penyokong mana-mana parti politik,tetapi kesanggupan beliau untuk berlakon dalam teater arahan Dinsman yang diterbitkan oleh Karyawan Paksi Rakyat (PAKSI) iaitu pertubuhan seniman pro Pakatan menunjukkan bahawa Sabri sanggup bekerja dengan gerakan NGO yang anti-Barisan Nasional walaupun diketahui bahawa Sabri adalah antara pelakon yang popular di RTM di bawah sitkom Salam Pantai Timur.


Sehingga kini juga,penulis sendiri tertanya-tanya mengapa siri sitkom Salam Pantai Timur ditamatkan,dan Sabri juga jarang di skrin RTM sekarang, wallahualam samada penulis terlepas pandang ataupun tidak, hanya Allah yang tahu.


Sebelum ini,Sabri Yunus pernah melakonkan watak sahabat Rasulullah, Kaab bin Malik,dalam teater "Menanti Kata Dari Tuhan",yang tidak turun untuk berjihad dalam Perang Tabuk, seterusnya dipulaukan oleh para sahabat.Teater tersebut yang ditulis skripnya oleh Dinsman berdasarkan hadis Rasulullah SAW telahpun memecahkan tembok kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia,apabila ahli jawatankuasa Masjid Batu, Permatang Pauh bertindak mementaskan teater tersebut di dalam masjid,setelah beranggapan bahawa itu adalah salah satu daripada bentuk dakwah,selain dibenarkan oleh mufti negeri.


Selain itu,terdapat beberapa lagi nama selebriti lain yang dikatakan dekat dengan Pas.Amy Search contohnya, sangat mengkagumi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,malah pernah menyatakannya secara terbuka di facebook beliau.

Amy Search dan Nik Aziz

Tatkala inilah penulis teringat akan satu siri ceramah Ustaz Azhar iaitu,Mat Rempit yang tidak menghina orang alim adalah lebih baik daripada para Imam yang memusuhi para ulama.Selain itu juga,satu program yang bersifat Rock Islamik iaitu Ijtimak Rockers yang diadakan di Stadium Malawati beberapa hari yang lalu juga menarik perhatian penulis.Sepertimana yang dinyatakan oleh Exco Dewan Pemuda Pas,Ustaz Riduan Mohd Nor,"Jadilah sebagai sesiapa pun di dunia ini termasuk anggota kumpulan dan peminat rockers, namun setiap orang mestilah ingat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik kepada semua."

Siri hiburan alternatif Islam Green Zone menampilkan konsert Maher Zain dan persembahan rock yang menyelitkan aspek ketuhanan adalah satu lembaran baru Pas dalam tidak menyempitkan hiburan kepada anak muda.Dan inilah sebenarnya yang dinantikan oleh golongan belia,acuan apakah yang bakal dibawa Pas jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

Semoga ramai lagi para selebriti menyatakan solidariti dan sokongan mereka terhadap Pas dan Pakatan Rakyat.Jika Umno mempunyai Jins Shamsuddin,Pas kini telah mempunyai Bob Lokman.Malah,Pas sepatutnya menjadikan Bob sebagai duta hiburan Islam,dengan melantik beliau sebagai seorang senator di negeri Pakatan Rakyat bagi berentap sama dengan Jins Shamsuddin di Dewan Negara.Kita masih menantikan ramai rakan seangkatan Bob dan Amy Search untuk sama-sama menyokong Pas,nama-nama seperti M.Nasir,Afdlin Shauki,Rosyam Nor,Jay Jay dan lain-lain artis yang dilihat bersih dan tidak terikut-ikut kepada kehidupan penuh maksiat.

Sebagai mengakhiri tulisan ini,terimalah tayangan video kumpulan Senario yang mengutuk kerajaan Barisan Nasional.Adakah mereka bersama kita?Hanya Allah yang tahu.




propartiislammalaysia.blogspot.com

Murahnya nilai rakyat di sisi UMNO!!


Banyak tu je barang yang diberi?
Udahlah murah.. guna pun paling lama 2 minggu! Idak pun sebulan lah..
habis je stok free ni macam mana?
rakyat nak makan apa?

C'mon la UMNO!
Jangan perkecilkan nilai hidup rakyat..
Ini semua boleh dicari sendiri oleh rakyat dengan mudah dengan syarat..
permudahkan kehidupan rakyat.. bukan mempermudah-mudahkan tanggungjawab membela rakyat!

Apa sangat la nilai kotak 'goodies' sebegini dibanding kesan kenaikan harga minyak yang menjadi punca tsunami harga makanan asas!

Hmmm.. tapi yang heran..
sebab benda-benda macam nilah UMNO mampu kekalkan kuasa di kawasan-kawasan melayu kampung dan felda!
Adehhhh!!!

Teman teringat di PRK Hulu Selangor..
bersepah benda macam ni bagi dek UMNO pada kawasan majoriti cina..
berebut-rebut orang cina ambil benda-benda nih!
Tapi mari hari mengundi.. PR menang besar kat peti undi tuh!!
adehhh!!
sunsnake 01032011

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau

BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan. Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

budak balun