Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 15 September 2011

Jenazah Mat Indera Wangi - Pak Abas


TAIPING: "Jenazah Mat Indera bau wangi dan bersih ketika saya uruskan jenazah beliau, saya mintak Pak Kob jaga elok elok kubur ini. Kubur ini ada jasad pejuang kita".

Itulah kata kata nasihat Pak Abas yang mengurus jenazah Mat Indera kepada rakannya yang dikenali Pak Kob yang kini menjaga kubur Mat Indera.

Kisah ini diceritakan oleh penjaga tanah perkuburan ini yang hanya mahu dikenali Pak Kob kepada rombongan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Firdaus Jaafar dan juga Pemuda PAS Perak yang diwakili oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin yang telah melawat ke pusara Mat Indera di Taiping pada 8 September lalu.

Kesempatan melawat pusara Mat Indera itu diambil oleh Ustaz Akmal menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada Pak Kob selaku petugas yang menjaga tanah perkuburan termasuk kubur Mat Indera.

Beliau menyifatkan Pak Kob berhati mulia kerana menjaga kubur Mat Indera.

2 ulasan:

oldman berkata...

wangi pulak dah. selepas Mat Sabu menangkat Allahyarham Mat Indra sebagai hero pejuang kemerdekaan timbul pula wangi jenazahnya dan kuburnya,kenapa selama ini tak timbul? kenapa pul baru sekarang pemuda PAS ambil berat hal2 ini? adakah untuk tujuan tetentu? dulu kalau masih ingat 'Allahyarham Ibrahim Libya' kenapa sekarang tak kedengaran orang2 PAS bercakap mengenainya?..jgn sampai kelap bila Chin Peng meningal dunia berpusu pusu pulak ka Siam balik cerita kubur Chin Peng harum bak kasturi..saya tidak ahli mana parti ini ada pandangan peribadi saya.

Tanpa Nama berkata...

Oldman..... lu memang bodoh lagi tengin.Memang banyak cerita aku telah baca tentang orang mati syahid ni.Kalau MAT SABU tak kenangkan MAT INDERA orang takkan keluar cerita sebenarnya.Terima kasih kepada penjaga pusara Mat Indera.Tentang utz Ibrahim Libya orang PAS akan tetap menyebut namanya.Lu tak pi program2 PAS mana lu tahu.Orang UMNO memang benci kepada Utz Ibrahim Libya sebab ketuanya pun benci dari dulu, kini dan selamanya.Jadi merekapun terikut2 macam tu.Oleh tu bacalah blog tentang tanda2 yang ada pada orang yang mati syahid.Bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.Cuma yang tak ada.....UMNO yang mati syahid??????? Ada.... MATI KATAK.......